Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ti.ba.an] | کتيباءن

Definisi : perihal tiba (sampai), kesampaian, kedatangan: ~ Nabi di Madinah disambut dgn sangat meriahnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ti.ba.an] | کتيباءن

Definisi : hal sampai atau hal tiba di: ~ baginda disambut dgn penuh istiadat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tiba (kata kerja)
Bersinonim dengan sampai, datang, mari, muncul, timbul, terpacul, terjengul;,
Kata Terbitan : setibanya, ketibaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mohon pengesahan atur cara ini: 9.00pagi Ketibaan tetamu jemputan 9.15pagi Ketibaan tetamu kehormat 9.20pagi Ketibaan YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan bin Tengku Mansor Menteri Wilayah Persekutuan Adakah sesuai penggunaan Tetamu Kehormat untuk ditujukan kepada kehadiran Timbalan Menteri, KSU dan Datuk Bandar yang turut hadir? Atau Adakah tetamu kehormat adalah dirujuk kepada tetamu utama iaitu Menteri? Sekiranya tetamu kehormat dirujuk untuk tetamu utama majlis, apakah terma atau perkataan ganti yang bersesuaian/1. Dicadangkan atur acara seperti ini:

9.00 pagi: Para jemputan mengambil tempat
9.15 pagi: Ketibaan tetamu kehormat
9.20 pagi: Ketibaan YB. Datuk Seri Utama Tengku Adnan bin Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan
 
2. Kehormat bermaksud mempunyai pandangan yang tinggi terhadap seseorang dengan memberikan layanan yang penuh sopan. Jika dilihat daripada maksud tersebut, bermakna penggunaan Tetamu Kehormat boleh digunakan kepada Timbalan Menteri, KSU dan Datuk Bandar yang turut hadir dalam majlis tersebut dan bukannya  hanya merujuk kepada Menteri sahaja.
Lain-lain03.08.2015
adakah perlu tanda koma, atau noktah selepas dialog, contohnya; 1. “Macam mana? Puas tak? Boleh fokus beribadat?”, soalan suami sebaik menyambut ketibaan saya di Balai Ketibaan Dalam Negeri, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).Dalam dialog, “tanda koma”, “noktah” atau “tanda seru” perlu diletakkan sebelum tanda petik, bergantung kepada jenis dialog sama ada ayat tanya atau sebaliknya. Contohnya, “Awak sudah makan?” tanya Ahmad kepada Aminah. Walau bagaimanapun, tanda-tanda tersebut tidak perlu diletakkan selepas tanda petik. Contohnya, “Macam mana? Puas tak? Boleh fokus beribadat?” soal suami sebaik menyambut ketibaan saya di Balai Ketibaan Dalam Negeri, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).Tatabahasa03.02.2022
dalam buku atur cara gunakan - 8.00 malam - Ketibaan Dif-Dif jemputan atau Ketibaan Dif-dif jemputan ( dimana huruf D di kali kedua perkataan Dif menggunakan huruf kecil

Yang betul ialah Ketibaan Dif-dif Jemputan. Huruf D yang kedua ditulis dengan huruf kecil.

Ejaan04.11.2011
visa ketibaan, visa arrivalvisa ketibaanLain-lain04.06.2008
Betul atau salah ayat berikut: "mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Dato'..............". Sila beri penerangan yang jelas.Dari segi tatabahasa ayat "mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Dato'..." tidak lengkap kerana tiada subjek atau subjeknyanya digugurkan. Walau bagaimanapun frasa ini diterima dalam laras pengacaraan seperti yang lazim kita dengar dalam majlis-majlis rasmi.Tatabahasa05.03.2013
Mohon beri penjelasan, manakah yang betul tentang dua daripada ayat yang berikut: 1. Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Puan Mary Teresa Kinajil Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Kent, Tuaran. ATAU 2. Ketibaan Yang Berbahagia Puan Mary Teresa Kinajil Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Kent, Tuaran. Adakah soalan nombor 2 ini betul?Kedua-dua contoh ayat tersebut betul. Ayat pertama digunakan jika Puan Mary menjadi tetamu kehormat majlis dan pengacara mengumumkan ketibaan beliau agar tetamu bersedia untuk memberi penghormatan. Ayat kedua kebiasaannya digunakan dalam atur cara majlis dan Puan Mary merupakan antara tetamu kehormat majlis.Tatabahasa05.03.2009
Selamat pagi tuan/puan, saya ingin mengajukan soalan tentang penggunaan perkataan sinonim yang sesuai bagi teks/ayat dibawah. 1. Ketibaan Perdana Menteri di perhimpunan rakyat itu disambut dengan meriah sekali. Berdasarkan ayat diatas, terdapat dua jawapan yang mengelirukan iaitu 1. Kehadiran 2. Kedatangan. Ramai guru menjawab soalan tersebut dengan jawapan 1. Kehadiran. Adakah jawapan 1. kehadiran sesuai dengan perkataan Ketibaan? Segala kerjasama pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, kata “ketibaan” membawa maksud perihal tiba (sampai), kesampaian, kedatangan.   Makna kata “kehadiran” pula ialah perihal hadir (di sesuatu per­jumpaan, mesyuarat, dan sebagainya), perihal berada (di sesuatu tempat dan lain-lain), adanya, kedatangan. Walau bagaimanapun, kesesuaian penggunaan perkataan ini perlu dilihat berdasarkan konteks ayat atau wacana ayat tersebut digunakan.

Contoh ayat:

       i.        Kedatangan pelajar di dalam kelas dicatat pada setiap hari.

     ii.         Ketibaan pelajar dalam Perhimpunan Bulanan KPM disambut oleh urus setia.

    iii.         Kehadiran kuasa besar boleh membawa kesan buruk kepada negara-negara Asia Tenggara.

    iv.         Kehadiran Perdana Menteri dalam perhimpunan rakyat itu disambut dengan meriah sekali.


Tatabahasa03.04.2020
kehormat/ VVIPKetibaan Tetamu KehormatLain-lain28.07.2008
apakah kesalahan imbuhan dalam ayat di bawah? 11.Ketibaan 1 Syawal yang bakal menjelma telah menggamit mereka yang mencari nafkah di rantauan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.Berikut merupakan ayat yang telah dipinda dengan penggunaan tatabahasa yang betul. Pembetulan dibuat pada perkataan yang dihitamkan.

Satu Syawal yang bakal menjelma akan menggamit mereka yang mencari nafkah di perantauan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.
Tatabahasa25.03.2013
apakah yang dimaksudkan dengan sambutan?Sambutan bermakna penerimaan (ketibaan tetamu dll), cara-cara meraikan atau menyambut sesuatu (hari raya, tetamu. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna21.10.2008
12

Kembali ke atas