Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.so.pa.nan] | کسوڤنن

Definisi : 1. perihal sopan (tingkah laku, tutur kata, dll): gambar yg membayangkan ~ seorang gadis desa; 2. adat sopan santun, tatasusila, tingkah laku (tutur kata) yg baik: perbuatan kita sudah melanggar ~ timur; 3. keadaban, peradaban; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.so.pa.nan] | کسوڤنن

Definisi : keadaan atau hal sopan; tutur kata (tingkah laku dll) yg sopan: Perbuatan mereka sudah melanggar ~ timur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bahasa Melayu juga merupakan cerminan kesopanan budi dan adab bangsa Melayu. Ayat di atas pola apa? Merupakan kata apa... Minta penjelasanBahasa Melayu juga merupakan cerminan kesopanan budi dan adab bangsa Melayu.
Jenis pola ayat di atas ialah  FN + FN.

Ayat yang tepat ialah: Bahasa Melayu tinggi juga ialah cerminan kesopanan budi dan adab bangsa Melayu.
Tatabahasa19.01.2022
kesusilaan - apa maksudnya? apa beza dengan kesopanan?

Kesusilaan ialah adat istiadat yg baik, keadaban, kesopanan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Makna21.05.2009
Salam, saya ini tahu takrif dan perbezaan maksud 'kesopanan dan kesantunan' berserta contoh. Saya ada membaca aktikel menulis tajuk kesopanan di dalam masyarakat Melayu. Kenapa tidak di tulis kesantunan di dalam masyarakat Melayu. Diharap pihak tuan dapat membantu saya

Merujuk Kamus Dewan sopan dan santun sama maknanya, iaitu halus budi bahasa dan tingkah lakunya. Oleh itu, penggunaan salah satu daripada perkataan tersebut sudah memadai.

Tatabahasa05.10.2011
Apa perbezaan antara ayat berikut: "baik hati" dan "murah hati", "belas kasihan" dan "bertimbang rasa", "Berhemah Tinggi" dan "Kesopanan", "Kejujuran" dan "Amanah", "Kecekalan" dan "Kerajinan", "Persaudaraan" dan "Kemasyarakatan"?. Terima kasihBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, dinyatakan takrifan perkataan yang berikut:  "baik hati" =  suka menolong, mudah simpati dan pengasih,  "murah hati" = a) suka memberi, tidak kedekut; b) pengasih dan penyayang, "belas kasihan" = perasaan sungguh bertimbang rasa dan hiba terhadap seseorang dll yg malang,   "bertimbang rasa" =menaruh (menunjukkan) timbang rasa (belas kasihan dll), bersimpati, berlaku adil. "Berhemah Tinggi" = mempunyai budi pekerti yg mulia,  "Kesopanan" = 1. perihal sopan (tingkah laku, tutur kata, dll): gambar yg membayangkan ~ seorang gadis desa; 2. adat sopan santun, tatasusila, tingkah laku (tutur kata) yg baik: perbuatan kita sudah melanggar ~ timur; 3. keadaban, peradaban. "Kejujuran"  = perihal jujur, kelurusan hati, keikhlasan: dia masih ragu-ragu tentang ~ anak muda yg baru dikenalinya itu. "Amanah" =1. = amanat sesuatu yg dipercayakan kpd orang (diserahkan utk disimpan dll): bungkusan-bungkusan ini ialah ~ orang; 2. kepercayaan yg diletakkan kpd seseorang; 3. = amanat keamanan, ketenteraman: bahagia dan ~; 4. kepercayaan, boleh dipercayai, jujur; orang ~ orang yg boleh dipercayai; pecah ~ perbuatan mensia-siakan amanah (kepercayaan) orang dll (dgn menipu dsb); 5. (Eko) hak yg boleh dikuatkuasakan oleh mahkamah utk mendapatkan faedah drpd sesuatu harta.  "Kecekalan" =  ketabahan (keteguhan, ketetapan) hati.  "Kerajinan" = 1. perihal rajin, kegiatan, ketekunan: guru hendaklah mendatangkan kecenderungan dan ~ pd kanak-kanak; kerana ~ dan ketekunan semua pekerja di lombong itu, syarikat mengambil keputusan memberi mereka bonus; 2. perusahaan membuat (menghasilkan) sesuatu: mereka mesti pandai memajukan ~ rakyat; ~ rumah tangga perusahaan kecil yg dikerjakan di rumah; ~ tangan pekerjaan (perusahaan) dgn tangan (bukan dgn mesin).  "Persaudaraan"  = perihal bersaudara, perhubungan spt bersaudara, pertalian yg rapat sekali (seolah-olah bersaudara): merekalah yg menguatkan tali ~ antara berbagai-bagai kaum.  "Kemasyarakatan" =keadaan masyarakat, yg berkaitan dgn masyarakat: penting juga kita mengetahui sejarah dan ~ tempat puisi itu dilahirkan; satu aliran kesusasteraan terlalu memberatkan soal ~; ilmu ~ sosiologi.Istilah07.11.2010
ASSLAMUALAIKUM. Saya ingin bertanya tentang kesantunan berbahasa tonggak tamadun bangsa.Soalan saya. 1.Bagaimanakah cara kita untuk mengatasi masalah kepincangan berbahasa serta adat kesopanan dan kesantunan berbahasa di kalangan masyarakat kini? 2.Sejauh manakah pentingnya pelestarian bahasa melayu penting dari sudup taraf,fungsi dan peranannya dalam komunikasi? 3.Adakah bahasa dan budaya melambangkan ketamadunan sesebuah masyarakat.Bagaimana?Dalam menjawab soalan yang diberikan, pihak kami hanya memberikan pandangan umum sahaja. (i). Usaha untuk mengatasi masalah kesantunan berbahasa perlu dimulakan dari peringkat awal pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Asas yang kuat dapat meneguhkan penggunaan bahasa Melayu dalam apa jua keadaan. (ii).  Pelestarian bahasa Melayu dalam komunikasi sosial dan keilmuan adalah menjadi tanggungjawab semua pihak kerana bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Setiap rakyat seharusnya mendaulatkan dan memperkasakan bahasa Melayu dalam apa jua bidang. (iii). Bahasa dan budaya sememangnya melambangkan ketamadunan masyarakat. Slogan Bahasa Jiwa bangsa menggambarkan bahawa bahasa menjadi nadi bagi sesebuah bangsa; hilang bahasa, hilanglah bangsa.Makna17.01.2008
Berikan jenis-jenis kesantunan secara luas dan juga definisi kesantunan secara am.

