Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.te.mu] | کتمو

Definisi : Jk bertemu, berjumpa, terdapat: mereka berjanji akan ~ malam itu di kelab; ~ akal diterima akal (masuk akal); siang ~ siang siang hingga siang lagi; mengetemui menemui, menjumpai, menda­patkan: kedua-dua orang yg dicari itu masih belum diketemui; mengetemukan 1. mengetemui, menemui: mengapa tidak aku ketemukan kau lebih dahulu; 2. menemukan, mendapatkan: bintang-bintang pun menjadi sasaran penyelidikan, sejak teleskop diketemukan; 3. mempertemukan: Mansur meminta supaya Yusuf dan Yakub diketemukan; ketemuan (sesuatu) yg diketemui (didapati): ini adalah ~ yg paling besar; ®temu I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.te.mu] | کتمو

Definisi : berjumpa; bertemu; bersua: Saya berharap kita akan ~ lagi. mengetemui menjumpai; menghadapi: Kami ~ berbagai-bagai rintangan dan halangan utk sampai ke tempat itu. mengetemukan menjadikan bertemu; mempertemukan: Kami sedang berusaha utk ~ mereka berdua. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketemu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tepatkah jika 'offline' diterjemah 'nir talian' kerana saya ketemu 'off air' diterjemah 'nir siar' di prpm? Bolehkah 'wireless' diterjemah 'nir wayar', di samping 'tanpa wayar' yang sudah diketahui umum?Padanan bahasa Melayu yang betul bagi offline ialah "luar talian". Padanan bahasa Melayu bagi off air ialah  "luar siaran" dan padanan bagi wireless ialah "tanpa wayar".Lain-lain05.08.2022
Saya telah cuba mencari maksuk ekstralinguistik melalui carian kata tetapi tidak ketemu. Apakah yang dikatakan atau dimaksudkan dengan perkataan ekstralinguistik ? Apakah faktor-faktor ekstralinguistik dalam mempelajari bahasa kedua?Konteks ekstralinguistik ialah konteks yang buka berupa unsur-unsur bahasa. Konteks ekstralinguistik itu mencakup praanggapan, pelaku (orang yang terlibat dalam peristiwa komunikasi berbahasa termasuklah penutur dan pendengar), topik, latar (tempat, waktu dan peristiwa komunikasi), saluran (ragam bahasa dan sarana yang digunakan dalam penggunaan wacana) dan kod (bahasa yang digunakan dalam wacana). Untuk maklumat lanjut rujuk buku/makalah yang berkaitan, antaranya  Unsur-unsur Ekstralinguistik dalam Pemelajaran Bahasa, Noor Aina Dani, Pelita Bahasa, Jun 1988.Tatabahasa02.11.2010
Tuan, saya sedang cuba menyempurnakan tugasan menulis tentang tokoh penyair Wadi Leta SA , maksud saya menulis biografi ringkas. Saya cuba cari di internet namun tak banyak maklumat saya temui, kerana di samping beliau menulis puisi , saya ingin catatkan juga tentang hobinya pada seni lukis dan jua menulis buku cerita kanak-kanak. Saya di fahamkan penulisan cerita kanak-kanak pernah disiarkan melalui blog zoom A di bawah kelolaan Rosli Nikmat , tetapi saya tetap tidak ketemu di internet. Boleh kah pihak Tuan berikan laman web atau link tentang beliau menulis buku cerita kanak-kanak dan hobi melukis? Atau boleh nyatakan di mana boleh saya dapatkan info tersebut?Salam sejahtera,
Dewan Sastera terbitan  November 2007 ada mengemukakan Wadi Leta S.A. sebagai karyawan dalam keluaran tersebut. Selain itu, saudara boleh membaca artikel "Wadi Leta berbakat melukis" dalam laman www.nib.com.my .
Lain-lain25.04.2012

Kembali ke atas