Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.sul.ta.nan] | کسلطانن

Definisi : 1. kawasan (wilayah) yg dipe­rintah oleh sultan, kerajaan, negeri (di bawah pemerintahan sultan); 2. istana sultan; 3. kedudukan (taraf) dan kekuasaan atau peme­rintahan sultan: makyung terus-menerus mendapat semacam naungan dr istana Perbaungan sehingga tahun 1946, tahun berlakunya kemusnahan ~ dan kemangkatan Sultan Sulaiman sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.sul.ta.nan] | کسلطانن

Definisi : 1 kawasan yg diperintah oleh sultan; negeri. 2 istana sultan. 3 kekuasaan memerintah bagi seseorang sultan; pemerintahan seseorang sultan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kesultanan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kisah kemasyhuran Kesultanan Melaka yang diceritakan oleh Tuan Perpatih Putih telah berjaya ‘menarik hati’ Maharaja China. Dalam konteks ayat di atas, apakah perkataan yang paling sesuai untuk menggantikan rangkai kata ‘menarik hati’? A. Meyakinkan B. mempersonakanJawapan yang betul ialah mempesonakan.Tatabahasa11.09.2013
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan 'sultanate land' mengikut konteks tanah sama ada 'tanah kesultanan' atau 'tanah sultan'? Contoh ayat seperti yang berikut: "Any law relating to sultanate land".Salam sejahtera,

Saudari, padanan yang sesuai bagi perkataan "sultanate land" ialah tanah kesultanan.
Makna17.07.2020
Di dalam bahasa Raja/Kesultanan apa kah makna KERABAT dan WARIS?Khas bagi negeri Perak Darul Ridzuan.Menurut kamus Dewan, perkataan kerabat bermaksud  kaum, kaum keluarga atau saudara mara, manakala berkerabat bermaksud ada hubungan keluarga; bersaudara-mara; atau berkeluarga. Waris pula bermaksud orang yang berhak menerima pusaka orang yang telah meninggal, penjaga atau wali (kanak-kanak). Saudara hendaklah merujuk kerajaan negeri Perak untuk mengetahui makna waris dan kerabat bagi kerajaan negeri Perak.Makna01.06.2010
Penggunaan perkataan 'hamba' dan 'patik' dalam era kesultanan Melaka.Kata ganti nama 'patik' digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama 'hamba' untuk merendah diri yang bermaksud saya. Oleh itu, orang biasa dan orang yang berjawatan menggunakan kata ganti nama diri 'patik' apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama `hamba' pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud `saya.Tatabahasa02.03.2013
Adakah susunan ayat ini tepat? Sebagai sebuah negara kesultanan Melayu, Brunei memiliki adat istiadat yang unik.Ayat ini boleh dibaiki lagi menjadi : Sebagai sebuah negara berkesultanan Melayu, Brunei memiliki adat istiadat yang unik.Lain-lain16.05.2016
Abdul HakamView Profile Assalammualaikum WBT. Bagaimanakah saya boleh dapatkan kesemua kertas kerja Wacana Kesultanan Melayu yang diadakan semalam? Terima kasih.W'salam. Pihak tuan disarankan menghubungi pihak penganjur wacana tersebut untuk mendapatkan kertas kerja berkenaan. Sekian, terima kasih.Lain-lain28.10.2016
Abdul Hakam 28 OCTOBER 09:37 Abdul Hakam Abdul Assalammualaikum WBT. Bagaimanakah saya boleh dapatkan kesemua kertas kerja Wacana Kesultanan Melayu yang diadakan semalam? Terima kasih.Wassalam, Pihak tuan/puan boleh menghubungi pegawai atau pentadbir di Bahagian Majalah untuk bertanya berkenaan perkara tersebut. 1. Armin Azhari bin Saleh Jawatan Perancang Bahasa (S44) No. Telefon 03-2147 9259 E-mel armin@dbp.gov.my 2. Fauziah binti Yusof Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) (KUP) (N22) No. Telefon 03-2147 9279 E-mel fauziahy@dbp.gov.my Terima kasih.Lain-lain27.11.2016
Kobat Lehmann 28 JANUARY 00:32 Assalamualaikum ... nak tanya dbp ada jual buku lain Maaf .. buku online Saya nak beli silsilah tarikh kedah dan sejarah kesultanan kedahBuku dan majalah terbitan DBP boleh dibeli secara dalam talian melalui http://niaga.dbp.my. Sila layari portal berkenaan untuk maklumat lanjut.Lain-lain28.01.2017
38. Bagaimanakah Sultan Mansor Syah memulakan hubungan dengan China ? A. Melalui pengiring-pengiring Puteri Li Po. B. Dengan mengahwini Puteri Li Po. C. Dengan kemasyhuran Kesultanan Melaka. D. Melalui sepucuk surat kepada Maharaja Yongle 40. Rangkai kata menarik hati dalam petikan bermaksud A. menggembirakan B. meyakinkan C. mengasyikkan D. mempersonakan38. Jawapan yang betul ialah D. Melalui sepucuk surat kepada Maharaja Yongle.
40. D.Mempesonakan
Tatabahasa12.09.2013
salam...soalan sy ialah apakah sumbangan hamzah fansuri. tidak kisah sumbangan dari segi apa2 pn,terima kasih

Hamzah Fansuri hidup dalam masa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah IV (1589-1604 Masihi). Beliau lahir di sebuah kampung bernama Fansur. Pada zaman Kesultanan Acheh, Fansur dikenali sebagai pusat pengajian Islam di Acheh. Hamzah Fansur pernah memangku jawatan ulama dan penasihat kepada sultan. Beliau juga dikenali sebagai pengamal ilmu tasawuf beraliran Wahdatul Wujud dan pengikut Tariqat Qadiriyah. Beliau telah menghasil pelbagai karya agama dan sastera seperti antaranya Syair Burung Punggok, Syair Dagang, Syair Sidang Fakir, Syair Burung Pingai, Syair Perahu, Syarab al-Asyikin (Minuman Segala Orang yang Cinta Tuhan), Asrar al-Arifin (Rahsia Orang yang Bijaksana) dan al-Muntahi.

Untuk mengetahui lagi tentang tokoh Hamzah Fansuri, sila dapatkan atau rujuk buku "Tokoh-tokoh Sastera Melayu Klasik" diterbitankan oleh DBP, 1987.

Lain-lain22.01.2010
12

Kembali ke atas