Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.te.ri.ka.tan]/[ke.ter.i.ka.tan] | کترايکتن

Definisi : perihal terikat (berkaitan erat), keadaan (unsur-unsur dll) terikat antara satu sama lain, terikatnya: ~ episod demi episod hanyalah atas kepentingan adegan tersebut; ~ kita yg begitu kuat kpd tradisi telah mengeratkan hubungan kekeluargaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keterikatan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, saya ingin bantuan untuk mendapatkan makna dalam Bahasa Malaysia yang lebih tepat untuk penggunaan istilah Job Embeddedness. Bolehkah jika saya gunakan Keterikatan Kerja bagi istilah Job Embeddedness. Sering kali berlaku kekeliruan penggunaan istilah yang betul antara Job Embeddedness dan Job Engagement. Ada penulis yang merujuk Job Embeddedness dan Job Engagement sebagai Perikatan Kerja. Saya dalam bidang pengurusan dan istilah ini penting untuk penulisan tesis / artikel jurnal saya. Jika dapat, bolekah saya perolehi juga maksud / definisi Job Embeddedness seperti yang didaftarkan dalam Dewan Bahasa dan Pustaka. Terima kasih atas bantuan dan maklum balas. Sekian.Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

job embeddedness - keterikatan kerja
job engagement - keterlibatan kerja

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain19.01.2022
Apakah maksud 'koheren' dan 'kohesi'..?? Berikan contoh TQVMKoheren bermaksud ada kesinambungan (keterikatan) antara satu ayat dengan ayat yang lain (dlm sese­buah wacana) supaya mudah difahami. Kohesi ialah perhubungan yang erat atau disebut perpaduan.Tatabahasa27.05.2011
apa itu koheren dan kohesiKoheren bermaksud ada kesinambungan (keterikatan) antara satu ayat dgn ayat yg lain (dlm sese­buah wacana) supaya mudah difahami. Kohesi bermaksud perhubungan yang erat ataupun perpaduan.Makna31.05.2011
Minta npenjelasan tentang maksud kohesi dan koherenKohesi bermaksud 1. Kekuatan tarik-menarik di antara molekul dlm sesuatu benda yg menjadikan molekul-molekul itu bertautan atau bergabungan; dan 2. perhubungan yang erat, atau perpaduan. Manakala koheren bermaksud 1. berhubungan, bersangkut paut; dan 2. ada kesinambungan (keterikatan) antara satu ayat dengan ayat yang lain (dlm sesebuah wacana) supaya mudah difahami.Makna26.12.2009

Kembali ke atas