Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.su.ka.ran] | کسوکرن

Definisi : 1. perihal sukar, kesulitan, ke­susahan: ~nya makin bertambah; 2. men­derita susah (kemiskinan): mereka selalu dlm ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.su.ka.ran] | کسوکرن

Definisi : 1 sesuatu yg sukar; kesusahan; kesulitan: Dlm perjalanan itu, mereka telah me­nempuh berbagai-bagai ~. 2 keadaan sukar; kesulitan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sukar (adjektif)
1. Bersinonim dengan payah: susah, rumit, sulit, rumit, masyakat, leceh, kelekik, rumpil, runyam,
Berantonim dengan mudah

2. Bersinonim dengan jarang ada: susah mendapat

3. Dalam konteks penyakit
bersinonim dengan teruk, berat, payah,

4. Dalam konteks sl
bersinonim dengan miskin, daif, melarat,
Berantonim dengan mewah

Kata Terbitan : menyukarkan, kesukaran,

Peribahasa

Takut akan lumpur,
     lari ke duri.

Bermaksud :

Menghindarkan diri daripada kesukaran yang kecil, jatuh dalam kesukaran yang lebih besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Dari lecah, lari ke duri).

 

Lihat selanjutnya...(18)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
moment of inertiamomen inersiaSains SukanBiomekanikTahap kesukaran sesuatu jasad untuk diputarkan ketika pegun, atau tahap kesukaran sesuatu jasad yang sedang berputar untuk dihentikan. Secara matematiknya, momen inersia ialah hasil darab jisim sesuatu jasad dengan kuasa dua jarak jasad ke paksi putaran. Formula : I = mr2 dengan, I = momen inersia (kg m2) m = jisim (kg) r = jarak (berserenjang) dari jisim jasad ke paksi putaran.
insomniainsomniaPsikologiPsikologi UmumKecelaruan yang menyebabkan individu sukar untuk tidur dengan nyenyak. Terdapat tiga pola asas insomnia, iaitu kesukaran untuk lena di peringkat awal, kesukaran untuk mengekalkan tidur dan terjaga secara tegar pada awal pagi. Walaupun insomnia tidak berbahaya tetapi sekiranya tidak diatasi boleh mendatangkan masalah psikologi dan fizikal. Insomnia biasanya akan menyebabkan kelesuan pada waktu siang, kefungsian terganggu, produktiviti merosot dan masalah kesihatan akan meningkat. Insomnia boleh berpunca daripada masalah kebimbangan atau ketegangan yang menghalang individu untuk bertenang, kemurungan atau tekanan daripada beban kerja yang banyak dan berat. Penyakit ini juga boleh berpunca daripada masalah kesihatan seperti ulser dan lelah. Pengambilan dadah seperti kokain dan amfetamina juga boleh membawa masalah untuk tidur lena. Insomnia boleh dirawat dengan menggunakan pil tidur atau sedatif lain.
language difficultykesukaran bahasaPentadbiranTiadaTiada
orientation difficultykesukaran penghalaanKejuruteraanTiadaTiada
service difficultykesukaran perkhidmatanKejuruteraanTiadaTiada
difficultykemahiran kesukaranSukanTiadaPergerakan latihan yang ditetapkan oleh F.I.G. sebagai kemahiran yang wajib dalam rutin persembahan.
graded difficultykesukaran berperingkatPendidikanTiadaTahap soalan tugasan yang disusahkan secara berperingkat-peringkat bagi membolehkan pelajar meningkat secara berperingkat-peringkat.
difficultykemahiran kesukaranSukanTiadaPergerakan latihan yang ditetapkan oleh F.I.G. sebagai kemahiran yang wajib dalam rutin persembahan.
difficulty indexindeks kesukaranPendidikanTiadaPeratus pelajar dalam kumpulan yang menjawab betul butiran tertentu.
difficulty indexindeks kesukaranPsikologiPsikologi UmumPetunjuk kepayahan yang digunakan untuk menyusun atau menggredkan butiran atau skala ujian. Contohnya, pengkaji menyusun butiran ujian mengikut urutan daripada yang mudah kepada yang sukar.
12345678910...

Kembali ke atas