Assalamualaikum Encik Saipudin,

Kesantunan ialah perihal (sifat dsb) santun, kesopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti): baik dlm bahasa lisan ataupun tulisan, ~ itu sama pentingnya;

Dalam kalangan orang Melayu, kesantunan dapat dilihat melalui pelbagai perkara. Malahan sejak kita kecil lagi kita telah diajar bagaimana untuk bersopan santun apabila bercakap dengan orang yang lebiah tua, bagaimana hendak membahasakan diri dan juga bagaimana hendak menegur sapa mengikut peringkat umur seseorang.

Encik juga boleh mendapatkan maklumat ini melalui laman web dan juga buku-buku yang banyak dijual di kedai-kedai buku.

Makna19.02.2010
saya nak tahu lebih lanjut tentang 'kesantunan bahasa'. definisinya,ciri-cirinya dan sebagainya.haraf saya dapat maklumat ini.sekian, terima kasih.Kesantunan berbahasa bermaksud perihal (sifat dan sebagainya) santun, kesopanan, kehalusan dalamberbahasa baik secara lisan ataupun tulisan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Kesantunan Berbahasa (Awang Sariyan), terbitan DBP.Lain-lain25.08.2009
Ramai yang membuat kajian mengenai eufemisme, bagaimana pula dengan kajian disfemisme (dysphemism)? Adakah disfemisme berbeza dengan tabu bahasa? Apakah bidang yang paling tepat untuk dikaitkan dengan konsep disfemisme, adakad konsep kesantunan bahasa atau konsep kesopanan bahasa? Boleh cadangkan sumber rujukan yang sesuai untuk kajian bidang disfemisme ini?Tidak ada maklumat tentang persamaan atau perbezaan antara disfemisme dengan tabu dalam bahasa. Berkemungkinan ada persamaan antara kedua-dua faktor tersebut. Apabila menyentuh aspek santun berbahasa juga pasti ada melibatkan kedua-dua factor tersebut. Soalan berbentuk kajian seumpama ini tidak dapat dihuraikan dalam ruangan yang terhad, sementelahan pula ia memerlukan bacaan yang banyak dan penelitian yang rapi. Sila rujuk buku yang berkaitan dan dalam data kami ada satu artikel sahaja yang ditulis mengenai disfemisme, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=disfemisme&d=3 dan beberapa artikel tentang tabu di http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=tabu&d=3.Lain-lain06.02.2014
bolehkah pihak tuan membantu saya dalam memberi difinisi berkaitan dengan perkataan "kesantunan"?selain daripada kesantunan bahasa apalagi dalam budaya,tradisi,adat resam bangsa malaysia yang menggambarkan "kesantunan"?Kesantunan bermaksud perihal (sifat dan sebagainya) santun, kesopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti), baik dlm bahasa lisan ataupun tulisan. Oleh itu, konsep kesantunan ini luas dan ada dalam pelbagai aspek kemasyarakatan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Bicara Bahasa Kesantunan Berbahasa Asas Keperibadian Mulia, terbitan DBP Wilayah Timur, 2007 dan Panduan utamakanlah kesantunan berbahasa, terbitan DBP, 1992.Tatabahasa22.02.2010
Salam Admin, Boleh mohon tolong check translation saya, BI ke BM seperti di bawah Terdapat lima dimensi Sikap Warga Organisasi (Organizational Citizenship Behaviour) 1. Tingkah laku menolong (altruism) 2. kesungguhan (conscientiousness) 3. semangat setiakawan/berpasukan (sportsmanship), 4. kesopanan/adab (courtesy) 5. kemurniaan sivik (civic virtue) Saya perlu menggunakan ayat ini dalam kajian saya. Saya berharap pihak tuan/puan dapat maklumkan penggunaan ayat yang mana sesuai. Terima Kasih.Cadangan padanan bagi istilah altruism dalam bahasa Melayu ialah altruisme, conscientiousness ialah kehematan, sportsmanship ialah sikap sukan, courtesy ialah adab, dan civic virtue ialah kemurnian sivik. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah06.01.2024
12

Kembali ke atas