Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sesak (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak lapang: sendat, sempit,
Berantonim dengan lapang

2. Bersinonim dengan padat: tumpat, penuh, merasak,
Berantonim dengan kosong

3. Dalam konteks nafas
bersinonim dengan tersumbat, tersekat, sendat, senak, sebak, sebu, senuh, segah, sangih, sekak,
Berantonim dengan lega

4. Bersinonim dengan susah: payah, sempit, serba kekurangan, miskin, papa, terhimpit, tersepit, terdesak, picik,
Berantonim dengan senang

Kata Terbitan : bersesak-sesak, menyesakkan, tersesak, kesesakan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
colocynth poisoningkeracunan kolosinKimiaForensikKeracunan disebabkan pendedahan kepada kolosin, iaitu perengsa dan katartik yang sangat berbahaya yang terdapat pada tumbuhan Cilrullus colocynthis. Dos parah mungkin serendah 1 mL atau 1 g. Tanda utama keracunan akut akibat pengingesan atau penggunaan pada kulit ialah muntah, cirit-birit dan pengsan. Gejala keracunan termasuk pedih dalam mulut dan perut, tenesmus, muntah, cirit berair atau berdarah, pucat, pengsan, tekanan darah jatuh, takikardia, koma dan mati. Penemuan makmal menunjukkan darah kasar atau okulta dalam tinja, proteinuria dan hematuria kasar atau mikroskopik. Penemuan patologi pula ialah kesesakan dan perubahan kemerosotan saluran gastrousus, hati, buah pinggang dan otak.
potassium cyanide poisoningkeracunan kalium sianidaKimiaForensikKeracunan akibat pengingesan atau penyedutan atau penyerapan melalui kulit kalium sianida (formula kimia, KCN), iaitu bahan yang menyebabkan kesesakan dan kakisan mukosa gaster. Tanda utama keracunan ialah pernafasan cepat, tekanan darah turun, konvulsi, dan koma. Keracunan akut akibat pengingesan atau penyedutan amaun yang banyak (melebihi 200 mg) menyebabkan tidak sedar dengan serta-merta, konvulsi, dan mati dalam masa 1 - 15 minit. Pengingesan atau penyerapan kulit yang tidak melebihi 200 mg menyebabkan pening, pernafasan cepat, muntah, muka merah, sakit kepala, mengantuk, tekanan darah turun, nadi cepat, dan tidak sedar. Mati semasa konvulsi berlaku dalam masa 4 jam. Keracunan kronik akibat pemakanan ubi kayu beracun boleh menyebabkan kerosakan saraf koordinasi. Penemuan makmal bagi keracunan akut menunjukkan asidosis metabolik teruk. Bau badam pahit mungkin terhidu semasa autopsi. Dos maut ialah 1.1 �g/mL -1.3 �g/mL.
embargoembargoEkonomiTiada1.Larangan kerajaan secara rasmi untuk mengimport atau mengeksport sesuatu barang atau perkhidmatan dari/ke sesebuah negara dengan tujuan untuk mendesak supaya sesuatu konsesi diberikan kepadanya. 2. Sekatan terhadap keluar masuk kapal dari pelabuhan sesebuah negara. 3. Keengganan sesebuah syarikat pengangkutan untuk mengangkut barang-barang apabila berlaku mogok atau kesesakan lalu lintas.
vasoconstrictorvasokonstriktorFarmasiFarmakologi1. Drug, agen atau saraf yang menyebabkan pengecutan pada dinding salur darah. 2. Agen yang digunakan bagi mengawal, memelihara atau meningkatkan tekanan darah dengan menyebabkan salur darah menjadi sempit. Contohnya, lipresin dan nafazolina. Lipresin merupakan drug antidiuretik dan vasokonstriktor yang digunakan untuk merawat diabetes insipidus. Nafazolina pula ialah drug vasokonstriktor yang digunakan dalam semburan hidung untuk merawat gejala kesesakan hidung dan digunakan dalam penitis mata untuk merawat sakit mata.
chlordane poisoningkeracunan klordanKimiaForensikKeracunan akibat pengingesan atau penyentuhan kulit dengan 1 g - 3 g klordan, iaitu insektisid berklorin yang mempunyai had pendedahan 0.5 mg/m3 . Tanda utama keracunan ialah terketar-ketar dan konvulsi. Gejala akibat keracunan ini termasuk keletihan, lemah badan, hilang selera makan, rabun, hilang ingatan, mengantuk, parestesia, terketar-ketar, koma, demam kuning, dan konvulsi. Keracunan akut mengakibatkan kekeliruan, racauan, loya, konvulsi dan akhirnya mati. Keracunan kronik pula menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang. Perubahan patologi termasuk kesesakan, edema, dan perdarahan petekia dalam paru-paru, buah pinggang, dan otak. Buah pinggang juga menunjukkan kerosakan pada sel bahagian tubul.
phosphorous poisoningkeracunan fosforusKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada fosforus putih atau fosforus kuning, yang kadang-kadang terdapat dalam racun tikus, baja, dan mercun. Dos parah adalah lebih kurang 1 mg/kg, dan had pendedahan ialah 0. 1 mg/m3. Tanda utama keracunan ialah demam kuning dan pengsan. Keracunan akut menyebabkan loya dan muntah, cirit-birit, ritma jantung tidak normal, dan nafas dan kumuhan berbau bawang putih, dan mungkin kelihatan berasap. Mati semasa koma atau jantung terhenti mungkin berlaku dalam masa 24 - 48 jam pertama, atau gejala pulih selama 1 atau 2 hari dan kemudian kembali semula, dengan loya dan muntah, cirit-birit, kelembutan dan pembesaran hati, demam kuning, kelesuan, tekanan darah turun, oliguria, hipoglisemia, dan perdarahan petekia multipel. Jika fosforus kuning dibiarkan kering pada permukaan kulit, ia akan tercucuh dan menyebabkan kebakaran darjah kedua hingga ketiga dikelilingi dengan lepuh. Luka akan sembuh secara perlahan. Penyedutan menyebabkan gejala keracunan akut selepas 1 - 3 hari. Keracunan kronik akibat pengingesan atau penyedutan memberikan gejala awal sakit gigi, diikuti bengkak pada rahang dan kemudian nekrosis mandibel. Gejala lain ialah keadaan lemah, hilang berat badan, hilang selera makan, anemia, dan keretakan tulang secara spontan. Penemuan patologi ialah demam kuning, degenerasi lemak dan nekrosis hati dan buah pinggang, dan perdarahan, kesesakan, dan hakisan saluran gastrousus.
carbon disulfide poisoningkeracunan karbon disulfidaKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada karbon disulfida (formula kimia, CS2), iaitu cecair dengan takat didih 46�C, yang digunakan dalam bentuk wap sebagai insektisid dan sebagai pelarut industri. Bahan ini boleh menyebabkan kesesakan dan edema saluran gastrousus. Had pendedahan ialah 10 ppm, dan dos parah dianggarkan 1 g secara pengingesan. Tanda utama keracunan ialah kerengsaan. Keracunan akut yang terjadi akibat terdedah pada kepekatan dari 100 ppm hingga 1000 ppm menyebabkan gejala yang bermula dengan keresahan, kerengsaan membran mukus, rabun penglihatan, loya dan muntah, serta sakit kepala, yang seterusnya mengakibatkan tidak sedar dan lumpuh pernafasan. Jika terkena pada kulit, karbon disulfida menyebabkan kemerahan dan rasa pedih, dan kemudian retak dan mengelupas. Jika cecair terus bersentuhan dengan kulit selama beberapa minit, kebakaran darjah kedua mungkin terjadi. Pengingesan menyebabkan muntah, sakit kepala, sianosis, pengurangan pernafasan, tekanan darah turun, tidak sedar, terketar-ketar, konvulsi, dan mati. Keracunan kronik akibat penyedutan atau penyerapan kulit pada mulanya menyebabkan sensasi aneh pada bahagian-bahagian hujung anggota dan kemudian hilang deria dan lemah otot. Gejala seterusnya ialah kerengsaan, hilang daya ingatan, rabun penglihatan, hilang selera makan, insomnia, depresi mental, pening, rasa lemah, dan ketar Parkinson. Kematian mungkin disebabkan perubahan degeneratif dalam otak dan saraf tunjang. Bau telur busuk dikesan semasa bedah siasat.
phenmetrazine hydrochloridefenmetrazina hidrokloridaKimiaForensikFormula kimia, CIIH15,NO.HCI; nama dagang, Preludin. Serbuk berhablur putih, takat lebur 182�C, larut dalam air, etanol dan kloroform, larut sedikit dalam eter. Agen simpatomimetik yang digunakan dalam rawatan kesesakan nasal, asma dan demam alergi. Dos terapeutik ialah 0.02 �g/mL.- 0.25 �g/mL., dos toksik ialah 0.5 �g/mL., dos maut ialah 0.1 �g/mL.- 4.0 �g/mL.. Tempoh setengah hayat ialah 8 jam. Kesan sampingan termasuk gementar, insomnia dan berdebar. Sinonim oksazimedrina.
croton oil poisoningkeracunan minyak krotonKimiaForensikKeracunan disebabkan pendedaban kepada minyak kroton, iaitu minyak tak meruap yang diperoleh daripada biji Croton tiglium. Minyak ini merupakan perengsa dan katartiks yang kuat. Dos parah mungkin serendah 1 mL. Tanda utama keracunan akut akibat pengingesan atau penggunaan pada kulit ialah muntah, cirit-birit, dan pengsan. Gejala keracunan termasuk pedih dalam mulut dan perut, tenesmus, muntah, cirit berair atau berdarah, pucat, pengsan, tekanan darah turun, takikardia, koma, dan mati. Penemuan makmal menunjukkan darah kasar atau okulta dalam tinja, proteinuria dan hematuria kasar atau mikroskopik. Penemuan patologi ialah kesesakan dan perubahan degeneratif saluran gastrousus, hati, buah pinggang, dan otak.
camphor poisoningkeracunan kamforKimiaForensikKeracunan akibat pengingesan kamfor, iaitu bahan yang terdapat dalam seselengah ubat gegat dan minyak kamfor. Tanda utama keracunan akut ialah konvulsi. Gejala keracunan ialah pedih dalam mulut dan 'kerongkong, sakit epigastrik, rasa dahaga, loya dan muntah, cemas, pening, kelakuan tak rasional, pengsan, kaku, nadi cepat, pernafasan periahan, terketar-ketar otot muka, spasma otot, dan konvulsi. Dos parah adalah lebih kurang 1 g untuk kanak-kanak berumur 1 tahun, dan had pendedahan ialah 2 ppm. Penemuan patologi termasuk kesesakan dan perubahan edematus dalam saluran gastrousus, buah pinggang dan otak.
12

Kembali ke atas