Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.syu.ku.ran] | کشوکورن

Definisi : rasa syukur: tidak dapat digam­barkan lagi kesukaan dan ~ mereka pd ketika itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.syu.ku.ran] | کشوکورن

Definisi : hal atau rasa syukur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kesyukuran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingi tahu penggunaan yang tepat sama ada sebuah majlis kesyukuran atau satu majlis kesyukuranBagi membezakan satu dan sebuah, saudaraperlu ingat bahawa satu merupakan bilangan manakala sebuah pula adalah penjodoh bilangan. Berbalik pada contoh saudara, kami mencadangkan agar gugurkan penjodoh bilangan mahupun bilangan untuk menerangkan "majlis kesyukuran" tersebut. Tidak semua kata nama perlu dimasukkan penjodoh bilangan malah lebih baik sekiranya tidak digunakan. Contohnya; Pak Ahmad telah mengadakan majlis kesyukuran pada minggu lepas.Tatabahasa03.03.2010
(Sempena) dengan (ulang tahun) kelahiran ibu kami yang ke-50, (suatu) majlis kesyukuran akan diadakan pada malam ini. kesalahan bahasa adalah di dalam kurungan. saya berpendapat sempena adalah salah. sesuaikah diganti dengan perkataan (selaras)?Bersempena dengan ulang tahun kelahiran ibu kami yang ke-50, suatu majlis kesyukuran akan diadakan pada malam ini. Kata sempena lebih tepat dibandingkan dengan penggunaan kata selaras. Bersempena bermaksud mengambil berkat daripada.Tatabahasa01.08.2008
Assalamualaikum. Terima kasih atas penerangan tuan tentang kemusyikalan saya yang berkaitan dengan penggunaan sebuah majlis atau satu majlis. Berbalik kepada soalan itu, bagaimana sekiranya majls tersebut berada di hadapan ayat. Adakah perlu menyebut : i) Satu Majlis Doa Kesyukuran akan diadakan.... ATAU ii) Sebuah Majlis doa Kesyukuran akan diadakan..... Terima kasih. Wassalam.

Tidak perlu penjodoh bilangan bagi majlis, memadai dengan Majlis Kesyukuran akan diadakan...

Tatabahasa05.03.2010
Dalam kemeriahan menyambut Hariraya Aidil Fitri yang mulia ini,marilah kita juga saling bermaaf-maafan serta meraikannya dengan penuh kesyukuran. - Betul ke penggunaan ayat ini?Ayat itu salah, yang betul ialah - Dalam kemeriahan menyambut hari raya Aidil Fitri yang mulia ini, marilah kita bermaaf-maafan serta meraikannya dengan penuh kesyukuran.Tatabahasa08.08.2008
THANK'S GIVINGHARI KESYUKURANLain-lain25.11.2010
Intan Ds Bismillahirrahmanirrahim & Assalamualaikum wbt... Pertama, dengan lafaz setinggi kesyukuran ke hadrat ALLAH swt dengan limpah kurnianya, Saya amat berbesar hati atas penerimaan APC petang semalam, Setinggi penghargaan dan ucapan Terima Kasih kepada pihak Pengurusan APC Dewan Bahasa & Pustaka kerana mengundang saya bagi mewakilkan penghargaan atas pihak Allahyarham Eddie Norman... Merenung sejenak dan amat terharu, waktu bergerak dengan pantas, pemergian Allahyarham sudah hampir 7bulan dengan meninggalkan pahit dan manis ketika berkhidmat di DBP tapi masih lagi ada rezeki untuk saya dengan pencapaian kecermerlangan Allahyarham tahun yang lalu...Tiada kata untuk diberi , hanya sebak didada telah memenuhi hati... Tidak lupa juga, Dengan merakamkan Setinggi ucapan Terima Kasih kepada semua staff Bhg.Pusat Dokumentasi Melayu kerana telah bekerjasama dan memberi tunjuk ajar kepada Allahyarham selama beliau berkhidmat...saya amat hargai pengorbanan kamu semua.. it... dan terima kasih juga pada staff yang lain yang pernah bekerjasama dengan Allahyarham... Dengan kata-kata itu sekali saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Majlis Hari Inovasi DBP 2013...Insyaallah, Semoga Kualiti & Kecemerlangan Terus Menjadi Teras Kepada Budaya Kerja Kita... "ANDA TIDAK TEWAS KALAU ANDA TERJATUH, NAMUN ANDA TEWAS JIKA ANDA TIDAK BANGKIT SEMULA" From : Balu Allahyarham Eddie NormanInsya-Allah. Allahyarham seorang staf yg berdedikasi dan beliau layak menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang DBP. Semoga DBP dekat di hati Adik Intan. Salam buat keluarga Eddie. Admin.Lain-lain08.11.2013
kata mengucap syukur betul ke? atau mengucapkan syukur? atau mengucap kesyukuran? atau yang betul apa? dan apakah maksud kata tersebut?Kata yang betul ialah mengucapkan syukur.Tatabahasa29.07.2010
Salam sejahtera. Bolehkah ayat berikut diterima? 1. Hujan turun dengan lebatnya. 2. Dia memeluk ibunya dengan perasaan penuh kesyukuran. 3. Datuk mengamalkan gaya hidup yang sihat. 4. Ana bangun dari katilnya lalu ternampak sebuah kotak kasut baharu. 5. Kita boleh membentuk perubahan positif dalam alam sekitar.Ayat nombor 1 - 4 boleh diterima.  Ayat nombor 5, sila betulkan: Kita boleh membentuk perubahan positif dalam menangani hal-hal berkaitan alam sekitar.Tatabahasa19.02.2022
Adakah ayat di bawah salah: 1. Tiap pelajar perlu berpakaian kemas dan memakai lencana sekolah. 2. Pengusaha kilang itu tidak patuh larangan membuang sisa toksik ke dalam sungai itu. 3. Encik Ali mengadakan kenduri kesyukuran atas kelahiran anak sulungnya. 4. Puan Fatimah membeli alat-alat keperluan perkhemahan untuk abang di kedai itu. Pada pendapat saya, 3 & 4 tidak mempunyai kesalahan tetapi 1 & 2 sepatutnya, 1. Tiap-tiap/ Setiap pelajar perlu berpakaian kemas dan memakai lencana sekolah. 2. Pengusaha kilang itu tidak mematuhi larangan membuang sisa toksik ke dalam sungai itu. atau ( patuh akan larangan ) Apakah pendapat tuan/ puan. Terima kasih.1. Tiap pelajar perlu berpakaian kemas dan memakai lencana sekolah. Betul kerana tiap sama dengan setiap dan tiap-tiap.
2. Pengusaha kilang itu tidak patuh larangan membuang sisa toksik ke dalam sungai itu. Salah, yang betulnya ... tidak mematuhi larangan ....
3. Encik Ali mengadakan kenduri kesyukuran atas kelahiran anak sulungnya. Tiada kesalahan.
4. Puan Fatimah membeli alat-alat keperluan perkhemahan untuk abang di kedai itu. Tiada kesalahan.

Tatabahasa17.10.2012
beberapa hari yang lepas saya telah bertanya tentang mengucap syukur atau mengucapkan syukur, pada kedua-dua tersebut, jawapan yang betul adalah berlainan. sekarang saya menjadi keliru. yang mana satu betul? dan apakah maksud perkataan itu?

Mengucapkan syukur bermaksud melafazkan rasa kesyukuran atas sesuatu perkara manakala mengucap lebih kepada maksud menyebut atau melafazkan dua kalimah syahadat.

Tatabahasa07.08.2010
12

Kembali ke atas