Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ta.ma.du.nan] | کتمدونن

Definisi : perihal tamadun, (segala-gala) yg berkaitan dgn tamadun: malah drama sendiri merupakan sbg cermin kpd ~ dan kebijaksanaan sesuatu bangsa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketamadunan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
INSTITUT ANTARABANGSA PEMIKIRAN DAN KETAMADUNAN ISLAM

Institut Antarabangsa Pemikiran dan Ketamadunan Islam atau International Institute Of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) ialah institusi pengajian tinggi yang menawarkan program ijazah dalam kursus pemikiran Islam, tamadun Islam dan sains Islam pada peringkat sarjana dan kedoktoran.

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANInstitusi/Organisasi
SPENGLER, OSWALD

Spengler, Oswald (1880–1936) ialah ahli falsafah

sejarah Jerman. Dalam The Decline of the West

(1918–1922), dia menyatakan bahawa kunci kepada

sejarah ialah undang-undang kemasyarakatan dan

ketamadunan, yang bangkit dan jatuh dalam

kitaran. Menggunakan spekulasi dan rasa hati lebih

daripada kaedah sejarah yang tetap, dia

merumuskan bahawa tamadun Barat sedang

menuju kehancuran [lihat Tamadun (Mengapa

tamadun bangkit dan runtuh)]. Spengler lahir di

Blankenburg.

UMUM 
MAKKAH AL-MUKARRAMAH, DAERAH

Makkah al-Mukarramah, Daerah ialah

salah satu daripada 13 buah daerah Kerajaan Arab

Saudi, yang di tetapkan sempadannya. Daerah

Makkah terletak di pedalaman barat Arab Saudi,

bersempadan dengan daerah Riyad di timurnya,

daerah ‘Asir, al-Bahah dan Jazan di selatannya,

daerah Madinah di utaranya dan Laut Merah di

baratnya. Ia berada setinggi kira-kira 300 meter di

atas permukaan laut. Pusat bandar bagi daerah

Makkah al-Mukarramah ialah Makkah al-

Mukarramah yang menyaksikan turunnya

perutusan yang paling tinggi dan ayat-ayat al-

Qur’an yang banyak daripada Allah SWT. Makkah al-

Mukarramah juga ialah tempat kelahiran nabi dan

rasul terakhir, iaitu Nabi Muhammad SAW. Ia

merupakan bandar yang paling suci dan mulia di atas

muka bumi. Ia juga pusat pentadbiran dan

ketamadunan bagi daerah Makkah al-Mukarramah

dan bandar yang paling banyak aktiviti, kemajuan

dan pembangunan kerana ia merupakan tempat

tumpuan puluhan juta umat Islam setiap tahun.

UMUM 

Kembali ke atas