Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ti.da/.u.pa.ya.an] | کتيدقاوڤاياءن

Definisi : ketidakupayaan perihal tidak berupaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ti.da/.u.pa.ya.an] | کتيدقاوڤاياءن

Definisi : perihal (sifat dsb) tidak berupaya, perihal tidak ada keupayaan: ~ penulis utk menjadi tokoh atau pemimpin politik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketidakupayaan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BUTA

Buta ialah ketidakupayaan untuk melihat

sepenuhnya atau separa.

UMUM 
DISLEKSIA

Disleksia ialah istilah yang merujuk kepada banyak

ketidakupayaan membaca.

UMUM 
AUTISME

Autisme ialah gangguan perkembangan yang

teruk yang bermula sebelum kanak-kanak berumur

empat tahun. Keadaan ini jarang berlaku dan

muncul sebagai sekumpulan simptom, yang paling

jelas ialah ketidakupayaan untuk berhubung

dengan orang lain. Autisme tulen, juga dikenali

sebagai autisme kebayian awal atau autisme

kebayian , terjadi pada lebih kurang seorang dalam

setiap 700 orang kanak-kanak. Kanak-kanak lelaki

lebih mudah terkena penyakit ini berbanding

dengan kanak-kanak perempuan. Belum ada

penawar lagi bagi penyakit ini. Istilah autistik

kadangkala digunakan untuk memerihalkan orang

yang mengalami masalah emosi yang teruk yang

menyamai autisme.

UMUM 
RABIES

Rabies atau penyakit anjing gila ialah penyakit

berjangkit yang memusnahkan sel saraf di

bahagian tertentu otak dan selalunya

mengakibatkan kematian. Manusia dan kebanyakan

mamalia lain boleh menghidap penyakit ini.

Perkataan rabies dalam bahasa Latin bermakna

kemarahan atau keberangan. Penyakit ini mungkin

diberikan nama sedemikian kerana haiwan yang

dijangkiti sering kali menjadi gila dan menyerang

sebarang objek atau haiwan lain yang berada di

hadapannya. Oleh sebab salah satu gejala penyakit

rabies ialah ketidakupayaan menelan air; penyakit

ini juga dikenali sebagai hidrofobia yang

bermaksud takut air.

UMUM 

Kembali ke atas