Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.si.la.pan] | کسيلڤن

Definisi : perihal silap, kekeliruan, ke­khilafan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.si.la.pan] | کسيلڤن

Definisi : sesuatu yg silap; kesalahan; kekeliruan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
silap (adjektif)
Bersinonim dengan salah, khilaf, ralat, gawal, keliru, sesat, tidak benar, tidak betul, pelak;,
Kata Terbitan : menyilap, tersilap, kesilapan, penyilap,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mistake of factkesilapan faktaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKekhilafan mengenai sesuatu perkara selain daripada kesilapan undang-undang. Kesilapan fakta boleh menjadi alasan atau pembelaan oleh pihak tertuduh bagi mengelakkan tanggungjawab jenayah. Kesilapan fakta hendaklah membatalkan elemen mens rea (niat jahat), seperti kesilapan identiti mangsa. Contohnya, dalam undang-undang jenayah antarabangsa, seorang penempur yang menyangka sasarannya ialah seorang musuh, dan menyerang sasaran tersebut tetapi kemudiannya mendapati mangsa ialah orang awam yang dilindungi oleh undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Penempur yang tidak mempunyai niat untuk mensasarkan orang awam tersebut boleh menjadikan kesilapan fakta sebagai satu alasan jika dia didakwa di mahkamah.
mistake of lawkesilapan undang-undangUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKekhilafan mengenai perkara yang melibatkan isu undangundang. Di kebanyakan negara, kesilapan undang-undang tidak boleh dijadikan alasan atau pembelaan oleh tertuduh bagi mengelakkan tanggungjawab jenayah. Kesilapan undang-undang juga boleh dirujuk sebagai kesilapan seseorang untuk memahami bagaimana sesuatu undangundang terpakai kepada tindakannya yang dibicarakan di mahkamah. Contohnya, seorang penempur yang hanya mengenali palang merah dan bulan sabit merah sebagai lambang pembeza, telah menembak seseorang yang memakai lambang kristal merah yang juga merupakan lambang pembeza. Dalam hal ini, penempur yang mensasarkan orang atau objek dengan lambang pembeza dianggap telah melakukan jenayah. Lihat juga lambang pembeza.
misfilekesilapan memfailPentadbiran PerniagaanTiadaKesilapan menyimpan surat atau dokumen ke dalam sesuatu fail.
fautekesilapan/kesalahanKesusasteraanTiadaKesalahan atau kesilapan ketika menulis, menyalin atau menuturkan sesuatu cerita.
jurisdictional errorkesilapan bidang kuasaUndang-undangTiadaKesilapan sesuatu pihak berkuasa mentafsirkan undang-undang atau fakta dalam menentukan bidang kuaanya untuk membuat sesuatu keputusan.
error of factkesilapan faktaUndang-undangTiadaKesilapan yang berlaku apabila sesuatu fakta tidak diambil kira, atau diambil kira sedangkan fakta itu tidak wujud.
zero defectkesilapan sifarPentadbiranPentadbiran Awam

Sasaran yang ditentukan oleh pihak pengurusan atasan untuk mengelakkan berlakunya salah tadbir dan sebarang kelemahan organisasi. Kesilapan sifar merupakan satu usaha dan tindakan maksimum untuk memastikan sistem pengurusan yang cekap dan adil, meningkatkan kemahiran dan kepakaran tenaga kerja, menyediakan infrastruktur yang lengkap, menjalin hubungan akrab antara majikan dengan kakitangan, memberi upah yang setimpal, membuat pemantauan dan pengawalan yang berterusan. Walau bagaimanapun, kesilapan sifar dilihat sebagai usaha yang sukar dicapai kerana wujud karenah birokrasi, amalan nepotisme dan mengutamakan kepentingan peribadi.

copy errorKesilapan penyalinanBiologiGenetikMutasi yang disebabkan oleh kesilapan semasa pereplikaan DNA.
eorror on the face of the recordkesilapan ketara pada rekodUndang-undangTiadaKesilapan yang ketara pada rekod prosiding mahkamah atau tribunal.
millenium bugpepijat alafTeknologi MaklumatTiadaKesilapan atur cara yang berlaku pada tahun 2000 akibat komputer tidak dapat membezakan antara 1900 dan 2000 kerana menggunakan dua digit terakhir untuk mewakili tahun . Kesilapan ini boleh menyebabkan salah pengiraan tempoh tahun.
12345678910...

Kembali ke atas