Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.tam] | کتم

Definisi : tertutup (terkatup) rapat-rapat atau kuat-kuat; ~ mulut terkancing mulut, kejang mulut; mengetam, mengetamkan mengetap, me­ngatupkan rapat-rapat, mengapit; ~ bibir (mulut) mengatupkan bibir (mulut) rapat­-rapat; pengetam sj angkup atau penyepit, cunam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tam] | کتم

Definisi : ; mengetam menuai atau memotong padi dgn ani-ani dll: kerja menuai atau ~ dijalankan dlm bulan Februari apabila padi sudah masak; pengetaman perihal (perbuatan dsb) memotong padi (dgn pengetam), penuaian; pengetam sj pisau yg tidak berhulu (digunakan utk menuai padi), ani-ani, tuai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tam] | کتم

Definisi : sj alat utk melicinkan kayu (papan dll); jenis-jenisnya: ~ betina, ~ lidah, ~ panjang, dll; ~ golek sj ketam yg digunakan utk melicinkan bahagian tepi dan permukaan kecil kayu yg cembung; ~ pangkas sj ketam utk melicinkan hujung kayu secara melintang ira, biasanya sangat berguna utk membuat kerja pertu­kangan yg kecil; ~ pelicin sj ketam yg digunakan utk melicinkan permukaan kayu; berketam (telah) dilicinkan dgn ketam, diketam: papan tidak ~; mengetam melicinkan kayu dgn ketam; pengetaman 1. kerja mengetam (papan dsb); 2. tahi ketam, tatal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tam] | کتم

Definisi : , = pengetam pisau tidak berhulu utk menuai padi; tuai. mengetam memotong padi dgn ketam; menuai: Ayah turun ke sawah ~ padi. pengetaman perbuatan atau hal mengetam; penuaian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.tam] | کتم

Definisi : alat utk melicinkan kayu: ~ betina; ~ panjang. berketam (sudah) dilicinkan dgn ketam. mengetam melicinkan kayu dgn ketam. pengetaman 1 perbuatan atau hal mengetam. 2 tahi ketam; tatal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.tam] | کتم

Definisi : binatang berkulit keras dan berkaki sepuluh (sepasang kaki yg di hadapan sekali agak besar dan merupakan sepitnya): ~ bangkang; ~ galah. ~ batu a. sj ketam. b. ki orang yg sangat kedekut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketam

Puisi
 

Ketam padi jerami tinggi,
     Ketam pula balik pulau;
Kalau tiada kami di sini,
     Siapa pula teman bergurau.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Manis udang,
     maka ketam direbus tak merah?

Bermaksud :

Menipu dengan mengubah-ubahkan perangai, kelakuan atau rupanya.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
crab 1vi hunt for crab, mencari ketam: to go ~bing, pergi mencari ketam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
jack -planen ketam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fiddler crabn ketam rebab.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
planern 1. (machine) ketam; 2. (printing) perata.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
plane 2 n levelling tool for wood,ketam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
crab 1n 1. (crustacean) ketam; 2. (engin) keketam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fiddlyadj renyah: crabs taste nice but are ~ to eat, ketam sedap, tetapi renyah apabila hendak dimakan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
thisadv to such a degree, ini: the crab was ~ big, ketam itu sebesar ini; I’ve never come ~ late before, saya tdk pernah selewat ini; the centipede was about ~ long, lipan itu kira-kira sepanjang ini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shelledadj 1. having a specified shell, berkulit: soft ~ crabs, ketam berkulit lembut; 2. having had the shell removed, dikopek, dikupas: half a kilo of ~ almonds, setengah kilo badam dikopek.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shearsn large scissors, (for dressmaking), (peng)gunting; (for cutting hedge) kekacip; (for shearing wool) ketam: you’ll have to sharpen the ~ if you mean to cut the hedge, kamu mesti mengasah kekacip jika kamu hendak memangkas pagar pokok renek itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas