Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.si.nam.bu.ngan] | کسينمبوڠن

Definisi : perihal bersinambungan, kelanjutan, keterusan, persambungan: tetapi jelas bahawa pemerintahan raja-raja Me­layu Langkasuka dan Patani tetap mem­punyai ~ sehinggalah awal abad ke-20; justeru yg moden itu merupakan ~ bagi yg tradisional dan yg lama akan dapat mem­perkenalkan akar-akar tradisinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.si.nam.bu.ngan] | کسينمبوڠن

Definisi : se­suatu (kejadian, perkara dll) ekoran drpd sesuatu yg berlaku, terjadi dsb; sambungan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sinambung
Kata Terbitan : bersinambung, bersinambungan, kesinambungan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
EMPAYAR BYZANTINE

Empayar Byzantine ialah kesinambungan

Empayar Rom. Ia juga dikenali sebagai Empayar

Rom Timur oleh sebab ia memerintah bahagian

timur Empayar Rom.

UMUM 
KESUSASTERAAN LATIN

Kesusasteraan Latin meliputi esei, sejarah,

puisi, drama dan penulisan lain pada zaman

Rom purba. Dalam kebanyakan penghasilannya,

ia seolah-olah merupakan kesinambungan

kesusasteraan Yunani, yang banyak menggunakan

bentuk yang serupa. Namun begitu, sastera Latin

turut mencerminkan kehidupan dan sejarah Rom

purba.

UMUM 
BAHASA MELAYU RIAUBAHASA MELAYU RIAU, pecahan daripada bahasa Melayu Johor-Riau. Bahasa Melayu Riau merupakan kesinambungan daripada bahasa Melayu kerajaan Melaka. Setelah kota Melaka jatuh ke tangan Portugis, kerajaan Melayu berpindah ke Johor dan kemudian ke Riau.BAHASAKonsep
PUISI MELAYU MODENPUISI MELAYU MODEN, puisi Melayu yang menerima pengaruh moden Barat. Puisi ini juga merupakan kesinambungan daripada puisi Melayu lama, dipengaruhi oleh pantun, syair, gurindam, seloka dan talibun.SASTERAKonsep
NORODOM SIHANOUK

Norodom Sihanouk (1922– ) ialah raja

Kemboja. Baginda mula-mula menjadi raja pada

tahun 1941, tetapi turun takhta pada tahun 1955

untuk memasuki politik. Sihanouk mengambil

semula gelaran raja pada tahun 1993, berikutan

kepulangannya dari pembuangan negara di China.

Di bawah syarat Perlembagaan 1993 Kemboja, raja

berfungsi sebagai “simbol perpaduan dan

kesinambungan negara”. Baginda hampir tidak

berpengaruh dalam hal ehwal harian negara, tetapi

mendapat sokongan majoriti rakyat Kemboja.

UMUM 
CETERIA

CETERIA, golongan kedua selepas wazir dalam hierarki Kesultanan Brunei. Kewujudan dan kesinambungan Kesultanan Brunei sedikit sebanyak bergantung pada sokongan mereka. Golongan ceteria menjadi ‘pasak’ kepada piramid kesultanan.

 

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
BRANDES, J.L.A

BRANDES, J.L.A.  (1857-1905), pengkaji bahasa Austronesia. Nama sebenarnya ialah Jan Laurens Andries Brandes.  Dia berasal dari Belanda.  Dia banyak menghasilkan penulisan dalam bidang filologi, bahasa Melayu dan kesusasteraan Jawa kuno dan moden.  Disertasi untuk ijazah Doktor Falsafah yang berjudul “Perbandingan Tatabunyi antara Bahasa-bahasa Melayu-Polinesia Bahagian Barat” yang disiapkan pada tahun 1884 di Utretch, merupakan kesinambungan daripada hukum bunyi yang dikaji dan dikemukakan oleh Van der Tuck.

BAHASATokoh
PERSIDANGAN ANTARABANGSA PENGAJIAN MELAYU

PERSIDANGAN ANTARABANGSA PENGAJIAN MELAYU, persidangan yang menilai serta mengkaji kedudukan dan perkembangan semasa dalam berbagai-bagai-bagai aspek bidang pengajian Melayu.  Persidangan ini berlangsung dari 21 hingga 23 Ogos 1989 bertempat di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.  Persidangan yang bertemakan “Melayu: Persoalan Warisan dan Kini”, menyatakan pentingnya kepekaan terhadap kesinambungan perkembangan dunia Melayu dari dahulu hingga kini.

BAHASAPeristiwa

Kembali ke atas