Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.sé.riu.san] | کسيريوسن

Definisi : keadaan serius, kesungguhan: ~ menghadapi sebarang kemungkinan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.sé.riu.san] | کسيريوسن

Definisi : keadaan atau sifat serius: Dia dibantu memandangkan ~nya ingin melanjutkan pelajaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keseriusan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cikgu, cikgu menyetujui pernyataan guru saya bahawa selepas "menanyakan" perlu meletakkan objek tidak bernyawa, tetapi cikgu mengatakan bahawa "menanyakan" bermaksud bertanya berkenaan sesuatu kepada, dan cikgu juga memberikan ayat contoh seperti yang berikut: "Ani menanyakan doktor tentang keseriusan penyakit ibunya". Tetapi cikgu bukan juga menyetujui pernyataan "selepas 'menanyakan' kena dihadiri sengan objek tidak bernyawa"? Akan tetapi dalam ayat cikgu, selepas menanyakan dihadiri dengan "doktor" iaitu objek bernyawa. Cikgu bukan mengatakan bahawa selepas "menanyai" kena meletakkan objek bernyawa, dan selepas "menanyakan" kena meletakkan objek tidak bernyawa? Nak ikut maksud yang mana, maksud yang pertama: "menanyakan" bermaksud bertanya sesuatu kepada", maksud yang kedua: selepas "menanyakan" dikehendaki meletakkan objek tidak bernyawa.Dalam halaman 194 dan 200, buku Tatabahasa Dewan menjelaskan bahawa pada dasarnya kata kerja yang terbentuk dengan apitan meN-…-kan ialah kata kerja transitif, iaitu yang digunakan sebagai unsur predikat yang memerlukan objek atau penyambut dalam ayat aktif. Contohnya, Saya menanyakan dia tentang keadaan kesihatan ibunya.Tatabahasa02.05.2014
Lelaki itu menanyakan beg yang dibawa oleh Banduan atau Lelaki itu bertanyakan beg yang dibawa oleh Banduan.Bertanyakan bermaksud bertanya berkenaan sesuatu, manakala menanyakan bermaksud bertanya berkenaan sesuatu kepada. Lihat contoh ayat ini untuk melihat perbezaan penggunaan kedua-dua kata tersebut, "Ayah bertanyakan keadaan kesihatan Pak Long melalui anaknya" dan "Ani menanyakan doktor tentang keseriusan penyakit ibunya".

Ayat yang betul: Lelaki itu menanyakan beg yang dibawa oleh Banduan 
Tatabahasa06.09.2018
Tuan, apakah perbezaan antara frasa-frasa di bawah? 1. bertanya tentang soalan 2. bertanyakan soalan 3. menanyai guru soalan 4. menanyakan soalan kepada guru Soalan 1: Adakah struktur frasa "menanyakan soalan kepada guru" betul? Soalan 2: Apakah perbezaan antara "bertanyakan" dengan "menanyakan"? Soalan 3: Apakah maksud "frasa"? Soalan 4: Berdasarkan formula yang diberikan oleh cikgu BM saya, "menanyai" hadir di depan objek bernyawa, manakala "menanyakan" hadir di depan objek tidak bernyawa. Dalam maksud lain, selepas "menanyai" hendaklah meletakkan objek bernyawa dan selepas "menanyakan" haruslah meletakkan objek tidak bernyawa. Adakah pernyataan ini betul? Atau perbezaan perkataan "menanyai" dengan "menanyakan" dikaji melalui maksud dan bukan formula? Adakah formula guru BM saya ini berguna dan berkesan? Sekian sahaja masalah saya. Terima kasih.Frasa bermaksud satu kata atau lebih yang dapat bertugas sebagai subjek, predikat atau objek dalam pembinaan sesuatu ayat. Perbezaan antara "bertanyakan" dengan "menanyakan" ialah bertanyakan bermaksud bertanya berkenaan sesuatu, manakala menanyakan bermaksud bertanya berkenaan sesuatu kepada. Lihat contoh ayat ini untuk melihat perbezaan penggunaan kedua-dua kata tersebut, "Ayah bertanyakan keadaan kesihatan Pak Long melalui anaknya" dan "Ani menanyakan doktor tentang keseriusan penyakit ibunya". Pernyataan yang diberikan oleh guru Bahasa Melayu saudara adalah betul, iaitu "menanyai" diikuti objek bernyawa, manakala "menanyakan" diikuti objek tidak bernyawa.Tatabahasa01.05.2014

Kembali ke atas