Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ti.ga] | کتيݢ

Definisi : = yg ~ (yg) nombor tiga: anaknya yg pertama menjadi doktor, yg kedua seorang peguam dan yg ~ seorang jurutera; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ti.ga] | کتيݢ

Definisi : yg nombor tiga: Pemenang yg ~ menerima hadiah wang tunai lima puluh ringgit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketiga

Puisi
 

Asam kandis asam gelugur,
     Ketiga dengan asam rumbia;
Hati menangis di pintu kubur,
     Kerana nak balik dalam dunia.


Lihat selanjutnya...(11)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
yang manakah betul? ketiga-tiga kucing itu/ketiga-tiga ekor kucing itu kedua-dua ibu bapa/kedua-dua orang ibu bapa Adakah perlu diletakkan penjodoh bilangan di belakang kata bilangan himpunan? Apakah keadaan yang tidak perlu diletak?Frasa yang betul ialah "ketiga-tiga ekor kucing itu" dan "kedua-dua ibu bapa". 

Untuk soalan "Adakah perlu diletakkan penjodoh bilangan di belakang kata bilangan himpunan? Apakah keadaan yang tidak perlu diletak?", soalan tersebut kurang jelas. Mohon tuan nyatakan soalan dengan lebih terperinci. Untuk makluman, tidak semua benda diberikan penjodoh bilangan tetapi lazimnya penjodoh bilangan mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda. 
Tatabahasa02.10.2023
Tuan, "bergantung kepada ibu" atau "bergantung pada ibu"adalah betul? Saya telah merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga Terbitan Ketiga pada halaman 272 dan 274 dan masih keliru dengan penggunaannya... tolong jelaskan masalah saya ini. Terima kasih.Frasa yang betul ialah "bergantung pada kebenaran ibu". Sila perincikan bahagian yang kurang difahami oleh tuan. Perlu diingat, frasa yang betul ialah "bergantung pada" dan kata sendi nama pada tidak boleh digunakan di hadapan kata nama yang membawa maksud sasaran.Tatabahasa04.05.2014
Ketiga-tiga ayat ini yang manakah yang lebih tepat? Kira objek-objek yang berikut untuk mendapatkan jawapan yang betul / Kira objek-objek berikut untuk dapatkan jawapan yang betul/ Kira objek-objek berikut untuk mendapatkan jawapan yang betul.

Ayat yang betul ialahKira objek-objek berikut untuk mendapatkan jawapan yang betul.”

 

Tatabahasa04.10.2021
Salam. Berdasarkan arkib soalan Khidmat Nasihat, terdapat pertanyaan pada 04.05.2014 "" Tuan, "bergantung kepada ibu" atau "bergantung pada ibu"adalah betul? Saya telah merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga Terbitan Ketiga pada halaman 272 dan 274 dan masih keliru dengan penggunaannya... tolong jelaskan masalah saya ini. Terima kasih."" Jawapan yang diberikan oleh pihak Khidmat Nasihat ialah ""Frasa yang betul ialah "bergantung pada kebenaran ibu"."" Soalan saya, mengapakah frasa yang betul ialah "bergantung pada kebenaran ibu", bukannya "bergantung pada ibu"? Terima kasih!

Jawapan yang betul ialah “bergantung pada ibu”. Kami ambil maklum atas kesilapan tersebut.

Tatabahasa27.01.2022
Yang manakah adalah betul: i. ialah perkhidmatan pihak ketiga ii. adalah perkhidmatan pihak ketigaFrasa yang betul "ialah perkhidmatan pihak ketiga".Tatabahasa12.06.2015
prof, mana lebih tepat .. 1. Pemenang tempat ketiga jatuh kepada .......atau 2. Pemanag tempat ketiga disandang oleh...pohon pencerahan ..1. Pemenang tempat ketiga jatuh kepadaLain-lain18.10.2014
Assalamualaikum dan Selamat Pagi. Tuan, Adakah betul penggunaan ayat seperti ini "jam yang ketiga nanti kita akan bersama-sama dengan tetamu..." Penggunaan perkataan jam untuk menunjukkan waktu. Sebagai makluman waktu bertugas bermula pukul 6.00 pagi hingga 10.00 pagi (jam yang ketiga ialah bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 9.00 pagi) Terima kasih.Waalaikumsalam,

Penggunaan perkataan jam dalam ayat, iaitu "jam yang ketiga nanti kita akan bersama-sama dengan tetamu..." adalah tidak tepat jika digunakan dalam konteks rasmi. Penggunaan ayat yang betul ialah "Pada pukul  8.00 pagi nanti kita akan bersama-sama dengan tetamu..." atau "Pada waktu bekerja/bertugas peringkat ketiga nanti, ketiga kita akan bersama-sama dengan tetamu..." Walaupun begitu, jika penggunaan secara tidak rasmi boleh digunakan "jam yang ketiga nanti kita akan bersama-sama dengan tetamu..."
Tatabahasa15.01.2019
Salam sejahtera. Soalan saya ialah manakah yang betul antara "Pilihan Raya Umum Ketiga" dengan "Pilihan Raya Umum ketiga"?Jawapan yang betul ialah "Pilihan Raya Umum KetigaLain-lain19.10.2021
Saya ingin bertanya tentang ayat ini. Bumi... planet ketiga daripada bintang bernama matahari. atau, Bumi... planet ketiga dari bintang bernama matahari.Penggunaan kata sendi yang betul ialah "Bumi... planet ketiga dari bintang bernama matahari."Lain-lain11.04.2022
Saya ingin bertanya tentang ayat ini. "Bumi... planet ketiga daripada bintang bernama matahari." atau, "Bumi... planet ketiga dari bintang bernama matahari." yang manakah menggunakan kata sendi yang betul? Dari atau daripada?Penggunaan kata sendi yang betul ialah "Bumi... planet ketiga dari bintang bernama matahari."Tatabahasa13.04.2022
12345678910...

Kembali ke atas