Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tertutup (terkatup) rapat-rapat atau kuat-kuat; ~ mulut terkancing mulut, kejang mulut; mengetam, mengetamkan mengetap, meĀ­ngatupkan rapat-rapat, mengapit; ~ bibir (mulut) mengatupkan bibir (mulut) rapatĀ­-rapat; pengetam sj angkup atau penyepit, cunam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : , = pengetam pisau tidak berhulu utk menuai padi; tuai. mengetam memotong padi dgn ketam; menuai: Ayah turun ke sawah ~ padi. pengetaman perbuatan atau hal mengetam; penuaian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketam I

Puisi
 

Ketam padi jerami tinggi,
     Ketam pula balik pulau;
Kalau tiada kami di sini,
     Siapa pula teman bergurau.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Manis udang,
     maka ketam direbus tak merah?

Bermaksud :

Menipu dengan mengubah-ubahkan perangai, kelakuan atau rupanya.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bench planeketam bangkuPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKetam yang digunakan di atas bangku atau meja semasa mengetam benda kerja. Ketam bangku dikelaskan kepada tiga jenis utama iaitu ketam pelurus, ketam pemula, dan ketam pelicin, dan tiap-tiap ketam ini mempunyai komponen yang sama, kecuali saiz dan fungsinya yang berlainan.
blue crabketam biru/ketam renjongPerikananTiadaTiada
planeketamPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanAlat kerja kayu yang terdiri daripada mata pemotong keluli tajam yang dipasang pada badan yang dibuat daripada kayu atau besi. Ketam digunakan untuk melicinkan permukaan yang rata atau melengkung, atau permukaan bahagian tepi. Terdapat beberapa jenis ketam berdasarkan fungsi utamanya, seperti ketam bangku, ketam pelengkuk, dan ketam gigi.
spokeshaveketam pelengkukPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKetam yang mempunyai badan yang kecil dan pemegang yang secara relatifnya besar, dan digunakan untuk mengetam dan membentuk permukaan yang melengkung. Terdapat dua jenis ketam pelengkuk, iaitu ketam pelengkuk tapak rata, yang sesuai digunakan untuk mengetam permukaan yang berbentuk cembung, hujung kayu, pendek, dan untuk membentuk permukaan yang bulat, dan ketam pelengkuk tapak bulat yang digunakan untuk mengetam permukaan yang cekung.
ketam golekketam golekKesenianTiadaAlat ukir ketam yang digunakan untuk melicinkan permukaan bahan ukir yang melengkung.
ketam guriketam guriKesenianTiadaMotif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk pokok ketam guri.
susun ketamsusun ketamKesenianTiadaMotif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk daun susun ketam.
bunga ketam guribunga ketam guriKesenianTiadaMotif batik berunsur tumbuhan berbentuk bunga ketam guri, lazimnya terdapat pada kain sarung.
daun susun ketamdaun susun ketamKesenianTiadaMotif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk daun susun ketam.
routerketam gigiPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKetam mudah alih yang digunakan untuk membulat dan membersihkan bahagian yang lebih rendah daripada permukaan benda kerja, seperti tanggam, lurah, dan kerja ukiran. Ketam gigi berjentera biasanya mempunyai motor kecil yang berkuasa hingga 1 kuasa kuda dengan kelajuaan putaran sehingga 25 000 putaran per minit. Kelajuan yang tinggi ini membolehkan mata ketam membuat potongan dengan cepat, tepat dan mudah serta memberikan kemasan yang bersih. Terdapat juga ketam gigi tak berjentera yang hanya digunakan untuk membuat lurah pada kayu.
12345678910...

Kembali ke atas