Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tertutup (terkatup) rapat-rapat atau kuat-kuat; ~ mulut terkancing mulut, kejang mulut; mengetam, mengetamkan mengetap, meĀ­ngatupkan rapat-rapat, mengapit; ~ bibir (mulut) mengatupkan bibir (mulut) rapatĀ­-rapat; pengetam sj angkup atau penyepit, cunam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : , = pengetam pisau tidak berhulu utk menuai padi; tuai. mengetam memotong padi dgn ketam; menuai: Ayah turun ke sawah ~ padi. pengetaman perbuatan atau hal mengetam; penuaian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketam I

Puisi
 

Ketam padi jerami tinggi,
     Ketam pula balik pulau;
Kalau tiada kami di sini,
     Siapa pula teman bergurau.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Manis udang,
     maka ketam direbus tak merah?

Bermaksud :

Menipu dengan mengubah-ubahkan perangai, kelakuan atau rupanya.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Pantun

PantunSumberTema
Banyak ketam perkara ketam, Ketam rejang corak beragi; Banyak hitam perkara hitam, Hitam manis memutus hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ada untungnya mengait ketam, Ketam dimasak rasanya sedap; Ada untungnya berkulit hitam, Hitam tak nampak di dalam gelap.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Ketam padi jerami tinggi, Ketam pula balik pulau; Kalau tiada kami di sini, Siapa pula teman bergurau.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Ketam padi sampai ke Acheh, Anak pipit kembang ekor; Mari kita bertambat kasih, Ulit-ulit bawa tidur.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ketam padi nakhoda Acheh, Anak pipit kembang ekor; Mari kita bertambat kasih, Cubit cik adik bawa tidur.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kulitlah ketam dipanggang lotong, Panggang di dapur tinggal tulang; Nasibku badan tidak beruntung, Ayam ditambat disambar helang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Lemak ketam di Ulu Terengganu, Lagi lemak lagi bertelur; Saya berpesan abang si anu, Saya tiada berteman tidur.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Beli ketam di luar kota, Masak sedikit campur rebung; Mabuk pitam awal bercinta, Penyakit lain dapat ditanggung.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bakul berisi ketam dan siput, Mari diletak di hujung sudut; Yang menanti padang tak berumput, Yang datang kurus berkerut.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Sayang kepiting ketam kepiting, Hari-hari merendam lada; Kalau tak ada bukit ke dinding, Hari-hari bertentang mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas