Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.se.o.ra.ngan] | کسأورڠن

Definisi : terasing seorang diri, tinggal se­orang diri, kesunyian: dia betul-betul ~ jauh dr segalanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.se.o.ra.ngan] | کسأورڠن

Definisi : terasing (tinggal) seorang diri; terpencil seorang: Sejak isterinya meninggal, dia selalu berasa ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
azizah kini keseorangan melayani secebis karenah anak-anaknya. (tuan, adakah ayat ini gramatis?)Ayat ini tidak gramatis. Sila rujuk kamus untuk mendapatkan makna setiap perkataan dan sesuaikan dengan konteks ayat atau maksud yang hendak disampaikan. Untuk menghasilkan ayat yang gramatis, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Bab 16.Tatabahasa15.08.2011
Salam sejahtera. Bagaimanakan kita hendak membezakan penggunaan "berseorangan" & "keseorangan"? Bolehkah pihak tuan/puan memberikan contoh ayat yang mudah difahami? Terima kasih.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat berseorangan bermaksud berseorang, dengan cara se­orang-seorang; dan seorang diri. Keseorangan pula bermaksud terasing seorang diri, tinggal se­orang diri, kesunyian.

Contoh ayat: 
 
Soalan ini tidak akan selesai kalau hanya dihadapi berseorangan.

Sejak isterinya meninggal dia selalu berasa keseorangan.

 

Makna14.02.2020
Dengan cara sebegini, sudah tentu anak-anak tidak akan berasa keseorangan semasa melalui segala kesukaran dalam hidup . Adakah penggunaan dengan cara sebegini diawal ayat dibenarkan ?Salam sejahtera,

Ayat di atas betul penggunaan kata "dengan".

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa07.06.2017

Kembali ke atas