Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tiada
Kata Terbitan : meniadakan, peniadaan, ketiadaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. bila masa yang paling sesuai untuk menggunakan tanda (:) dan ( ; ). 2. mohon kepastian ejaan ketiadaan ketelusan atau ketidaktelusan

Jawapan soalan pertama, tuan boleh merujuk penggunaan kedua-dua tanda baca dalam Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu. Tanda titik bertindih (:) digunakan seperti yang berikut : (1)pada akhir suatu penyataan apabila diikuti (a) rangkaian atau pemerian, atau (b) penjelasan. Contohnya: (a) Yang kita perlukan sekarang ialah barang-barang yang berikut: kertas, dakwat dan pen. (b) Ketua: Abdullah Salleh    Hari : Isnin

(2) di antara jilid atau nombor dengan halaman, (ii) di antara bab dengan ayat dalam kitab-kitab, atau (iii) di antara judul dengan anak judul.

(3)Digunakan dalam teks drama sesudah kata yang menunjukkan pelaku dalam percakapan. Contohnya: Ibu: “Bawa bungkusan ini, Mir!”

Tanda koma bertitik (;) digunakan untuk (1) memisahkan bahagian-bahagian ayat yang sejenis dan setara. Contohnya: Malam makin larut; kamu belum selesai juga.  Juga digunakan (2) memisahkan ayat yang setara dalam suatu ayat majmuk sebagai pengganti kata penghubung. Contohnya: Ayah menyiapkan kertas kerjanya, ibu sibuk memasak di dapur; adik menghafal nama pahlawan nasional; saya sendiri asyik mendengar siaran pilihan pendengar.

 

Jawapan soalan yang kedua, kedua-dua ejaan, iaitu ketiadaan ketelusan dan ketidaktelusan betul. Ketiadaan bermakna tidak ada/tidak memiliki keadaan dan sifat berterus terang iaitu tidak ada sifat telus. Manakala ketidaktelusan ialah kata kerja untuk tidak mempunyai sifat telus.

Tatabahasa11.03.2014
1. Dia pergi sekolah pada setiap pagi dengan menaiki bas. / Dia pergi sekolah setiap pagi dengan menaiki bas. / Dia pergi ke sekolah pada setiap pagi dengan menaiki bas. Manakah yang betul? 2. Banyak kanak-kanak kelihatan (letih lesu) dalam bulan Ramadan. - ayat ini dengan letih lesu salah kerana hokum jamak? 3. Sangat sukar sekali untuk kami membuat keputusan itu. 4. Ken Yee (diam) di rumah banglo yang terletak di hujung kampung itu. Ayat ini betul dari segi tatabahasa? Diam = tinggal 5. Para pelajar disuruh duduk (diam) semasa ketiadaan guru. Jika ayat tanpa buangkan perkataan duduk. Betul atau salah? TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK! Semoga BAHASA MALAYSIA DIHAYATI OLEH LEBIH RAMAI PELAJAR!

1. Dia pergi sekolah pada setiap pagi dengan menaiki bas. 

2. Banyak kanak-kanak kelihatan letih/lesu dalam bulan Ramadan. - Letih atau lesu , kedua-duanya betul

3. Sangat sukar sekali untuk kami membuat keputusan itu.

4. Ken Yee diam di rumah banglo yang terletak di hujung kampung itu. 

5. Para pelajar disuruh duduk semasa ketiadaan guru. - Perkataan diam perlu digugurkan kerana antara maksud duduk ialah tinggal atau diam

Tatabahasa24.10.2011
1. Wanita itu menangis (teresak-esak / tersedu-sedu) kerana kehilangan suaminya yang tersayang. 2. (Banyak kanak-kanak) kelihatan (letih lesu) dalam bulan Ramadan. Bahagian manakah dalam ayat ini salah? Atau tiada kesalahan. 3. Golongan remaja perempuan perlu berwaspada agar (tidak diperdaya) oleh lelaki hidung belang. ATAU Golongan remaja perempuan perlu berwaspada agar (tidak mudah terperdaya) oleh lelaki hidung belang. 4. Ibu (memasakkan) sambal udang untuk abang yang baru pulang dari asrama. 5. Berikut (adalah) peserta yang berjaya ke peringkat akhir. 6. Sangat sukar sekali untuk kami membuat keputusan itu. 7. Mereka berjalan cepat-cepat ke sekolah kerana hujan renyai-renyai mulai turun. 8. Ken Yee (diam) di rumah banglo yang terletak di hujung kampung itu. 9. Para pelajar disuruh duduk (diam) semasa ketiadaan guru. 10. (Sementara) itu kapal belajar juga, makin lama makin laju. 11. Kami (menemukan) beg pelajar itu di belakang bangunan itu.

