Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ti.ga] | کتيݢ

Definisi : = yg ~ (yg) nombor tiga: anaknya yg pertama menjadi doktor, yg kedua seorang peguam dan yg ~ seorang jurutera; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ti.ga] | کتيݢ

Definisi : yg nombor tiga: Pemenang yg ~ menerima hadiah wang tunai lima puluh ringgit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketiga

Puisi
 

Asam kandis asam gelugur,
     Ketiga dengan asam rumbia;
Hati menangis di pintu kubur,
     Kerana nak balik dalam dunia.


Lihat selanjutnya...(11)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
third persondiri ketiga; orang ketigaLinguistikTiadaTiada
third persondiri ketiga; orang ketigaUndang-undangTiadaTiada
third-party diplomacydiplomasi pihak ketigaSains PolitikHubungan AntarabangsaCara menyelesaikan pertelingkahan dengan melibatkan pihak ketiga. Campur tangan pihak ketiga diperlukan untuk membawa kedua-dua pihak yang bertelagah ke meja perundingan kerana permusuhan antara dua pihak tidak memungkinkan mereka mengadakan perjumpaan dua hala. PBB bertindak sebagai pihak ketiga untuk mengadakan diplomasi. Contohnya, isu perang Iran-Iraq dan penaklukan Kesatuan Soviet ke atas Afghanistan telah dirundingkan di bawah naungan PBB. Presiden Jimmy Carter dan Bill Clinton pula telah cuba menjadi perantara dalam menyelesaikan konflik Arab-Israel di Camp David.
tripinnatetripinatBotaniTiadaAnak-anak daun yang tersusun pada rakis ketiga. Rakis ketiga ini terbit daripada rakis kedua.
zeroth law of thermodynamicshukum sifar termodinamikFizikHabaHukum yang menyatakan bahawa apabila dua sistem berada pada suhu yang sama dengan sistem ketiga, maka ketiga-tiganya berada pada suhu yang sama.
third party endorsementpengesahan pihak ketigaKomunikasiKorporatSokongan yang diberikan oleh pihak ketiga terhadap sesuatu iklan atau promosi idea, organisasi, barangan, atau perkhidmatan. Sokongan tersebut boleh membantu meningkatkan citra perkara atau barangan yang diiklankan dan dipromosikan, dan seterusnya boleh meningkatkan pemasaran. Pihak ketiga biasanya terdiri daripada individu atau organisasi yang mempunyai kepakaran dan kewibawaan yang berkaitan dengan perkara yang diiklankan. Contohnya, seorang doktor gigi atau jururawat yang menyokong barangan penjagaan kesihatan gigi, atau personaliti media seperti pembaca berita atau hos sesebuah rancangan bicarawara yang menyokong kempen antidadah atau kempen antimerokok. Pihak ketiga yang digunakan dalam iklan biasanya digambarkan sebagai seorang yang dipercayai dan berjaya dalam profesion yang sebenar.
third party; fire and theftpihak ketiga; kebakaran dan kecurianinsuransTiadaPolisi insurans motor pihak ketiga yang bukan sahaja melindungi kerosakan harta, kecederaan anggota dan kematian pihak ketiga tetapi juga kebakaran dan kecurian kereta empunya polisi.
reduced third virial coefficientpekali virial ketiga terturunKejuruteraanKejuruteraan KimiaPekali virial ketiga yang dibahagi dengan pemboleh ubah tertentu untuk menjadikannya tidak bermatra CR dan diungkapkan sebagai dengan C = pekali virial ketiga, s = garis pusat perlanggaran, NA = nombor Avogadro.
third party (fire and theft)pihak ketiga (kebakaran dan kecurian)Pentadbiran PerniagaanTiadaPolisi insurans motor pihak ketiga yang bukan sahaja melindungi kerosakan harta, kecederaan anggota dan kematian pihak ketiga tetapi juga kebakaran dan kecurian kereta empunya polisi.
third partyparti ketigaSains PolitikPolitik PerbandinganParti politik yang muncul dalam negara yang mengamalkan sistem dua parti. Sistem dua parti yang diamalkan mula tercabar dengan kemunculan parti ketiga yang telah menunjukkan keupayaan untuk menjadi dominan dalam jangka masa yang agak panjang. Dengan kemunculan parti ketiga ini, persaingan untuk menguasai kerajaan lebih kompetitif. Contohnya, Parti Liberal Demokratik merupakan parti ketiga di United Kingdom pada dekad 1990-an.
12345678910...

Kembali ke atas