Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.te.ta.pan] | کتتڤن

Definisi : 1. perihal tetap, kepastian, ke­ten­tuan: apa yg sedang berlaku dlm masya­ra­kat kita bukanlah drpd ajaran Islam, malah jauh menyimpang drpd ~ hukum-hukum Islam; 2. keputusan, ketentuan, pertimbang­an: Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu akan mengambil satu ~ menyeru supaya semua pihak tidak berkeras dlm krisis Timur Tengah; 3. surat pengangkatan (per­lantikan); 4. keteguhan (hati, kemahuan, dll), kekukuhan, kecekalan: kemahuan dan ~ hati akan mencapai suatu cita-cita yg mulia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.te.ta.pan] | کتتڤن

Definisi : 1 sesuatu yg sudah ditetapkan atau diputuskan; keputusan; ketentuan: Mereka telah membuat ~ utk merayu kpd pihak maji­kan supaya mengambil balik pekerja-pekerja yg dipecat dahulu. 2 keteguhan hati atau kemahuan; ketabahan hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tetap
1. Bersinonim dengan kekal
( abadi, baqa, selama-lamanya, lestari, tidak berkesudahan, )
(adjektif:)
Berantonim dengan sementara

2. Bersinonim dengan tidak putus-putus
( terus-menerus, sentiasa, selalu, tidak henti-henti, tidak habis-habis, tidak berkesudahan, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan terhenti-henti

3. Bersinonim dengan pasti
( tentu, tegas, mesti, wajib, tidak boleh tidak, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : menetap, menetapi, menetapkan, ketetapan, penetapan,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
alat piawaistandard toolAlat yang telah ditentukan ukurannya mengikut ketetapan sistem piawai antarabangsa. Contohnya, pembaris atau pita pengukur digunakan untuk mengukur panjangnya sesuatu objek. Lihat RajahSekolah Rendah
alat tidak piawainon-standard toolAlat yang tidak ditentukan ukurannya mengikut ketetapan sistem piawai antarabangsa. Contohnya, pensel digunakan untuk mengukur panjang sesuatu objek. Lihat RajahSekolah Rendah

Kembali ke atas