Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : keadaan tidak selaras; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketidakselarasan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan/Puan, Salam sejahtera. Mengikut jawapan yang diberikan oleh Khidmat Nasihat DBP, perkataan "ais" (a.is) dan "aib" (a.ib) ialah vokal rangkap/vokal berganding yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua vokal itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh lain ialah aur (a.ur). Tetapi, saya telah merujuk kepada Tatabahasa Dewan (Edisi ketiga, muka surat 301), dan dinyatakan di situ bahawa "air" mengandungi diftong "ai", manakala "perkataan "aur" pula mengandungi diftong "au". Jadi, adakah terdapat ketidakselarasan dalam penjelasan Tatabahasa Dewan pada muka surat 62 dan 301? Terima kasih.Kami mengambil maklum berkenaan ketidakselarasan yang dinyatakan. Untuk makluman puan, kami telah merujuk Munsyi Dewan berhubung kekeliruan yang timbul berhubung dengan diftong.  Menurut Munsyi Dewan, a.ir, a.ib, a.ja.ib, a.ur, ga.un, sa.uh, ko.ir, he.ro.in merupakan vokal rangkap, iaitu dua huruf vokal yang berdiri secara terasing.

Untuk makluman puan juga, DBP sedang memperkemas dan menambah baik buku Tatabahasa Dewan untuk terbitan baharu. Ketidakselarasan ini diambil maklum oleh Munsyi Dewan dalam terbitan buku Tatabahasa Dewan selanjutnya. Kami menghargai pertanyaan puan untuk kebaikan bersama dalam memastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul.
Tatabahasa28.01.2014
Apakah format yang betul untuk format RM? RM2.00 atau RM 2.00? Adakah penggunaan ruang selepas "RM" diperlukan atau tidak dari segi tatabahasa dan apakah implikasinya jika ditulis dalam format yang salah?Format yang betul ialah RM ditulis rapat dengan 2.00, iaitu RM2.00.  Jika tidak mengikut format, akan berlaku ketidakselarasan.Lain-lain13.11.2016
Saya keliru penggunaan ejaan jawi dbp semasa kerana ianya mempunyai perubahan dengan ejaan jawi lama, adakah ejaan jawi dbp ini diubah suai dari ejaanjawi lama atau ianyamempunyai kaedah tertentu bagi ejaan jawi untuk digunakan pada masa kini sebagai contoh dalam pengajaran .

Asas yang digunakan untuk Sistem Ejaan Jawi Terkini ialah Sistem Ejaan Jawi Za'ba yang bukunya diterbitkan pada tahun 1949 setelah usaha pengumpulan data yang dilakukan oleh Za'ba bermula pada tahun 1918.  Beberapa penambahbaikan telah dilakukan bagi mengatasi kekurangan, kekeliruan dan ketidakselarasan. Semua proses tersebut melalui jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Dewan Bahasa dan Pustaka. Hasil dapatan/kajian JK tersebut telah dibentangkan dalam Konvensyen Jawi Kebangsaan pada tahun 1983. Sistem ejaan Jawi itu digelar Sistem Ejaan Jawi yang disempurnakan dan sistem inilah yang digunakan sehingga sekarang.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Pedoman Ejaan Jawi yang digunakan kini sila dapatkan Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) edisi terkini.

Lain-lain19.11.2008

Kembali ke atas