Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.sun.tu.kan]/[ke.sun.tu/.kan] | کسونتوقن

Definisi : perihal suntuk, kehabisan, kekurangan (wang dll), kesempitan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.sun.tu.kan]/[ke.sun.tu/.kan] | کسونتوقن

Definisi : 1 keadaan atau hal suntuk. 2 telah suntuk (waktu, wang dll); mengalami keadaan suntuk; kehabisan atau kesem­pitan (wang, masa dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suntuk (adjektif)
1. Bersinonim dengan sampai waktu: habis waktu, habis tempoh, terlambat, terlewat, kasip:,
Berantonim dengan sempat

2. Bersinonim dengan selama: sepanjang, seluruh, segenap,

Kata Terbitan : kesuntukan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rush newsberita gegasKomunikasiTiadaBerita yang dibuat secara terburu-buru disebabkan oleh keadaan yang terdesak atau kesuntukan waktu.
temporary fillingtampalan sementaraPergigianTiadaRestorasi yang diletakkan dalam kaviti atau pada gigi untuk satu jangka masa pendek seperti 1-2 minggu sementara menunggu rawatan endodontik, penyediaan restorasi seperti korona/inlai selesai dibuat atau disebabkan kesuntukan masa untuk membuat restorasi kekal. Bahan yang biasa digunakan ialah simen zink oksida eugenol, simen IRM atau resin akrilik.
crisiskrisisKesusasteraanTiadaDetik yang berlaku dalam naratif atau drama apabila terjadi pertembungan dengan pihak yang bertentangan sehingga ketegangan mencapai tahap tertinggi. Crisis dalam bahasa Yunani bermaksud keputusan. Pada tahap ini, watak yang terlibat, khususnya watak protagonis terpaksa membuat pilihan yang penting yang mungkin melibatkan soal hidup mati. Contohnya, pilihan yang perlu dibuat apabila Hang Tuah (protagonis) dititahkan oleh Sultan Melaka untuk membunuh Hang Jebat (antagonis) dalam Hikayat Hang Tuah. Berikutan detik ini, peleraian atau resolusi biasanya menyusul. Sesebuah naratif atau drama boleh mengandungi lebih daripada satu krisis. Umpamanya, novel dan cerpen, Novel mampu menampung lebih daripada satu krisis, tetapi cerpen biasanya mengandungi satu krisis kerana kesuntukan ruang. Lihat juga peleraian, protagonis, struktur dramatik.

Kembali ke atas