Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.si.nam.bu.ngan] | کسينمبوڠن

Definisi : perihal bersinambungan, kelanjutan, keterusan, persambungan: tetapi jelas bahawa pemerintahan raja-raja Me­layu Langkasuka dan Patani tetap mem­punyai ~ sehinggalah awal abad ke-20; justeru yg moden itu merupakan ~ bagi yg tradisional dan yg lama akan dapat mem­perkenalkan akar-akar tradisinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.si.nam.bu.ngan] | کسينمبوڠن

Definisi : se­suatu (kejadian, perkara dll) ekoran drpd sesuatu yg berlaku, terjadi dsb; sambungan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sinambung
Kata Terbitan : bersinambung, bersinambungan, kesinambungan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Saya ingin mendapatkan penerangan mengenai perbezaan antara kesinambungan dan kelangsungan. 2. Apakah terjemahan Bahasa Melayu bagi perkataan 'continuity'. Contoh ayat: the continuity of urban agriculture practices. Adakah 'continuity' disini diterjemah sebagai kesinambungan atau kelangsungan?1.Kesinambungan atau kelangsungan membawa maksud yang sama, iaitu perihal bersinambungan, kelanjutan, keterusan, persambungan. Walau bagaimanapun, penggunaannya bergantung pada konteks ayat.

Contoh ayat:
Se­muanya ini untuk menjaga kelangsungan hidup yang harmoni antara kaum di negara ini.

Sastera Melayu moden merupakan kesinambungan daripada sastera Melayu lama.

2. 
Cadangan terjemahan ialah kesinambungan amalan pertanian bandar.
Penyemakan dan penterjemahan29.01.2021
Salam, 1. Apa beza antara 'jawapan' dan 'jawaban'? 2.'Aku bukan kesinambungan cintamu...demikian lirik sebuah lagu.Apakah maksud 'kesinambungan'? Apakah kata akarnya? dan contoh ayat.

1. Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab.

2. Kesinambungan bermaksud perihal bersinambungan, kelanjutan, keterusan, persambungan. Kata akarnya ialah sambung yang disisipkan -in- menjadi sinambung. Gabungan apitan ke-...-an menerbitkan kesinambungan. Contoh ayat: Sastera Melayu moden merupakan kesinambungan daripada sastera Melayu lama. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 237. 

Istilah31.07.2009
Apakah imbuhan sisipan yang terdapat dalam perkataan kesinambungan.Imbuhan sisipan yang terdapat dalam perkataan kesinambungan ialah sisipan -in- , iaitu sambung = sinambung.Istilah09.02.2009
"kesinambungan kerjaya beliau terserlah" adakah frasa tatabahasa tersebut betul?Dari segi tatabahasa, frasa ini betul tetapi dari segi semantik, frasa ini tidak ada makna. Kamus Dewan mentakrifkan kesinambungan sebagai  perihal bersinambungan, kelanjutan, keterusan, persambungan.Tatabahasa22.07.2010
Apakah islilah yang sesuai untuk 'Business Continuity Management'? Adakah 'Pungurusan Kesinambungan Perniagaan' betul?

Untuk makluman, tiada istilah khusus untuk 'business continuity management'. Oleh itu, istilah yang dicadangkan, iaitu Pengurusan Kesinambungan Perniagaan boleh digunakan.

Istilah30.03.2011
1. Apakah maksud perkataan kesinambungan? Bilakah perkataan ini sesuai digunakan? 2. Di manakah boleh saya beli buku tatabahasa dewan edisi terbaru? 3. Bagaimanakah membezakan penggunaan 'Ke' dan 'Kepada' 4. Apakah ejaan yang betul bagi perkataan draft? Draf atau deraf?

1. Kesinambungan: perihal bersinambungan, kelanjutan, keterusan, persambungan: tetapi jelas bahawa pemerintahan raja-raja Melayu Langkasuka dan Patani tetap mempunyai ~ sehinggalah awal abad ke-20; justeru yg moden itu merupakan ~ bagi yg tradisional dan yg lama akan dapat memperkenalkan akar-akar tradisinya; 

2. Saudari boleh mendapatkannya di Koperasi DBP, Tingkat Bawah Menara DBP atau mana-mana kedai buku yang mengedarkan buku terbitan DBP.

3. Ke :-  kata sendi yg menunjukkan arah atau tempat dll yg ditujui: terbang ~ udara; belayar menuju ~ timur; melancong ~ Tokyo;   Kepada:- 1. kata utk menyatakan arah ke (dipakai sebelum nama orang atau kata pengganti diri), pada: mengirim surat ~ orang tuanya; 2. terhadap, akan: jangan berbuat jahat ~ orang; 3. daripada, pada: baginda memohon Siantan ~ Betara Majapahit; ia penolong ~ Pegawai Daerah.

Lain-lain19.03.2009
Assalamualaikum, pertanyaan ini merupakan kesinambungan daripada pertanyaan saya sebelum ini iaitu berkaitan dengan pertanyaan kerja kosong di DBP. Di sini saya lampirkan resume saya untuk digabungkan sekali bersama keputusan peperiksaan saya yang dihantar pada pertanyaan sebelum ini. Jika ada apa-apa pertanyaan pihak tuan/puan boleh menghubungi saya di 0199886073 atau di emel amiraaqilah@gmail.comSalam sejahtera,

Jawatan Kosong di Dewan Bahasa dan Pustaka

Untuk makluman puan, sebarang pertanyaan berkaitan perjawatan di DBP boleh die-melkan kepada: pengambilan@dbp.gov.my. DBP telah menggunapakai sistem e-pengambilan bermula bulan Disember 2021. Sekiranya terdapat iklan kosongan jawatan, pihak kami akan menyiarkannya melalui surat khabar dan laman sesawang DBP iaitu: http://lamanweb.dbp.gov.my/. Sekiranya terdapat iklan jawatan kosong, pihak puan bolehlah mendaftar dan memohon jawatan tersebut.

Sekian, untuk pemakluman.
Lain-lain12.02.2022
Apakah kata dasar bagi "Kesinambungan"? Bagaimana hendak menggunakan imbuhan "me..." bagi kata dasar berkenaan? "Menyinambungkan"?Kata akarnya ialah sambung yang disisipkan -in- menjadi sinambung.

Perkataan sinambung tidak menerima imbuhan me- tetapi kata akar, sambung boleh menerima awalan meN- iaitu menyambung.
Tatabahasa12.08.2013
1.imbangan 2.bersepadu 3.kesinambungan 4.turutan 5.litupan 6.orientasi kurikulum 7.humanisme 8.konstruksionisme 9.kognitifTiada soalan yang dikemukakan, namun jika saudara memerlukan makna bagi setiap perkataan tersebut sila rujuk kamus atau menggunakan carian di laman web kami www.prpm.dbp.gov.my.Lain-lain30.11.2011
Saya memerlukan maklumat-maklumat seperti di bawah : 1) Fungsi-fungsi peribahasa dalam kesinambungan warisan bahasa. 2) Kepentingan-kepentingan peribahasa yang menyentuh tentang tema budi bahasa. 3) Konsep ayat 4) Analisis contoh kesalahan ayat oleh muridUntuk makluman, soalan saudara adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa bahasa Melayu dan sebagainya. Soalan saudara memerlukan pembacaan yang banyak dan kajian mendalam. Saudara dicadangkan agar datang ke Pusat Dokumentasi Melayu,  Menara DBP untuk membuat rujukan akademik. Di PDM, banyak bahan yang berkaitan dengan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Melayu yang boleh saudara rujuk.Tatabahasa19.03.2013
1234567

Kembali ke atas