Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.si.la.pan] | کسيلڤن

Definisi : perihal silap, kekeliruan, ke­khilafan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.si.la.pan] | کسيلڤن

Definisi : sesuatu yg silap; kesalahan; kekeliruan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
silap (adjektif)
Bersinonim dengan salah, khilaf, ralat, gawal, keliru, sesat, tidak benar, tidak betul, pelak;,
Kata Terbitan : menyilap, tersilap, kesilapan, penyilap,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah punca kesilapan semantik dan contoh-contoh kesilapan semantikSoalan ini mungkin berkaitan dengan kesilapan makna perkataan. Kesilapan makna perkataan mungkin berpunca daripada pemilihan makna bukan dalam bidang yang dipilih. Kajian semantik yang mengkaji tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata wajar dijalankan agar maklumat tentang sesuatu perkataan dapat dijelaskan dengan mudah dan menyeluruh.Lain-lain22.02.2008
Kesilapan ejaan perak (bahasa Kd) versi jawi: [pé.ra/] | ڤيرق Definisi : Kd hairan, (tercengang) kerana pertama kali melihat sesuatu dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat) Bunyi bukan pé, tetapi pe (macam bunyi 'petai'). Bukan 'rak' tapi 'غak' ڤـغـقـPihak kami akan mengemukakan perkara ini kepada pihak yang terlibat, terima kasih atas keprihatinan tuan.Lain-lain04.02.2020
kesilapan ejaan "haji" pada http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=haji#Untuk makluman tuan, memang terdapat sedikit perbezaan antara data dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi Sebutan-Jawi dengan Daftar Rumi-Jawi (Beta) dalam paparan PRPM. Daftar Rumi-Jawi dibangunkan dalam bentuk sistem Beta untuk membantu pengguna menyemak penggunaan ejaan Jawi secara dalam talian, khususnya yang tiada buku rujukan. Namun begitu sistem ini ada kelemahannya kerana  dalam proses pemindahan data berlaku beberapa kesalahan. Oleh itu, rujukan yang sahih ialah buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi-Sebutan-Jawi. Perkara ini akan diperbaiki bagi memberikan perkhidmatan bermutu kepada pengguna. Lain-lain26.09.2016
Tuan, harap dapat nyatakan bila berlakunya KESILAPAN BAHASA dan KESALAHAN BAHASA? Bagaimana pula KESILAPAN ATAU KESALAHAN TINGKAH LAKU?Merujuk Kamus Dewan Edisi Ketiga, makna kesilapan ialah salah yang tidak disengajakan ataupun khilaf. Contoh Ayat: Kalau saya tidak silap, umurnya baru 30 tahun. Kesalahan pula ditakrifkan sebagai perihal salah, iaitu tidak benar, tidak betul, tidak tepat, tidak baik, tidak layak atau perbuatan yang menyalahi hukum. Oleh itu, kesilapan bahasa bermaksud kesalahan yang tidak disengajakan, manakala kesalahan bahasa pula dimaksudkan sebagai tidak tepat atau tidak betul. Kesalahan tingkah laku, iaitu perbuatan yang menyalahi hukum.Tatabahasa12.06.2010
Salam sejahtera, saya terjumpa kesilapan ini ketika mencari perkataan "invader". Penerangan yang diberi sepatutnya untuk perkataan "invalid" dan bukannya "invader" yang bermakna penyerang. Syot layar kesilapan ini dilampirkan bersama soalan ini. Moga-moga, pihak DBP dapat membaiki kesilapan ini secepat mungkin. Terima kasih.Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Kami mengakui telah berlaku kesilapan sewaktu proses pemindahan daripada salinan keras kepada salinan lembut.Lain-lain25.10.2016
Munsyi Sebaik-baik pemuda itu ada juga melakukan kesilapan. atau Sebaik-baiknya pemuda itu ada juga melakukan kesilapan. TKSebaik-baik pemuda itu ada juga melakukan kesilapan.Tatabahasa17.07.2012
guru bm saya bagi tugasan suruh cari kesilapan penggunaan tatabahasa di laman web. lepas tu buat sebab n cadangan mengatasi kesilapan tersebut. bagaimanakah menulis cadangan mengatasi untuk kesilapan tatabahasa? kena dengan sumber rujukan dari sumber ilmiah sekali..contohnya kesalahn penggunaan kata pemeri dan kata sendi?

Saudara boleh merujuk laman web DBP dan cari maksud kata pemeri, iaitu ialah dan adalah dan tentukan penggunaan yang betul dan salah bagi ialah dan adalah, contohnya: Ahmad adalah guru atau Ahmad ialah guru. Kata sendi pula ialah kata yang menghubungkan dua kata atau ayat, iaitu "di", "ke", "dari", "daripada" dan sebagainya. Contoh kesalahan penggunaanya ialah Ali memasukkan pen di dalam bekas pensel atau Ali memasukkan pen dalam bekas pensel. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa10.08.2009
Salam sejahtera, saya terjumpa kesilapan ini ketika mencari perkataan "inventiveness". Penerangan yang diberi sepatutnya untuk perkataan "inventor" dan bukannya "inventiveness". Syot layar kesilapan ini dilampirkan bersama soalan ini. Moga-moga, pihak DBP dapat membaiki kesilapan ini secepat mungkin. Terima kasih.Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Kesalahan ini akan dimaklumkan kepada Bahagian Perkamusan, DBP. Lain-lain04.11.2016
Salam sejahtera, saya terjumpa kesilapan ini ketika mencari perkataan "inventor". Penerangan yang diberi sepatutnya untuk perkataan "inventory" dan bukannya "inventor" yang bermakna pencipta. Syot layar kesilapan ini dilampirkan bersama soalan ini. Moga-moga, pihak DBP dapat membaiki kesilapan ini secepat mungkin. Terima kasih.Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Kesalahan ini akan dimaklumkan kepada Bahagian Perkamusan, DBP. Makna04.11.2016
Aina Othman Jul 23rd, 3:14pm salam... saya terjumpa kesilapan ejaan seperti yang saya kepilkan. harap DBP dapat mengambil tindakan secepat mungkin. kesilapan yang saya jumpa: box office - dalam Istilah Malaysia 'pecah punggung'.. hehe...Waalaikumussalam. Ya, kami pun terjumpa. Itu merupakan kesilapan menaip ketika memasukkan data. Kami akan maklumkan kepada pihak berkenaan. Terima kasih atas teguran.Ejaan23.07.2014
12345678910...

Kembali ke atas