Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ti.da/.pas.tian] | کتيدقڤستين

Definisi : perihal tidak pasti (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ti.da/.pas.tian] | کتيدقڤستين

Definisi : perihal atau keadaan tidak pasti, ketidaktentuan: kemungkinan sesuatu menjadi salah atau menjadi benar tentulah mewujudkan ~ dan keraguan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketidakpastian


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Tuan/Puan, Saya ingin bertanya soalan bagi ayat-ayat berikut, terdapat kekeliruan dan ketidakpastian dalam penggunaannya. Mohon khidmat nasihat daripada Tuan/Puan. 1) Penggunaan "pada" dan "kepada" Ayat asal: This group was added to the community “{1}”. Tap to view. Diterjemah 1: Grup ini telah ditambahkan kepada komuniti “{1}”. Ketik untuk lihat. Diterjemah 2: Grup ini telah ditambahkan pada komuniti “{1}”. Ketik untuk lihat. 2) Penggunaan "pada" dan "kepada" Ayat asal: Everyone in the group will be added to the community and community members will be able to find it. Diterjemah 1: Semua orang dalam grup akan ditambahkan kepada komuniti dan ahli komuniti akan dapat mencari komuniti tersebut. Diterjemah 2: Semua orang dalam grup akan ditambahkan kepada komuniti dan ahli komuniti akan dapat mencari grup tersebut. 3) Kurang pasti ayat yang lebih tepat menurut ayat asal Inggeris Ayat asal: This may be because of a technical error that we're working to get fixed. Try reloading this page. Diterjemah 1: Ini mungkin disebabkan oleh ralat teknikal yang kami sedang berusaha untuk menyelesaikannya. Cuba muatkan semula halaman ini. Diterjemah 2: Ini mungkin disebabkan oleh ralat teknikal yang sedang kami usaha untuk selesaikan. Cuba muatkan halaman ini semula. Terima kasih

Berikut merupakan padanan terjemahan bahasa Melayu untuk ayat yang dinyatakan:
1. This group was added to the community: Kumpulan ini telah dimasukkan dalam komuniti.

2. Everyone in the group will be added to the community and community members will be able to find it:
Semua orang dalam kumpulan akan dimasukkan dalam komuniti dan ahli komuniti akan mengetahuinya. 

3. This may be because of a technical error that we're working to get fixed. Try reloading this page: Perkara ini mungkin disebabkan oleh ralat teknikal yang kami sedang cuba selesaikan. Sila muat semula halaman ini.
Makna21.09.2022
Salam Tuan/Puan, Saya ingin bertanya soalan bagi ayat-ayat berikut, terdapat kekeliruan dan ketidakpastian dalam penggunaannya. Mohon khidmat nasihat daripada Tuan/Puan. Ketepatan makna mengikut ayat asal Inggeris Ayat asal: You cannot exit the announcement group because you created the community it's in. You can deactivate the community through community info instead. Ayat diterjemah 1: Anda tidak boleh keluar daripada grup pengumuman kerana anda yang mencipta komuniti di dalam grup tersebut. Anda boleh mengenyahaktifkan komuniti melalui info komuniti. Ayat diterjemah 2: Anda tidak boleh keluar daripada grup pengumuman kerana anda yang mencipta komuniti grup tersebut. Anda boleh mengenyahaktifkan komuniti melalui info komuniti. Terima kasihCadangan terjemahan daripada ayat yang diberikan ialah "Anda tidak boleh keluar daripada kumpulan pengumuman kerana anda telah mencipta komuniti di dalamnya. Sebaliknya, anda boleh menyahaktifkan komuniti melalui maklumat komuniti."Makna21.09.2022
Apakah maksud bagi perkataan 'ketaksaan'?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makna ketaksaan ialah perihal (keadaan dsb) taksa, kekaburan, kesangsian, keraguan, ketidakpastian (bkn sesuatu makna). Untuk keterangan lanjut dan mengetahui sesuatu makna sila rujuk Kamus Dewan.Makna14.09.2008
apakah maksud lucifer?Untuk makluman, perkataan "lucifer" tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, setelah merujuk Internet, kami dapati perkataan ini mempunyai pelbagai makna seperti ketaksaan, kekaburan, ketidakpastian dan lain-lain lagi. Sila rujuk Internet untuk mendapat pelbagai maksud perkataan tersebut.Makna23.02.2013
Boleh jelaskan dengan terperinci kepersisan makna,ketaksaan leksikal dan struktur dalam tatabahasa serta dengan contohnya"Kepersisisan makna" ialah perihal (keadaan) persis, kete­patan, kejituan makna; "ketaksaan" ialah idea yang memberikan lebih daripada satu makna dan meninggalkan ketidakpastian atau keraguan tentang maksud sebenar yang ingin disampaikan. Bagi membantu, puan boleh berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu DBP (PDM DBP). Terdapat banyak bahan rujukan yang boleh diperoleh berkaitan perkara ini. Puan juga boleh membuat rujukan pada majalah-majalah terbitan DBP atau membuat rujukan di perpustakaan IPT atau Perpustakaan Negara Malaysia.Makna03.02.2014
Selamat pagi. Saya Chin. Saya telah menyediakan satu abstrak yang memerlukan semakan dari pihak Tuan/Puan. Kebanyakan perkataan saya telah merujuk kepada carian umum di DBP.Untuk makluman, kami hanya menyemak perkataan atau ayat yang menimbulkan kekeliruan atau ketidakpastian kepada pengguna. Untuk semakan abstrak, kami cadangkan tuan/puan merujuk Kamus Dewan Edisi Ke-4, PRPM dan buku Tatabahasa Dewan kerana bahan-bahan tersebut boleh membantu memudahkan tuan/puan dalam mencari perkataan atau pemilihan ayat yang lebih tepat dan lengkap.   Lain-lain13.03.2019
Salam tuan. Minta jasa baik tuan untuk menyemak jawapan yang ditulis oleh saya dalam lampiran tersebut. Adakah jawapan yang diberikan oleh saya betul atau salah? Terima kasih.Untuk makluman, kami hanya menyemak perkataan atau ayat yang menimbulkan kekeliruan atau ketidakpastian kepada pengguna. Untuk menentukan betul atau salah, kami cadangkan puan merujuk buku Tatabahasa Dewan kerana buku tersebut memberikan penerangan yang lengkap.  Lain-lain12.03.2019
Assalamualaikum, Saya perlukan nasihat dalam mentafsir istilah "intolerance of uncertainty" dalam Bahasa Melayu yang tepat bagi kajian penyelidikan saya. Diharapkan pihak DBP sudi membantu. Saya harigai. Terima kasih.

Cadangan padanan terjemahan yang boleh digunakan mengikut konteks ayat yang sesuai bagi intolerance of uncertainty ialah “tidak bertoleransi terhadap ketidakpastian”.

Penyemakan dan penterjemahan18.04.2022

Kembali ke atas