Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ti.da/.ber.pe.ri.ke.ma.nu.sia.an] | کتيدقبرڤريکماءنسياءن

Definisi : perihal tidak mempunyai perasaan perikemanusiaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketidakberperikemanusiaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Di dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4, entri perikemanusiaan diikuti subentri berperikemanusiaan dan ketidakberperikemanusiaan. Betulkah kata terbitan 'ketidakberperikemanusiaan' itu? Bukankah sepatutnya apabila imbuhan 'ke-...-an' digunakan untuk kata dasar tidak berperikemanusiaan sepatutnya menjadi ketidakberperikemanusiaanan? Mohon penjelasan dan juga pembetulan dalam edisi akan datang dan dalam PRPM jika ia ralat.Berdasarkan peraturan pembentukan kata terbitan, tidak berperikemanusiaan apabila menerima apitan ke-...-an akan membentuk kata ketidakberperikemanusiaanan. Dalam hal ini kami perlu mendapatkan penjelasan daripada Bahagian Perkamusan. Penjelasan daripada pihak berkenaan akan kami e-melkannya kepada tuan.

 
Tatabahasa27.01.2018

Kembali ke atas