Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ti.ga.ti.ga] | کتيݢ-تيݢ

Definisi : semua seramai atau sebanyak tiga (orang dll), ke­semua bertiga: maka pergilah aku menziarahi ~ makam itu serta membaca doa; ~ orang dlm kumpulan itu serentak mengangguk; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ti.ga.ti.ga] | کتيݢ-تيݢ

Definisi : kesemuanya berjumlah tiga: ~ anaknya sudah bersekolah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketiga-tiga


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
(a) Ketiga-tiga pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. (b) Ketiga pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. Mana satu yang betul (ketiga-tiga atai ketiga)? (i) Ketiga-tiga orang pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. (ii) Ketiga-tiga pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. Mana satu yang betul tentang keahdiran penjodoh bilangan?Ayat yang betul ialah Ketiga-tiga orang pemuda tersebut berlari keluar dari pentas dan Ketiga-tiga pemuda tersebut berlari keluar dari pentas. Perkataan ketiga bermaksud yang ketiga, manakala ketiga-tiga bermaksud semua seramai tiga. Penjodoh bilangan boleh hadir atau tidak dalam ayat tersebut.Tatabahasa06.04.2012
1. ketiga-tiga buah bungkusan / ketiga-tiga bungkusan 2. Ahmad dtugasi / ditugaskan membersihkan lantai. 3. Kedua-dua orang ibu bapa / ibu bapa 4. Kedua-dua orang ibu dan bapa / ibu dan bapa

Jawapan seperti berikut:

1. Ketiga-tiga buah bungkusan.
2. Ahmad ditugaskan untuk membersihkan lantai
3. Kedua-dua ibu bapa
4. ibu dan bapa

Soalan 3 dan 4 bergantung pada konteks dan wacana

Tatabahasa01.05.2010
yang manakah betul? ketiga-tiga kucing itu/ketiga-tiga ekor kucing itu kedua-dua ibu bapa/kedua-dua orang ibu bapa Adakah perlu diletakkan penjodoh bilangan di belakang kata bilangan himpunan? Apakah keadaan yang tidak perlu diletak?Frasa yang betul ialah "ketiga-tiga ekor kucing itu" dan "kedua-dua ibu bapa". 

Untuk soalan "Adakah perlu diletakkan penjodoh bilangan di belakang kata bilangan himpunan? Apakah keadaan yang tidak perlu diletak?", soalan tersebut kurang jelas. Mohon tuan nyatakan soalan dengan lebih terperinci. Untuk makluman, tidak semua benda diberikan penjodoh bilangan tetapi lazimnya penjodoh bilangan mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda. 
Tatabahasa02.10.2023
Salam sejahtera, "Menurut dua pertiga responden dari ketiga-tiga buah negara tersebut" atau "Menurut dua pertiga responden daripada ketiga-tiga buah negara tersebut"? Sekian, terima kasih.Menurut data kami ayat yang betul ialah menurut dua pertiga responden dari ketiga-tiga buah negara tersebut.Lain-lain04.05.2020
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat berikut betul? a. Ketiga-tiga orang anak lelaki Puan Liza pandai-pandai belaka. b. Ketiga-tiga orang anak lelaki Puan Liza pandai belaka. c. Anak Puan Liza rajin-rajin belaka.Ayat yang gramatis, Ketiga-tiga orang anak lelaki Puan Liza pandai belaka.
Tatabahasa02.07.2016
1. bilakah kita seharusnya menggunakan penjodoh bilangan di belakang kata bilangan himpunan, contohnya; a) Ketiga-tiga orang pesalah itu akan dipenjarakan./ Ketiga-tiga pesalah itu akan dipenjarakan. b) Kedua-dua orang suami isteri itu penipu./ Kedua-dua suami-isteri itu penipu. 2. Adakah perkataan berikut dieja betul, jawaban, jawapan, kewajiban, kewajipana) Ketiga-tiga orang pesalah itu akan dipenjarakan./ Ketiga-tiga pesalah itu akan dipenjarakan.
b) Kedua-dua orang suami isteri itu penipu./ Kedua-dua suami-isteri itu penipu. 

Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata bilangan boleh diikuti oleh penjodoh bilangan. Contohnya beratus-ratus orang penonton  dan kelima-lima ekor kambing. Lazimnya  kata bilangan berpasangan dengan penjodoh bilangan untuk menjadi sejenis penerang kepada kata nama yang mengikutinya.
penggunaan penjodoh bilangan adalah tidak diwajibkan dalam konteks ini dan kedua-dua contoh yang dikemukakan adalah betul.


 Adakah perkataan berikut dieja betul, jawaban, jawapan, kewajiban, kewajipan.

Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab. Begitu juga dengan perkataan kewajipan.

Dari segi pembentukan kata apabila perkataan "wajib" menerima imbuhan ke-...-an menjadi kewajiban, tetapi apabila dikira dari segi sosiolinguistik dan penggunaan yang lazim, menjadi kewajipan.
Tatabahasa24.09.2012
Adakah ketiga-tiga ayat ini boleh diterima? 1)Adik menonton kartun. 2) Adik menonton animasi kartun. 3) Adik menonton rancangan kartun.

Ketiga-tiga ayat di atas adalah betul.

Tatabahasa13.09.2023
Salam sejahtera. Adakah benar bahawa kata bilangan jika digandakan tidak boleh diikuti dengan penjodoh bilangan? Sebagai contoh, kedua-dua anaknya atau kedua-dua orang anaknya? Ketiga-tiga kucing atau ketiga-tiga ekor kucing? Terima kasih.Kata bilangan jika digandakan boleh diikuti dengan penjodoh bilangan "orang" "ekor" dan lain-lain. 
Tatabahasa18.04.2022
Sebenarnya soalan 74 yang telah saya kemukakan tentang' meningkatkan', 'mempertingkat', dan mempertingkatkan' berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, muka surat 1695. Sebenarnya ketiga-tiga perkataan ini digunakan. Jika ketiga-tiga perkataan ini digunakan , apakah perbezaan makna bagi 'mempertingkat' dengan 'mempertingkatkan'? ( terdapat dalam contoh ayat bagi peningkatan).

Saudara,

Bentuk yang betul ialah mempertingkatkan. Di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat yang saudara rujuk tiada bentuk mempertingkat disenaraikan  tetapi bentuk mempertingkatkan  yang bermakna menjadikan lebih tinggi atau lebih besar.  

Tatabahasa08.03.2010
Selamat petang. Apakah ketiga-tiga judul buku di bawah membawa maksud yang sama atau berbeza maknanya? 1. Sejarah Silam Pertukaran Budaya Antara Malaysia dan China 2. Sejarah Pertukaran Budaya Antara Malaysia dan China Purba 3. Sejarah Pertukaran Budaya Antara Malaysia dan China pada Zaman Silam Adakah ketiga-tiga judul ini mempunyai kesalahan dari segi tatabahasa? Bolehkah Malaysia dan China ditulis sebagai Malaysia-China dalam konteks ini? Terima kasih.

1. Sejarah Silam Pertukaran Budaya Antara antara Malaysia dan dengan China– Tajuk ini lewah kerana perkataan “silam” juga membawa maksud perkara yang telah berlalu atau cerita dahulu.

2. Sejarah Pertukaran Budaya Antara antara Malaysia dan dengan China Purba – Tajuk ini tidak sesuai Negara Malaysia tidak wujud sezaman dengan China Purba.

3. Sejarah Pertukaran Budaya Antara antara Malaysia dan dengan China pada Zaman Silam - tajuk ini lewah kerana perkataan  "silam" juga membawa maksud perkara yang telah berlalu atau cerita dahulu.

 

Kami mencadangkan tajuk “Sejarah Pertukaran Budaya antara Malaysia dengan China” – secara logiknya pembahagian bab dalam buku akan bermula dengan sejarah awal interaksi kawasan sebelum wujudnya negara Malaysia dengan Tamadun Cina. Contohnya ketika Pemerintahan Kerajaan Melaka dengan Dinasti Tamadun Cina.

Tatabahasa25.02.2023
12345678910...

Kembali ke atas