Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ti.da/.pas.tian] | کتيدقڤستين

Definisi : perihal tidak pasti (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ti.da/.pas.tian] | کتيدقڤستين

Definisi : perihal atau keadaan tidak pasti, ketidaktentuan: kemungkinan sesuatu menjadi salah atau menjadi benar tentulah mewujudkan ~ dan keraguan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketidakpastian


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ghararketidakpastianPerniagaan IslamTiadaUrus niaga yang tidak pasti, sama ada berkaitan produk, harga atau kemampuan penjual untuk menyerahkan produk tersebut. Contoh ketidakpastian kemampuan penyerahan produk ialah tindakan penternak yang menjual ikan di dalam kolam sebelum menangkapnya. Contoh ketidakpastian barang pula, syarikat kenderaan menjual salah sebuah kereta tanpa mengenal pasti kereta yang hendak dijual. Contoh ketidakpastian lain ialah pembelian produk yang tidak dinyatakan harga secara jelas.
environmental uncertaintyketakpastian persekitaranPengurusanPerancanganKeadaan ketidakpastian yang dihadapi oleh sesebuah organisasi apabila kekurangan maklumat yang sahih tentang persekitaran dalaman dan persekitaran luarannya. Keadaan ini meningkatkan cabaran dalam pembuatan keputusan organisasi kerana kesukaran untuk membuat penilaian yang tepat tentang sesuatu keputusan yang ingin diambil. Contohnya, apabila pihak pengurusan sesebuah syarikat tidak mempunyai maklumat yang cukup tentang hala tuju polisi ekonomi kerajaan, maka akan menyebabkan ketidakpastian yang akan menjejaskan keberkesanan keputusan perniagaan.
degree of uncertaintydarjah ketidakpastianPertanianTiadaTiada
riskrisikoEkonomiEkonomi IslamKetidakpastian tentang sesuatu musibah yang mungkin berlaku. Hal ini bermakna, risiko menggambarkan nilai kerosakan atau kehilangan yang ditanggung oleh seseorang atau satu entiti tertentu akibat sesuatu musibah yang mungkin berlaku. Nilai ini bergantung pada kebarangkalian musibah itu berlaku dan juga kebarangkalian kerosakan yang dihasilkan. Pihak yang berkenaan boleh mengurangkan risiko dengan menyertai skim takaful supaya risiko tersebut boleh ditanggung bersama secara kolektif oleh semua peserta lain.
riskrisikoPentadbiran PerniagaanTiada2. Ketidakpastian yang berkaitan dengan nilai tempoh akhir pelaburan dalam sesuatu aset atau portfolio aset atau kemungkinan tidak mendapat pulangan yang terjangka.
credit riskrisiko kreditPentadbiranTiadaKetidakpastian tentang pembayaran balik hutang.
business riskrisiko niagaPentadbiranTiadaKetidakpastian tentang hasil sesuatu perniagaan.
acatalepsiaakatalepsiaPerubatanTiada1. Kurang kefahaman. 2. Ketidakpastian diagnosis.
coherent statekeadaan koherenKejuruteraanTiadaKeadaan mengekalkan ketidakpastian pencarian cahaya pada satu nilai minimum.
degree of riskdarjah risikoinsuransTiadaTahap ketidakpastian yang wujud di dalam sesuatu situasi.
123

Kembali ke atas