Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.su.bu.ran] | کسوبورن

Definisi : 1. perihal subur: kerana hawa­nya dan ~ tanahnya, kawasan ini amat sesuai utk pokok kopi; 2. keupayaan membiak (manusia, haiwan, tumbuhan): suami juga perlu menjalani pemeriksaan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.su.bu.ran] | کسوبورن

Definisi : keadaan subur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kesuburan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fertilitykesuburanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanUkuran keupayaan menghasilkan anak. Kadar kesuburan ialah bilangan anak yang dilahirkan untuk setiap pasangan atau individu. Kesuburan berbeza daripada fekunditi yang ditakrifkan sebagai potensi untuk pembiakan. Kesuburan dipengaruhi oleh pengeluaran gamet dan persenyawaan.
seed vigourkesuburan biji benihPertanianAgronomi

 Kebolehan untuk biji benih tumbuh dengan segar dalam pelbagai keadaan. Kesuburan ini diuji dengan kaedah penentuan enzim yang ada dalam biji benih atau dengan ujian tegasan. Dalam ujian tegasan, biji benih ditanam dalam keadaan suhu yang tinggi dan kadar pembesarannya diukur. Biji benih yang subur akan berupaya membesar walaupun dalam keadaan tegasan. Kaedah terbaru mengesan kesuburan biji benih adalah menggunakan pengimejan digital.

fertility factorfaktor kesuburanBioteknologiTiadaEpisom yang berupaya memindahkan salinannya sendiri daripada sel bakteria perumah (sel F+) kepada sel bakteria tanpa faktor kesuburan (sel F-) semasa konjugasi.
site spesific managementpengurusan spesifik tapakPertanianAgroteknologiKaedah pertanian yang mengambil kira perbezaan lokasi dalam sesuatu ladang dari segi jenis dan kesuburan tanah, dan kadar baja yang digunakan, disesuaikan dengan tahap kesuburan setiap lokasi.
soil conservationpemuliharaan tanahPertanianAgroteknologiKaedah pertanian yang diamalkan dengan tujuan mengekalkan kesuburan dan kestabilan tanah serta melindung tanah daripada hakisan. Antara amalan yang berkesan ialah penanaman tanaman penutup bumi antara pokok saka seperti getah dan kelapa sawit supaya tanah tidak terdedah kepada hujan dan panas. Penggunaan sungkupan daripada daun kering dan jerami juga melindungi tanah daripada hakisan. Penggunaan baja organik dapat mengekalkan kesuburan tanah di samping memperbaik ciri fizik tanah seperti struktur tanah dan keupayaan memegang air. Penanaman di lereng bukit mengikut kontur juga merupakan satu amalan pemuliharaan tanah dengan mengurangkan kadar saliran air di tepi bukit.
fertilitykesuburanFizikTiadaTiada
fertilitykesuburanGeografiTiadaTiada
fertilitykesuburanKependudukanTiadaTiada
fertilitykesuburanPertanianTiadaTiada
fertilitykesuburanPerhutananTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas