Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ta.ha.nan] | کتاهنن

Definisi : keadaan tahan (kuat), sifat tahan atau keupayaan menanggung (menderita dll) sesuatu, kebetahan (hati), kekuatan (hati); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ta.ha.nan] | کتاهنن

Definisi : sifat atau keadaan tahan; kekuatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tahan (adjektif)
1. Bersinonim dengan kukuh: kuat, teguh, tegap, stabil,

2. Bersinonim dengan tabah: cekal, sabar, betah, kental, ulet,

3. Bersinonim dengan cukup: pada, sampai, genap,

Kata Terbitan : bertahan, menahan, mempertahankan, tertahan, tertahan-tahan, tahanan, ketahanan, pertahanan, penahanan, penahan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
active resistanceketahanan aktifBiologiPatologiKetahanan yang disebabkan oleh gerak balas perumah secara aktif terhadap serangan patogen atau metabolitnya. Biasanya ia berupa tindak balas kimia atau fisiologi. lih. ketahanan fisiologi, ketahanan benar. bd. ketahanan pasif.
environmental resistanceketahanan persekitaran; ketahanan alam sekitarGeografiTiadaTiada
environmental resistanceketahanan persekitaran; ketahanan alam sekitarGeografiTiadaTiada
salt toleranceketahanan masinPertanianAgronomi

 Daya ketahanan oleh tanaman yang boleh hidup dengan keadaan kemasinan tanah atau air. Contohnya, kayu bakau atau kelapa mempunyai ketahanan masin yang tinggi. Ketahanan masin disebabkan oleh keupayaan tumbuhan itu untuk melakukan osmoregulasi, iaitu mengambil air untuk mengurangkan kemasinan.

adult resistanceketahanan dewasaBiologiPatologiKetahanan yang dikesan, atau ditunjukkan oleh perumah semasa peringkat dewasa. Ketahanan ini semakin nyata dengan meingkatnya umur perumah. Oleh yang demikian ada yang menyamakan dengan ketahanan lapangan kerana tanaman dewasa biasanya sudah dipindah ke lapangan. bd. ketahanan aktif.
seedling resistanceketahanan benihBiologiPatologiKetahanan yang dikesan atau ditunjukkan oleh perumah semasa peringkat anak benih. Ketahanan ini semakin menurun dengan meningkatnya umur perumah. bd. ketahanan dewasa.
false resistanceketahanan palsuBiologiPatologiIstilah ini sama ertinya dengan ketahanan pasif. Ia dikatakan palsu kerana ketahanan jenis ini hanya menghindari perumah daripada dimasuki oleh patogen. bd. ketahanan benar.
true resistanceketahanan benarBiologiPatologiIstilah ini sama ertinya dengan ketahanan aktif. Ia dikatakan benar kerana ketahanan yang berasaskan fisiologi benar-benar dapat mengawal perkembangan patogen, walaupun ia sudah berada di dalam sel perumah. bd. ketahanan palsu.
markah ketahananmarkah ketahananKesenianTiadaMarkah yang dikira daripada aspek berapa lama wau dapat bertahan di udara dalam jangka masa sekurang-kurangnya lima minit atau yang telah ditetapkan.
durable resistanceketahanan awetBiologiPatologiKetahanan yang berkesan dalam tempoh yang lama (turun-temurun). Istilah inimula-mula sekali dikemukakan oleh Robinson pada tahun 1981. Perumah yang mempunyai sifat ketahanan awet tidak semestinya dikawal oleh banyak gen (ketahanan ras tak khusus).
12345678910...

Kembali ke atas