Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.te.ta.pan] | کتتڤن

Definisi : 1. perihal tetap, kepastian, ke­ten­tuan: apa yg sedang berlaku dlm masya­ra­kat kita bukanlah drpd ajaran Islam, malah jauh menyimpang drpd ~ hukum-hukum Islam; 2. keputusan, ketentuan, pertimbang­an: Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu akan mengambil satu ~ menyeru supaya semua pihak tidak berkeras dlm krisis Timur Tengah; 3. surat pengangkatan (per­lantikan); 4. keteguhan (hati, kemahuan, dll), kekukuhan, kecekalan: kemahuan dan ~ hati akan mencapai suatu cita-cita yg mulia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.te.ta.pan] | کتتڤن

Definisi : 1 sesuatu yg sudah ditetapkan atau diputuskan; keputusan; ketentuan: Mereka telah membuat ~ utk merayu kpd pihak maji­kan supaya mengambil balik pekerja-pekerja yg dipecat dahulu. 2 keteguhan hati atau kemahuan; ketabahan hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tetap
1. Bersinonim dengan kekal
( abadi, baqa, selama-lamanya, lestari, tidak berkesudahan, )
(adjektif:)
Berantonim dengan sementara

2. Bersinonim dengan tidak putus-putus
( terus-menerus, sentiasa, selalu, tidak henti-henti, tidak habis-habis, tidak berkesudahan, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan terhenti-henti

3. Bersinonim dengan pasti
( tentu, tegas, mesti, wajib, tidak boleh tidak, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : menetap, menetapi, menetapkan, ketetapan, penetapan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
determinacyketetapanKesusasteraanTiadaKestabilan sesuatu teks yang bersandarkan ketetapan. Ada lima ketetapan, iaitu pertama, bahasa boleh mengungkap maksud yang stabil. Kedua, maksud yang tersirat dalam sesebuah teks bersandarkan kepada konteksnya. Ketiga, maksud yang disampaikan dalam teks dikawal oleh penulis. Keempat, sesebuah karya mempunyai struktur tertentu dan pasti berakhir dengan penutupan, dan kelima, kritikan sastera hanyalah aktiviti sampingan dalam penghayatan karya tersebut. Kelima-lima ketetapan ini mementingkan aspek menyeluruh yang mengesahkan kepentingan diri dan kehendak manusia. Kepentingan ketetapan untuk menghayati sesuatu karya mula diancam dengan perkembangan teori strukturalisme dan pascastrukturalisme. Kestabilan yang diketengahkan dengan ketetapan mula dipersoalkan. Hal ini menyebabkan maksud sesuatu teks sukar dipastikan, dan akhirnya menimbulkan keraguan terhadap erti sebenar karya.
traceable expendituresperbelanjaan surihanKomunikasiKorporatPeruntukan perbelanjaan pengiklanan yang dikenal pasti berasaskan ketetapan yang dibuat oleh pihak bertanggungjawab yang diperakui oleh agensi pengiklanan. Pihak yang bertanggungjawab ini termasuk kerajaan, persatuan pengiklanan yang diiktiraf, stesen penyiaran, syarikat akhbar, atau syarikat penerbitan yang lain. Ketetapan kos ini bergantung pada pasaran, iaitu jumlah permintaan atau edaran, mutu dan peringkat kemasyhuran sesebuah stesen penyiaran, atau syarikat akhbar dan majalah pada sesuatu masa tertentu. Ketetapan kos ini kerap dirujuk dan digunakan sewaktu penyediaan belanjawan sesuatu aktiviti pengiklanan sesebuah syarikat pengeluar atau akaun agensi pengiklanan. Ketetapan kos pengiklanan yang disediakan oleh pihak bertanggungjawab tersebut menjadi rujukan utama kepada syarikat media, syarikat pengeluar, atau pihak kerajaan untuk memantau dan mengesahkan sesuatu belanjawan pengiklanan yang telah dan akan dilaksanakan.
collective decisionkeputusan kolektifPentadbiranPentadbiran Awam

Satu ketetapan yang dibuat atau dicapai secara bersama dalam kalangan organisasi tertentu. Oleh itu, semua ahli yang terlibat dalam membuat keputusan bertanggungjawab penuh terhadap segala ketetapan yang telah dibuat. Sebagai contoh, barisan Jemaah Menteri bersama-sama bertanggungjawab di atas segala keputusan yang dibuat oleh Kabinet seperti pembatalan pembinaan Jambatan Indah yang menghubungkan Malaysia-Singapura. Keputusan pembatalan jambatan tersebut dipertanggungjawabkan kepada semua Jemaah Menteri dan bukannya terletak di bahu Perdana Menteri sahaja.

business policydasar perniagaanPengurusanPerancanganKetetapan yang ditentukan oleh pengurusan organisasi untuk menjadi garis panduan yang boleh membantu ahli organisasi membuat keputusan dalam ruang lingkup tertentu tanpa perlu merujuk kepada pihak atasan. Dasar perniagaan merupakan ketetapan jangka panjang yang digunakan untuk memantau setiap keputusan dan aktiviti berkaitan. Dasar perniagaan boleh mencakupi setiap fungsi utama organisasi termasuk dasar perolehan sumber manusia, dasar kewangan dan dasar dalam urus niaga operasi.
adjudgementketetapanSukanTiadaKeputusan pengadil yang menetapkan pemukul terkeluar daripada permainan.
relative fixityketetapan relatifLinguistikTiadaTiada
perceptual constancyketetapan pengamatanPendidikanTiadaTiada
relative fixityketetapan relatifPendidikanTiadaTiada
extraordinary resolutionketetapan luar biasaEkonomiTiadaTiada
size constancyketetapan saizPsikologiTiadaTiada
123456

Kembali ke atas