Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ta.ta.ne.ga.ra.an] | کتاتانݢاراءن

Definisi : hal yg berkaitan dgn tata-negara (spt politik dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketatanegaraan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud bangsa asing?Bangsa asing merupakan kumpulan manusia yang tidak terikat dalam satu ikatan ketatanegaraan. Ini bermaksud kumpulan bukan warganegara yang memasuki sesebuah negara untuk tujuan tertentu.Makna03.02.2008
Apakah perbezaan maksud "bangsa" dengan "kaum"?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat "bangsa" ialah jenis manusia daripada satu asal keturunan; atau kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan manakala "kaum" ialah 1. puak, suku bangsa 2. jenis bangsa 3. Keluarga, sanak-saudara 4. golongan (orang yang sekerja, sefahaman, setingkat)Istilah01.10.2015
Adakah perkataan "Bangsa Malaysia" boleh digunapakai secara rasmi untuk kegunaan surat ataupun ucapan?Dalam Kamus Dewan bangsa bermaksud keturunan seperti bangsa Melayu; dan kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan seperti bangsa Malaysia. Sesuatu terma yang berkaitan dengan pentadbiran kerajaan akan diguna pakai secara rasmi apabila diwartakan oleh kerajaan. Tatabahasa24.08.2016
Selamat Tahun Baru ! Apakah bezanya 'bangsa' dan 'etnik' ? Contoh; Bangsa ; Melayu Etnik : ? atau Etnik ; Melayu Bangsa; ?Bangsa ialah jenis manusia daripada satu asal keturunan; atau kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan. Etnik berkenaan bangsa manusia. Kedua-duanya mempunyai maksud yang hampir sama, kita boleh sahaja menggunakan frasa bangsa Melayu atau etnik Melayu. Walau bagaimanapun bangsa Melayu telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.Makna08.01.2015
1)Apakah maksud 'bangsa asing' dari segi bahasa dan istilah? 2)Perbincangan mengenai pengajaran bahasa melayu kepada bangsa asing.Bangsa asing bermaksud bangsa di luar kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan. Contohnya, bangsa asing  yang datang dari negara- negara  Afrika dan benua Asia yang lain ke Malaysia untuk tujuan melancong, berniaga atau bekerja. Pengajaran bahasa Melayu yang sesuai kepada kumpulan ini perlu dilihat dari segi keperluan dan latar belakang kumpulan berkenaan.  Makna03.02.2008
sejarah pembinaan bahasa melayuBahasa Melayu tergolong dalam rumpun Austronesia. Sejarah bahasa Melayu mempunyai sejarah yang panjang. Pakar-pakar LInguistik percaya sejarah bahasa Melayu bermula pada abad ke-7. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa kerajaan semasa pemerintahan kerajaan Srivijaya. Perkembangan bahasa Melayu berterusan dan pada abad ke-16, bahasa Melayu telah menjadi bahasa ilmu, bahasa agama, bahasa undang-undang, bahasa ketatanegaraan, bahasa diplomasi, dan bahasa peredagangan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku bertajuk Malay : World Language oleh James T. Collin, Perancangan Bahasa di Asia Tenggara oleh Prof Abdullah Hassan, Parancangan Bahasa dengan Rujukan Khas kepada Perancangan bahasa Melayu oleh Prof Asmah Hj Omar, dan Ceritera Bahasa oleh Prof Awang Sariyan.Lain-lain01.09.2007
Apakah maksud istilah 'negara bangsa' dalam frasa 'citra negara bangsa'. Bolehkah 'negara bangsa' digunakan untuk menggantikan perkataan 'bangsa'. Apakah perbezaan di antara kedua-dua perkataan?Istilah negara bangsa bermaksud sebuah negara berdaulat yang rakyatnya tidak dapat diidentifikasikan melalui kaum, keturunan atau warna kulit. Negara bangsa merupakan suatu istilah yang sama sekali berbeza dengan bangsa kerana bangsa hanya merujuk kumpulan manusia dlm satu ikatan ketatanegaraan.Istilah19.12.2008
Apakah perbezaan antara perkataan kaum, etnik, bangsa, keturunan. Terima kasih.Etnik -  1. Bukan bangsa manusia
            2. Berkaitan dengan kumpulan sosial yang mempunyai persamaan dalam budaya

