Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perihal (keadaan) tidak seimbang: ~ pengagihan kuasa dan kemakmuran dlm masyarakat; ~ dlm soal pencapaian mutu pelajaran; masalah ~ taburan penduduk di muka bumi ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : keadaan tidak seimbang; (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketidakseimbangan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
homeostasishomeostasisPsikologiPsikologi UmumMekanisme yang boleh mengesan ketidakseimbangan dalam badan. Apabila berlaku ketidakseimbangan seperti kekurangan gula dalam darah, sistem fisiologi akan berubah yang merangsang tindakan untuk mengembalikan status gula dalam darah. Respons fisiologi badan terhadap ketidakseimbangan yang terjadi boleh melibatkan kedua-dua respons dalaman dan luaran dalam bentuk tingkah laku. Dalam kes dahaga akibat kekurangan air dalam badan, tindakan dalaman akan melibatkan perembesan hormon antidiuretik yang menyerap kembali air daripada organ seperti usus besar atau kelenjar ginjal untuk dikembalikan kepada badan. Sementara tingkah laku yang terlibat ialah tindakan mencari sumber air untuk diminum.
affirmative actiontindakan afirmatifSains PolitikPolitik PerbandinganDasar yang digubal untuk memperbetulkan keadaan atau fenomena ketidakseimbangan sosial ekonomi yang wujud dalam sesebuah masyarakat, khususnya yang bersifat majmuk. Dasar atau tindakan ini diambil secara drastik oleh pemerintah setelah berlaku sesuatu peristiwa yang melibatkan hubungan kaum. Kerajaan Amerika Syarikat pada tahun 1970 telah mengambil tindakan afirmatif dalam bidang pendidikan untuk memberi peluang yang lebih saksama kepada minoriti kulit hitam. Sementara di Malaysia, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang digubal pada tahun 1970 boleh diklasifikasikan sebagai tindakan afirmatif untuk memperbaik ketidakseimbangan yang wujud antara kaum. Sinonim tindakan pengesahan.
offsetofsetKejuruteraanTiadaKetidakseimbangan di antara separuh bahagian litar dengan separuh bahagian lagi pada litar simetri.
conversational asymmetryperbualan asimetriSains KesihatanTiadaKetidakseimbangan dalam perbualan. Penutur tidak mempunyai peluang yang sama semasa berbual.
denture base discrepancyperbezaan landas denturPerubatanTiadaKetidakseimbangan saiz mandibel dari saiz maksila menyebabkan maloklusi.
dental base discrepancyperbezaan landas denturPerubatanTiadaKetidakseimbangan saiz mandibel dan saiz maksila menyebabkan maloklusi.
malnutritionmalpemakananPerubatanTiadaKeadaan yang berlaku disebabkan kekurangan atau ketidakseimbangan zat makanan. Keadaan ini juga boleh disebabkan gangguan penghadaman dan penyerapan makanan.
Gini coefficientpekali GiniSosiologiTiadaUkuran statisik untuk menentukan darjah ketidakseimbangan taburan kemewahan terutamanya dari segi pendapatan dalam sesebuah negeri.
vibrometermeter getaranKejuruteraanKejuruteraan MekanikAlat yang digunakan untuk menunjukkan ketidakseimbangan berbanding dengan imbangan yang tepat bagi sesebuah mesin atau komponen yang berputar. Contohnya, alat ini digunakan untuk mengimbang tayar kenderaan.
gynecomastiaginekomastiaPerubatanTiadaPerkembangan kelenjar susu yang berlebihan pada lelaki, akibat sama ada ketidakseimbangan hormon atau terapi hormon.
1234

Kembali ke atas