Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perihal tidak adil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perihal (keadaan, perbuatan, kejadian, dsb) tidak adil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketidakadilan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
miscarriage of justiceketidakadilanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKegagalan mahkamah dalam mentadbir keadilan sehingga menyebabkan seseorang yang tidak bersalah disabitkan bersalah. Ketidakadilan berlaku apabila mahkamah tidak membenarkan tertuduh membawa saksi atau diwakili oleh peguam, atau perbicaraan dilakukan secara tertutup. Dalam konteks undang-undang antarabangsa, ketidakadilan dapat dielakkan apabila negara menghormati hak individu untuk mendapatkan perbicaraan adil sebagaimana yang terdapat dalam Waad Antarabangsa Hak Sivil dan Politik 1966.
injusticeketidakadilanSejarahTiadaTiada
civil disobediencekeingkaran sivilUndang-undangTiadaSuatu bentuk pelanggaran undang-undang yang bertujuan untuk menonjolkan ketidakadilan sesuatu undng-undang kepada masyarakat umum.
socialist realismrealisme sosialisKesenianDrama dan TeaterIdeologi dalam karya seni dan sastera termasuk drama yang menyatakan ketidakadilan sosial, tekanan politik dan ekonomi serta pergelutan hidup yang selalunya dipaparkan melalui kehidupan masyarakat kelas pekerja. Contohnya, drama Degup Jantungnyakarya Usman Awang.
anti-corruptionantirasuahPentadbiranPentadbiran Awam

Tindakan atau usaha yang diambil bagi mencegah amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Tindakan ini diambil kerana gejala rasuah boleh mengancam keselamatan negara dan ketidakadilan dalam masyarakat. Sebagai langkah utama, kerajaan telah menubuhkan Badan Pencegah Rasuah dan memperkenalkan pelbagai peraturan antirasuah seperti pelaksanaan Akta Pencegah Rasuah 1961, Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 dan Akta Pencegahan Rasuah 1997. Kerajaan juga melancarkan Pelan Integriti Nasional (PIN) bagi membentuk sebuah masyarakat yang bermoral tinggi dan beretika sebagai tindakan untuk mencegah rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Main JuryJuri UtamaSukanTiadaJawatankuasa yang terdiri daripada Presiden, Naib Presiden dan Setiausaha W.T.C. atau M.T.C. Mereka bertanggungjawab mengawasi tugas panel hakim serta memberi amaran jika berlaku ketidakadilan.
organizational politicpolitik organisasiPengurusanPerancanganAktiviti yang membabitkan penggunaan pengaruh peribadi dalam usaha untuk mencapai kepentingan diri sendiri dan kepentingan jabatan. Politik organisasi lazimnya berpunca daripada faktor-faktor seperti kekurangan sumber, kekangan masa, ketidakadilan, persaingan dan juga motivasi peribadi seseorang individu. Contohnya, seorang pengurus pengeluaran yang melobi dan mempengaruhi pengurus kewangan untuk mendapatkan peruntukan yang lebih tinggi bagi projek pembangunan produk.
clandestine movementgerakan sulitSains PolitikPolitik PerbandinganGerakan politik yang dilakukan secara senyap atau bawah tanah dan di luar batasan perlembagaan bagi menjatuhkan sesebuah kerajaan. Gerakan ini biasanya dipelopori oleh pemimpin yang menyedari ketidakadilan dan kekejaman yang wujud dalam sesebuah pemerintahan tetapi tidak mampu menyuarakannya secara terbuka disebabkan oleh kebimbangan terhadap hukuman politik yang akan dikenakan. Gerakan ini dimulai dengan pembentukan beberapa ahli kumpulan secara kecil-kecilan yang kemudiannya akan berkembang secara sulit dalam masyarakat. Apabila disedari oleh pemerintah, pemimpin gerakan ini akan ditangkap, dipenjarakan dan sesetengahnya pula terpaksa melarikan diri serta memohon perlindungan politik dari negara lain. Contohnya, gerakan Masonic Movement di Cuba yang ditubuhkan sejak tahun 1959 bagi menentang dan menggulingkan pemerintahan Fidel Castro.
intergroup conflictkonflik antara kelompokPsikologiPsikologi UmumKonflik yang wujud antara kelompok apabila satu kelompok menanam perasaan benci dan prejudis terhadap kelompok lain. Antara kepercayaan negatif yang boleh mewujudkan kebencian terhadap kelompok lain ialah superioriti, ketidakadilan, kerapuhan hubungan dan saling tidak mempercayai. Contohnya, jika individu dalam satu-satu kelompok terasa dieksploitasi secara tidak adil, ditindas, dihina atau diancam akan berkemungkinan menyebabkan konflik yang membawa kepada permusuhan.
work motivationmotivasi kerjaPentadbiranPentadbiran Awam

Dorongan oleh majikan terhadap pekerja untuk melaksanakan tugas serta peranan masing-masing dengan cemerlang dan sempurna. Bentuk dorongan dapat dibahagikan kepada dua cara, iaitu motivasi kerja yang positif dan negatif. Motivasi positif banyak bergantung kepada suasana kerja yang kondusif, hubungan baik yang dijalinkan oleh majikan dengan kakitangan bawahan, sistem ganjaran dan pampasan yang adil, kefahaman kakitangan terhadap kerja yang tinggi dan jelas, kebajikan dan jaminan keselamatan di tempat kerja dan sebagainya. Manakala motivasi negatif lahir daripada ketidakadilan yang berlaku di tempat kerja, misalnya upah dan gaji yang dibayar adalah tidak seimbang dengan khidmat yang diberikan, kekurangan infrastruktur, ancaman di tempat kerja, risiko kemalangan dan sebagainya. Motivasi kerja merupakan konsep penting dalam pengurusan organisasi, sama ada sektor swasta atau awam kerana boleh mempengaruhi kadar produktiviti, kualiti dan imej organisasi.

12

Kembali ke atas