Kaum - 1. puak, suku bangsa
            2. jenis bangsa

Bangsa: 1. jenis manusia daripada satu asal keturunan 
              2. kumpulan manusia dlm satu ikatan ketatanegaraan

Keturunan: 1. yg diturunkan darrpada, anak cucu kepada, turunan, zuriat
                   2. sesuatu yg diwarisi
Makna05.01.2017
Apakah yang boleh diperkatakan tentang kesusasteraan, sejarah dan perkembangan kesusasteraan Melayu tradisional dan moden, termasuk bentuk-bentuk serta aliran-aliran dalam penulisan sastera.

 

 Saudara yang dihormati,

Penyelidikan dan penulisan sejarah perkembangan kesusasteraan Melayu tradisional dan moden sebagaimana lazim dilakukan ialah secara pengtarikhan, termasuklah  tahun, dekad dan dilaksanakan juga secara generik. Penulisan sejarah sastera kesusasteraan Melayu tradisional yang sering dilakukan ialah pertama menjelaskan konsep dan pendekatan, latar belakang sejarah, perbincangan mengikut genre seperti sastera rakyat, sastera hikayat, sastera panji, sastera epik, sastera sejarah, cerita nabi-nabi dan tokoh-tokoh Islam, sastera kitab, sastera undang-undang dan ketatanegaraan, serta kepustakaan ilmu tradisional.  Penulisan sejarah kesusasteraan Melayu moden juga menggunakan pendekatan yang sama iaitu  latar belakang sejarah, dikuti dengan kajian dan penulisan mengikut genre seperti  cerpen, puisi, , novel, drama dan esei kritikan mengikut dekad kemunculannya.  Perbincangan setiap genre secara tidak langsung meliputi latar belakang perkembangan, bentuk, teknik, bahasa, tema, pendekatan, aliran pemikiran dan sebagainya.  Saudara boleh menentukan cakupan dan batasan kajian mengikut keperluan dan objektif kajian sejarah yang akan dilaksanakan. Buku sejarah kesusasteraan Melayu tradisional dan moden yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, dapat dijadikan bahan rujukan  yang berguna, antaranya ialah buku  Kesusasteraan Melayu Tradisional (1993, 2000) dan Sejarah Kesusasteraan Melayu jilid 1 dan jilid 2 (2006).  Buku-buku lain yang dihasilkan oleh A. samad Ahmad, Liaw Yock Fang , Wilkinson dan Winstedt juga bermanfaat sebagai bahan rujukan.

 Salam takzim. 

Lain-lain15.10.2010
Apakah bentuk dan aliran dalam penulisan sastera tradisional

Sdr., dari segi bentuk, kesusasteraan Melayu tradisional terbahagi kepada dua iaitu prosa dan puisi atau disebut juga sebagai genre prosa dan genre puisi. Genre prosa merangkumi cerita-cerita yang dikategorikan pula kepada,

a. Sastera Hikayat ( cerita-cerita daripada sumber Hindu, Islam dan tempatan)

b. Sastera Epik( epik tempatan dan berunsur Islam)

c. Sastera Panji dan Perwayangan ( sumber daripada Jawa dan Hindu)

d. Sastera Sejarah ( cerita yang berhubung dengan sejarah atau salasilah sebuah kerajaan Melayu silam)

e.Cerita Para Nabi dan Tokoh-Tokoh Islam ( sumber daripada sejarah Islam)

f. Sastera Kitab( berhubung dengan kitab fikah, tasawuf dan sebagainya)

g. Sastera Undang-undang dan ketatanegaraan ( undang-undang, peraturan dan adat istiadat sesebuah kerajaan Melayu)

h. Kepustakaan Ilmu  Tradisional ( berhubung dengan ilmu penujuman, ilmu mendukun dan sebagainya)

Genre puisi pula termasuk pantun, syair, nazam, gurindam, seloka, mantera, teromba dan sebagainya.

Mohon sdr. merujuk buku Kesusasteraan Melayu Tradisional( DBP,2000)  yang ditulis oleh Dr. Harun Mat Piah dll. untuk mendapatkan keterangan yang lebih lanjut tentang persoalan yang di atas.

Lain-lain22.10.2010
12

Kembali ke atas