Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.su.gu.lan] | کسوݢولن

Definisi : kemasyghulan, perasaan duka­cita, kesusahan hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.su.gu.lan] | کسوݢولن

Definisi : keadaan sugul; kesusahan hati: Seluruh negeri Melaka mengalami ~ yg amat sangat kerana kematian Lak­samana itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kesugulan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dejectionkesugulanPendidikanTiadaTiada
mood disorderkecelaruan rasa hatiPsikologiPsikologi UmumKumpulan gangguan emosi yang terdiri daripada kemurungan teruk sehingga ke tahap mania ekstrem. Terdapat dua jenis kecelaruan rasa hati, iaitu depresi dan kecelaruan bipolar. Individu yang menghidap kecelaruan depresi akan mengalami dan memperlihatkan kesedihan dan putus asa yang dibesar-besarkan, berpanjangan atau tidak berasas. Simptom-simptom depresinya ialah kesugulan, ketidakupayaan dan tidak dapat merasai kegembiraan atau tidak berminat terhadap sesuatu. Mereka juga memperlihatkan simptom seperti kelesuan, tidur dan makan yang terganggu, rasa tidak berguna, imej diri yang negatif dan perasaan ingin membunuh diri. Individu yang mengalami kecelaruan bipolar pula memperlihatkan pola emosi turun naik yang ekstrem dalam perasaan gembira dan sedih. Kecelaruan ini boleh dialami secara berpanjangan tetapi tidak teruk. Walau bagaimanapun, terdapat kecelaruan rasa hati lebih teruk yang memperlihatkan emosi yang sangat negatif seperti merasakan kegagalan, berdosa, tidak berguna, menjauhkan diri atau bertindak untuk membunuh diri.

Kembali ke atas