Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.se.ta.ra.an] | کستاراءن

Definisi : perihal (keadaan dsb) setara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.se.ta.ra.an] | کستاراءن

Definisi : kedudukan atau keadaan setara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kesetaraan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon penjelasan DBP bagi penggunaan perkataan-perkataan berikut. Adakah mereka sama atau berbeza mengikut konteks tertentu? Harap dapat beri pencerahan. Terima kasih. 1. kesamaan 2. kesetaraan 3, kesaksamaanKesamaan bermaksud keadaan atau hal yang sama, kesetaraan bermaksud kedudukan atau keadaaan setara (sama) dan kesaksamaan bermaksud hal atau keadaan saksama. Perkataan kesamaan dan kesetaraan membawa makna yang hampir sama, manakala perkataan kesaksamaan membawa makna yang berbeza dan banyak digunakan dalam bidang peristilahan.Lain-lain07.01.2018
Merujuk Khidmat Nasihat DBP, 'Dynamic Equivalence' diterjemahkan sebagai Kesepadanan Dinamik. Mengapa bukan 'Kesetaraan Dinamik' seperti mana yang terakam dalam terjemahan PRPM?. Bagaimana pula terjemahan bagi istilah 'Formal Correspondence' dalam 'Theory of Formal Correspondence and Dynamic Equivalence Nida' adakah Kesepadanan Formal? Terima Kasih.Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud 'equivalence' ialah kesamaan atau kesetaraan, maka terjemahan yang sesuai bagi 'Dynamic Equivalence' ialah kesetaraan dinamik atau kesamaan dinamik. Bagi maksud 'correspondence' ialah kecocokan atau persamaan, maka terjemahan yang sesuai bagi 'Formal Correspondence' ialah persamaan formalMakna05.07.2020
Mohon mengemukakan maksud "kesetaraan" beserta dengan contoh ayat dan penggunaan untuk rujukan saya Jasa baik pihak tuan/puan adalah dihargai

Makna07.08.2017
Apakah terjemahan yang tepat bagi "equivalent". Apakah penggunaan yang paling tepat, sama ada "konsep kesepadanan dalam penterjemahan" atau "konsep kesetaraan dalam penterjemahan"?Penggunaan yang paling tepat ialah "konsep kesepadanan dalam penterjemahan".Makna27.08.2019

Kembali ke atas