Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ten.tuan] | کتنتوان

Definisi : 1. sesuatu yg tentu atau yg telah ditentukan, keputusan yg muktamad, ketetapan: sbg hasil drpd perjanjian tersebut satu ~ harga tetap bagi lada hitam telah diper-setujui; 2. sesuatu yg sudah tentu (tidak diragu-ragukan lagi), kepastian: dia mahu meminjam wang itu kalau ada ~ labanya; 3. tentu atau tetap (tidak berubah-ubah), ber­aturan: kau Lamit orang muda, makan minum tidak ~, sebab itu bukankah baik berumah tangga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tentu (kata tugas)
1. Bersinonim dengan pasti: tetap, tegas, mesti, tidak boleh tidak, positif,

2. Bersinonim dengan jelas: nyata, terang, ketara, sahih, sah, benar, betul, tidak syak lagi, tidak ragu-ragu lagi,

3. Bersinonim dengan tidak boleh tidak: mesti, pasti, nescaya, wajib,

Kata Terbitan : menentukan, ketentuan, penentuan, penentu,

Peribahasa

Riuh gigil seperti Cina kayuh.

Bermaksud :

Bercakap yang tidak ketentuan buah tuturnya. gigil = bergoncang, gementar keras.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
QADA' DAN QADARtakdir/konsep suratan nasib dan ketentuan allahAGAMAKonsep
STEVENS, WALLACE

Stevens, Wallace (1879–1955) ialah pemuisi

Amerika. Dia menggambarkan manusia sebagai

makhluk yang hanya hidup di dunia tanpa harapan

untuk dihidupkan semula. Menurut pandangan

Steven, manusia setiap kali menghadapi alam yang

kelihatan tidak berbeza, ketentuan kematian

mereka sendiri, dan kesedaran mereka tentang

akhlak dan fizikal di sekeliling mereka. Manusia

diselamatkan daripada situasi magik yang

berpotensi dengan menggunakan imaginasi.

Imaginasi boleh memberi makna kepada

kekeliruan realiti. Imaginasi juga boleh menemui

keindahan dalam alam yang tidak berbeza

pemikiran tentang kematian dengan berasa takjub

kerana masih hidup. Stevens meneroka kebaikan

hidup yang berimaginasi dalam puisinya yang agak

mudah seperti “Sunday Morning” dan “The

Emperor of Ice Cream”, dan dalam puisi-puisi yang

lebih panjang, lebih kompleks seperti “The Man

with the Blue Guitar” dan “Esthétique du Mal”.

UMUM 
HUKUM-HUKUM PERKAHWINAN ISLAM

Hukum-hukum perkahwinan Islam, peraturan atau ketentuan menurut hukum syarak sama ada wajib, harus, sunat, makruh atau haram.

AGAMAKonsep

Kembali ke atas