Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.sé.riu.san] | کسيريوسن

Definisi : keadaan serius, kesungguhan: ~ menghadapi sebarang kemungkinan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.sé.riu.san] | کسيريوسن

Definisi : keadaan atau sifat serius: Dia dibantu memandangkan ~nya ingin melanjutkan pelajaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keseriusan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
degree of cosmetic product recalldarjah panggil balik produk kosmetikHerbaPeraturan dan PemasaranTahap pemanggilan balik produk yang diklasifikasikan mengikut keseriusan kecacatan kualiti dan/atau kejadian mudarat sesuatu produk. Menurut Garis Panduan Kawalan Produk Kosmetik di Malaysia, tahap I merujuk kepada produk yang mempunyai risiko kesihatan utama yang mungkin menyebabkan kecederaan serius atau kematian dan perlu ditarik balik dalam tempoh 24 jam. Tahap II merujuk kepada produk yang mempunyai risiko kesihatan yang kecil atau substandard, dan perlu ditarik balik dalam tempoh 72 jam. Tahap III merujuk kepada produk disebabkan masalah lain dan perlu ditarik balik dalam tempoh 30 hari atau seperti yang diarahkan.
target concentrationkepekatan sasaranPerubatanTiadaParas ubat dalam darah yang disasarkan untuk menghasilkan kesan yang tertentu bergantung kepada jenis penyakit, tahap keseriusan penyakit dan indikasi penggunaan ubat. Contohnya kepekatan sasaran Aspirin yang lebih tinggi diperlukan untuk menghasilkan kesan antiinflamatori berbanding untuk merencat fungsi platelet.
sixteen personality factor (16 PF))personaliti enam belas faktor (16 PF)PsikologiPsikologi UmumUjian untuk mengukur tahap 16 trait dalam personaliti individu. Ujian ini telah dikenal pasti oleh Cattel (1965). Hasil ujian yang diperoleh boleh digunakan untuk membina profil personaliti individu atau kelompok individu berdasarkan beberapa kesamaan seperti pekerjaan dan etnik. Profil trait yang diperoleh akan menggambarkan personaliti individu berkenaan dan boleh dibandingkan dengan profil personaliti individu yang lain. Enam belas trait yang disenaraikan oleh Cattell ialah bersendiri, berfikiran konkrit, kerapuhan emosi, kepatuhan, keseriusan, ketelitian, malu, kekentalan, kebolehpercayaan, praktikal, terus terang, keyakinan diri, konservatif, sikap bergantung pada orang lain, tidak berdisiplin dan santai.

Kembali ke atas