Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj benda yg harum baunya (diperoleh dr musang jebat), jebat; musang ~ sj musang yg menghasilkan kesturi, musang jebat (rase); tikus ~ tikus yg kecil dan berbau; ~ mati kerana baunya prb perihal orang yg ditimpa bencana (kecelakaan) kerana perbuatannya (perkataannya) atau kerana menunjukkan kelebihannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; bunga ~ sj tumbuhan (pokok menumpang), Arachnis flosaeris (moschifera); kuay ~ sj tumbuhan (pokok yg harum kayunya), Juniperus chinensis; kayu ~ hutan sj tumbuhan (pokok), cemperi ayam (batu hitam), kayu garang jantan, kayu menghilang api, kayu serendah, kayu meresek hitam, sebasah paya, Gomphandra lanceolata; limau ~ sj limau kecil, Citrus microcarpa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; burung ~ sj burung spt burung bayan atau serindit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bahan berbau harum yg diperoleh dr musang jebat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : ; kuih ~ kuih rengas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kesturi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
aromiaaromiaBiologiTiadaSpesies Cerambycidae atau kumbang bersesungut panjang yang mempunyai kelenjar bau pada koksa di kaki belakang. Serangga ini merembeskan ester asid salisilik bak kesturi. Larvanya merupakan pengorek batang pokok willow. kumbang kesturi.
muskkesturiPertanianTiadaTiada
muskkesturiSejarahTiadaTiada
Citrus microcarpalimau kesturiPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
scent scalesisik kesturiBiologiEntomologiSisik pada sayap dan kadang-kadang pada badan atau kaki kupu-kupu jantan tertentu. sisik ini merembeskan bendalir berbau kuat yang dapat menarik perhatian kupu-kupu betina.
ornamental contentkandungan hiasanKesusasteraanTiadaBahagian dalam teks puisi atau prosa yang dianggap kurang penting. Bahagian ini biasanya memaparkan aksi yang remeh-temeh, pemerian rinci dan panjang lebar yang bersifat hiasan. Kandungan hiasan berbeza dengan kandungan generatif yang merupakan bahagian penting dalam teks. Kandungan hiasan banyak terdapat dalam genre lipur lara. Dalam karya ini, kandungan hiasan berfungsi menimbulkan keindahan, kekaguman, dan keasyikan. Kandungan hiasan biasanya terdapat dalam bentuk pemerian tentang istana, taman bunga, pakaian putera-puteri, kenduri-kendera, keramaian atau perkelahan. Contohnya, pemerian sebuah taman diungkapkan seperti yang berikut: �Maka dilihat oleh Inderaputera pasirnya itu daripada emas urai, dan batunya itu daripada permata yang indah-indah. Syahadan kersiknya daripada mutiara, dan rumputnya daripada kumkuma, dan tanahnya daripada kesturi, dan airnya daripada air mawar, dan di tepi tasik itu beberapa pohon anggur dan pohon zabib dan pohon delima, dan buah-buahan yang indah-indah di tepi sungai itu.� (Hikayat Indera Putera). Pemerian kecantikan seorang puteri pula diungkapkan seperti yang berikut: �pipinya bagai pauh dilayang, bahunya seperti bahu wayang, lehernya suka ditentang dayang, pinang dimakan berbayang-bayang, hidungnya seperti kuntum melur, wajahnya laksana kuning telur, putih sifatnya warna hablur, berpatutan sanggul mayang mengekur, bibirnya seperti pati dicarik, lehernya laksana gumba dilarik, berpatutan sunting bunga anggerik, demikianlah bertambah rupanya baik�. (Syair Bidasari) Banding kandungan generatif.

Kembali ke atas