Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.te.ru.ja.an]/[ke.ter.u.ja.an] | کتراوجاءن

Definisi : perihal (keadaan, sifat dsb) teruja: program yg bermanfaat itu mewujudkan ~ di kalangan remaja supaya mereka mahu menyertainya; oja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.te.ru.ja.an]/[ke.ter.u.ja.an] | کتراوجاءن

Definisi : keadaan atau rasa teruja: Motivasi yg diberikan dpt menimbulkan ~ pd para peserta utk terus berusaha. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keterujaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah istilah "keterujaan" perlu didahului dengan perkataan "perasaan"?Mengikut buku Kamus Dewan dan Kamus Pelajar, perkataan ‘keterujaan’ diberikan makna perihal (keadaan, sifat, rasa) teruja. Berdasarkan makna yang diberikan ini, perkataan ‘keterujaan’ telah merangkumi perasaan.   Contoh ayat:  Program yang bermanfaat itu mewujudkan keterujaan dalam  kalangan remaja supaya mereka mahu menyertainya.Tatabahasa18.05.2014
adakah "ketereujaan" perlu didahului oleh perasaan?Adakah tuan/puan merujuk kepada "Keterujaan"? Mohon tuan/puan dapat berikan soalan dengan lebih jelas dan disertakan dengan contoh yang sesuai kerana kami tidak dapat memahami soalan ini.Lain-lain26.04.2014
Apakah terjemahan yang tepat untuk "soul-stirring".Untuk makluman tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk "soul-stirring" dalam pangkalan data DBP. Padanan bahasa Melayu untuk perkataan ini bergantung pada konsep dan konteks penggunaan. Antara terjemahan yang dicadangkan untuk "soul-stirring" adalah seperti yang berikut:
1. membangkitkan semangat
2. mengusik jiwa
3. membangkitkan keghairahan atau keterujaan
4. membangkitkan emosi
Istilah04.04.2016
Maaf, sekadar bertanya dan memberi pandangan 1) Akhir-akhir ini saya melihat semakin galak penggunaan perkataan yang agak janggal di mata akhbar atau pun media masa. Sebagai contoh, 'BARU' ditukarkan kepada 'BAHARU'. 'SIAP SIAGA' ditukarkan kepada 'SIAP SIAGA', 'PARKIR' diperkenalkan menggantikan 'KAWASAN MELETAK KERETA'. Saya berpendapat, kegunaan perkataan asal adalah lebih relevan dari konteks penggunaan bahasa secara harian. Pengenalan perkataaan-perkaataan ini (walaupun mungkin telah wujud sekian lama di kamus dewan), ia tetap janggal bagi kami rakyat biasa. Saya berharap, janganlah keTERUJAAN memperkenalkan/menggalakkan penggunaan perkataaan baru melebihi kesesuaian penggunaaan bahasa di kalangan masyarakat secara meluas. 2) yang mana betul, Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia? 3) Pernah satu masa, slogan tv3 'SURE HEBOH' ditukarkan kepada 'JOM HEBOH' bagi mengangkat martabat Bahasa Melayu tetapi pada masa sama, mempromosikan 'RAKAN COP' kenapa tidak 'RAKAN POLIS'??? Terima kasihUntuk makluman tuan, perkataan baru dan baharu dalam konteks umum kami terima sepertimana yang tercatat dalam kamus, namun kedua-dua kata ini dibezakan penggunaannya dalam konteks ilmiah seperti dalam wacana kebahasaan. Dalam hal penggunaan kata "parkir", kami mencadangkan penggunaan kata tempat letak kereta atau medan kereta. Begitu juga dengan penggunaan "Rakan Cop", kami telah membuat teguran kepada pihak berkenaan dan mencadangkan perkataan "Rakan Polis". Atas perhatian dan keprihatinan tuan dalam hal menguatkuasakan penggunaan bahasa yang betul, amatlah kami hargai dan diucapkan terima kasih.Lain-lain16.06.2014

Kembali ke atas