Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.su.ka.ré.la.an] | کسوکاريلاءن

Definisi : sikap sukarela: sistem kredit itu dapat menambahkan semangat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kesukarelaan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
non-profit organisationorganisasi bukan untungPengurusanPerancanganOrganisasi yang menjalankan aktiviti yang bukan berunsur perniagaan dan tujuan komersial. Organisasi ini berasaskan budaya kesukarelaan dan menyediakan perkhidmatan atau barangan kepada entiti masyarakat yang berkenaan tanpa melibatkan motif keuntungan. Aktiviti boleh dilakukan melalui pertubuhan seperti persatuan, kelab dan badan-badan kesatuan. Tujuan penubuhan organisasi jenis ini adalah untuk memberikan bantuan dan memelihara kesejahteraan masyarakat dan kehidupan yang lain. Organisasi bukan untung ini kebanyakannya terlibat dengan aktiviti seperti bantuan kemanusiaan, keagamaan, pemuliharaan alam sekitar, perlindungan kepenggunaan, pembangunan pendidikan dan kesejahteraan budaya. Contoh organisasi bukan untung ialah Pertubuhan Kebajikan Malaysia (PERKIM) (aktiviti keagamaan), Yayasan Pelajaran MARA (aktiviti pendidikan), Persatuan Bulan Sabit Merah (aktiviti kemanusiaan) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (aktiviti alam sekitar). Sinonim pertubuhan bukan kerajaan.

Kembali ke atas