Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.si.ni.san] | کسينيسن

Definisi : sikap (pandangan, pernyataan dsb) sinis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.si.ni.san] | کسينيسن

Definisi : keadaan atau sikap sinis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kesinisan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Saya pembantu penyelidik UPM yang menjalankan kajian mengenai sosialisasi perundangan . Saya ingin bertanya mengenai daftar Bahasa Inggeris yang ingin dialih bahasa ke Bahasa Melayu. 1.legitimacy of the law, 2.cynicism about the legal system 3.moral disengagement Legitimacy of the law - merujuk kepada ( the feelings of obligation to defer to the rules and decisions associated with legal institution and actors ) Cynicism about the legal system - merujuk kepada ( the legal system or the law is the sense in which the people are acting in ways that are outside the law and community norms and they felt that such conduct is reasonable ) Moral disengagement - merujuk kepada ( the separation of conduct from moral standards relevant to the conduct )Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1.legitimacy of the law - keesahan undang-undang 2.cynicism about the legal system - kesinisan terhadap sistem undang-undang 3.moral disengagement -pembebasan moralIstilah14.11.2016
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya Nadia, merupakan pelajar dan pembantu penyelidikan di Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga, UPM ingin mendapatkan khidmat terjemahan bagi beberapa istilah daripada bahasa inggeris yang akan digunakan dalam kajian yang dijalankan. Istilah atau terma yang ingin kami dapatkan terjemahannya, dalam bahasa melayu,istilah dalam bahasa melayu yang tepat ialah:- 1)Legal Socialization 2)Legitimacy of the law 3)Legal Cynicism 4)Law-abiding behavior 5)Procedural Justice 6)Moral Disengagement Berikut merupakan beberapa istilah yang ingin kami periksa terjemahan maksudnya dalam bahasa melayu dengan tepat. Terima kasih atas bantuan.Senarai padanan istilah yang disenaraikan tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Penggubalan istilah memerlukan maklumat konsep dan konteks penggunaan istilah dalam bidang khusus yang ditanya. Sila bekalkan maklumat konsep dan konteks penggunaan istilah yang disenaraikan sekiranya cadangan yang kami berikan tidak tepat dalam konteks penggunaan puan.

1)Legal Socialization= Pemasyarakatan Undang-undang

2)Legitimacy of the law = Keesahan Undang-undang

3)Legal Cynicism =Kesinisan Undang-undang

4)Law-abiding behavior = Tingkah Laku Patuh Undang-undang

5)Procedural Justice = Tatacara Keadilan

6)Moral Disengagement = Pembebasan Moral
Istilah26.02.2018

Kembali ke atas