Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.su.bu.ran] | کسوبورن

Definisi : 1. perihal subur: kerana hawa­nya dan ~ tanahnya, kawasan ini amat sesuai utk pokok kopi; 2. keupayaan membiak (manusia, haiwan, tumbuhan): suami juga perlu menjalani pemeriksaan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.su.bu.ran] | کسوبورن

Definisi : keadaan subur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kesuburan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
translate "VIGOR EFFECT" to B.Malaysia for paddy use.Untuk makluman, tidak ada istilah khusus untuk vigoe effect.Walau bagaimanapun, dalam pangkalan data kami, istilah bahasa Melayu untuk "Vigor" bermaksud kesuburan atau kecergasan.Dalam konteks ini, kami berpendapat perkataan kesuburan ialah sesuai kerana merujuk kepada tanaman.Mungkin boleh diterjemahkan sebagai Berkesan menyuburkan tanaman.Perkataan kekalan juga salah perlu ditukar kepada kekal.Istilah09.02.2012
Vigor EffectKesuburan dan KecergasanIstilah09.02.2012
Apakah terjemahan yang terbaik untuk "groundbreaking". COntoh ayat: "...groundbreaking research into fertility problems"Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk "groundbreaking" ialah perintis, "...penyelidikan perintis dalam masalah kesuburan" berdasarkan frasa "...groundbreaking research into fertility problems". Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan berdasarkan kesesuaian konteks ayat.  Makna08.11.2019
Apa perbezaan penggunaan pemeliharaan dengan pemuliharaan?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pemuliharaan bermaksud perihal (proses, usaha, per­buatan, dsb) memulihara (sesuatu): kini usaha sedang dipergiat utk memelihara serta memulihkan kesuburan tanah agar dapat digunakan selama-lamanya, iaitu usaha yg dikenali sbg ~ tanah. Pemeliharaan  pula bermaksud 1. perbuatan memelihara, pembelaan, perawatan: amalkan langkah-langkah asas ~ kulit; 2. pendidikan: anaknya itu diserahkan ke dlm ~ seorang pengasuh; 2. penternakan (binatang): diadakan kawasan khas utk ~ binatang-binatang ternakan; 3. penjagaan (pengolahan, penyelenggaraan) bahasa dll: pd Amir Hamzah ~ aliterasi dan asonansi merupakan corak puisinya; 5. pe­nyelamatan (drpd bencana, rosak, dll): ~ tanah.Ejaan29.10.2014
Apakah perbezaan antara "pemuliharaan" dan "pemeliharaan"?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pemuliharaan bermaksud perihal (proses, usaha, per­buatan, dsb) memulihara (sesuatu): kini usaha sedang dipergiat utk memelihara serta memulihkan kesuburan tanah agar dapat digunakan selama-lamanya, iaitu usaha yg dikenali sbg ~ tanah. Pemeliharaan  pula bermaksud 1. perbuatan memelihara, pembelaan, perawatan: amalkan langkah-langkah asas ~ kulit; 2. pendidikan: anaknya itu diserahkan ke dlm ~ seorang pengasuh; 2. penternakan (binatang): diadakan kawasan khas utk ~ binatang-binatang ternakan; 3. penjagaan (pengolahan, penyelenggaraan) bahasa dll: pd Amir Hamzah ~ aliterasi dan asonansi merupakan corak puisinya; 5. pe­nyelamatan (drpd bencana, rosak, dll): ~ tanah.Istilah23.12.2010
Assalamualaikum. saya ingin mendapatkan terjemahan bagi perkataan berikut dalam bidang psikologi. 1. unmet need for family planning 2. partially mediated sekian. terima kasih

Cadangan kami:

1. Kawalan Kesuburan bagi Perancang Keluarga.

2. Istilah "partially mediated" yang diberikan oleh Saudara tidak dijelaskan dalam bidang dan konteks tertentu. Maka secara umumnya dapat diterjemahkan sebagai "Perantara Separa".

Penyemakan dan penterjemahan27.04.2015
Apa terjemahan terbaik bagi perkataan" reproductive" di dalam konteks " women's reproductive life"Menurut pangkalan data DBP, reproductive:
 
1. Berkaitan dengan pembiakan atau berupaya untuk membiak.
2. Menyerupai atau mengalami proses pembiakan.
3. Individu yang menjalankan pembiakan.

Akan tetapi, disebabkan tidak ada ayat lengkap, pihak kami tidak dapat memberikan makna yang tepat. Mungkin juga boleh membawa maksud tempoh kesuburan wanita.
Penyemakan dan penterjemahan11.11.2015

Kembali ke atas