1. Wanita itu menangis teresak-esak kerana kehilangan suaminya yang tersayang.

2. Banyak kanak-kanak kelihatan letih/lesu dalam bulan Ramadan. - ayat ini betul

3. Golongan remaja perempuan perlu berwaspada agar tidak mudah terperdaya oleh lelaki hidung belang.

4. Ibu memasakkan sambal udang untuk abang yang baru pulang dari asrama.

5. Berikut ialah peserta yang berjaya ke peringkat akhir.

6. Sangat sukar sekali untuk kami membuat keputusan itu.

7. Mereka berjalan cepat-cepat ke sekolah kerana hujan renyai-renyai mulai turun.

8. Ken Yee tinggal di rumah banglo yang terletak di hujung kampung itu.

9. Para pelajar disuruh diam semasa ketiadaan guru.

10. Sementara itu kapal belayar juga, makin lama makin laju.

11. Kami menemukan beg pelajar itu di belakang bangunan itu.

Untuk menyemak penggunaan perkataan yang sesuai, sila rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan yang hendak dicari. Untuk memastikan penggunaan kata penguat yang betul seperti dalam soalan ketujuh (7) rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 259.

Tatabahasa24.10.2011
1)Adakah perkataan ‘amenorrhea’,’oligomenorrhea’,‘dysmenorrhea’ dan 'hirsutism' boleh diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu? 2) Adakah Sindrom Ovari Polisistik istilah dalam bahasa Melayu?

   Sdr. Zatil Liyana terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.                                     

amenorrhea’,amenorea -Ketiadaan atau pemberhentian haid secara abnormal. -’oligomenorrhea’,-oligomenorea- tidak ada makna yang diterangkan. ‘dysmenorrhea’ -dismenorea- Keadaan berlakunya haid yang sakit. Terima kasih

Istilah22.06.2009
1)Adakah perkataan ‘amenorrhea’,’oligomenorrhea’,‘dysmenorrhea’ dan 'hirsutism' boleh diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu? 2) Adakah Sindrom Ovari Polisistik istilah dalam bahasa Melayu?Sdr. Zatil Liyana terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.                                      amenorrhea’,amenorea -Ketiadaan atau pemberhentian haid secara abnormal. -’oligomenorrhea’,-oligomenorea- tidak ada makna yang diterangkan. ‘dysmenorrhea’ -dismenorea- Keadaan berlakunya haid yang sakit. Terima kasihIstilah23.06.2009
Salam, saya ingin bertanyakan satu soalan. Namun, terlebih dahulu, perkara ini sebenarnya bersangkut paut dengan Majlis Peperiksaan Malaysia. Namun, sebagai peneraju dalam bidang bahasa, mungkin pihak DBP@PRPM dapat jelaskan perkara ini. Saya merujuk kertas peperiksaan SJK UPSR 2013. Bagi soalan objektif, dinyatakan dari soalan 1-17, sedangkan soalan 18 ditanyakan penjodoh bilangan. Saya tidak mahu mengusik soalan 19-20 kerana bertanyakan sinonim & antonim. Maka, ketiadaan soalan 19-20 dalam arahan boleh diterima pakai. Namun, mengapa tidak ditulis sebagai 'soalan 1-18'? Mengapa pula hanya ditulis 'soalan 1-17'?Harap soalan saya jelas. Terima kasih.

Kami ambil maklum tentang perkara tersebut. Mungkin terdapat kesilapan daripada penyedia kertas soalan. Saya mencadangkan puan merujuk terus kepada Majlis Peperiksaan Malaysia.

Lain-lain27.05.2013

Kembali ke atas