Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.tan.du.san] | کتندوسن

Definisi : 1. perihal tandus, ketiadaan sama sekali: ‘Dilema Melayu’ ditulis dlm masa ~ daya dan kepapaan bangsa; 2. telah habis langsung (bkn idea, modal, bakat dsb), mengalami keadaan tandus, kehabisan: universiti itu mempunyai ramai pelajar dan tidak ~ bakat; benarkah beliau telah diper­alatkan oleh kumpulan serpihan yg sudah ~ idea perjuangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tan.du.san] | کتندوسن

Definisi : keadaan tan­­dus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tandus (adjektif)
1. Bersinonim dengan gondol: gersang, kersang, safsaf,

2. Bersinonim dengan habis langsung: licin-licau, tiada lagi, hilang, lenyap, pupus, tandas,

Kata Terbitan : ketandusan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MORAVIA, ALBERTO

Moravia, Alberto (1907–1990), penulis Itali. Dia

mungkin penulis novel dan penulis cerpen Itali

yang paling ulung pada tahun 1900-an. Karyanya

mempunyai gambaran dan dialog yang realistik,

gaya penulisan yang bebas dan jelas serta

memberikan pandangan yang tajam mengenai

gelagat manusia. Dalam penulisannya, Moravia

mengkritik keruntuhan moral di Itali dan

menggambarkan watak-watak yang terasing dari

masyarakat dan ketandusan emosi. Dia juga

menggambarkan seks tanpa cinta yang sia-sia dan

perkahwinan sebagai jalan keluar dari penyakit

sosial.

UMUM 

Kembali ke atas