Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ti.ka] | کتيک

Definisi : 1 waktu yg pendek atau waktu tertentu; saat: ~ itu, saya sedang duduk berbual-bual dgn kawan-kawan di halaman rumah. 2 pd waktu (masa); semasa; tatkala: Dia sedang beristirahat ~ kami sampai di rumahnya. seketika sebentar; sekejap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ketika (kata nama)
Bersinonim dengan waktu, masa, jam, saat, tatkala, zaman, abad, kurun, kala, dewasa, tempoh;,
Kata Terbitan : seketika, berketika,

Puisi
 

Asam pauh asam pulasan,
     Ketika bambangan balu;
Meskipun jauh berkirim pesan,
     Pesan jangan dibuang lalu.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Ketika ada jangan dimakan,
     telah habis (= tiada) maka dimakan.

Bermaksud :

Berhemat cermat dalam penghidupan.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
primary instant centrepusat ketika utamaMekanikGunaanSemua pusat ketika yang boleh dikenal pasti melalui pemeriksaan semata-mata. Pusat ketika utama adalah seperti yang berikut: pusat ketika untuk penghubung-penghubung tersambung oleh cemat; pusat ketika bagi jasad yang menggelangsar; pusat ketika bagi jasad yang berguling; dan pusat ketika bagi mekanisme yang mengalami sentuhan langsung sama ada sentuhan gelangsar atau sentuhan guling. Lihat juga pusat ketika.
multigrade oilminyak pelbagai gredKejuruteraan AutomotifEnjinMinyak enjin yang berkelikatan rendah ketika sejuk dan tinggi ketika panas berbanding minyak satu gred. Kelikatan minyak yang rendah diperlukan untuk memudahkan pengengkolan enjin, manakala kelikatan yang lebih tinggi diperlukan untuk A mengekalkan pelinciran yang baik kepada komponen dalaman enjin ketika beroperasi. Contoh piawaian penggredan minyak yang popular ialah piawaian gred kelikatan yang dikeluarkan oleh Persatuan Jurutera Automotif Amerika Syarikat (SAE). Bagi minyak SAE 10W-30, kod 10W bermaksud berkelikatan maksimum 3500 cP ketika sejuk, iaitu pada suhu -25°C. Kod 30 pula bermaksud kelikatan pada suhu tinggi, iaitu pada 100°C dalam julat 9.3-12.5 cSt. Sinonim minyak pelbagai kelikatan Banding minyak satu gred.
instantaneous centre; instant centrepusat ketikaMekanikGunaan1. (instantaneous centre) Lihat pusat halaju sifar ketika. 2. (instant centre) Pusat sepunya bagi dua jasad dengan halajunya pada kedua-dua jasad itu mempunyai magnitud dan arah yang sama. Contoh pusat ketika ialah sambungan dua penghubung pada mekanisme. Bilangan pusat ketika N bagi mekanisme yang mempunyai n penghubung diberikan oleh ungkapan N = n (n – 1)/2.
instantaneous valuenilai ketikaTeknikElektrikNilai sebenar pada sesuatu ketika dalam arus ulang-alik, iaitu di antara sifar dengan nilai maksimum mengikut ketika yang dipilih.
instantaneous axis of rotationpaksi putaran ketikaMekanikGunaanPaksi yang melalui suatu titik tetap di ruang tiga dimensi dan, pada ketika yang diperhitungkan, menjadi paksi putaran bagi jasad yang sedang berputar di sekitar titik berkenaan. Paksi putaran ketika mewakili garis tindakan bagi vektor halaju sudut jasad tersebut pada ketika itu. paksi ini berubah kedudukannya di ruang dan juga berubah kedudukannya berbanding dengan jasad berkenaan. Londar paksi itu di ruang membentuk kerucut ruang; jika perubahan kedudukan paksi itu dilihat berbanding dengan jasad berkenaan, londarnya membentuk kerucut jasad. Lihat juga kerucut ruang, kerucut jasad.
metacentremetapusatKejuruteraanTiadaTitik andai persilangan antara garis yang melalui pusat timbul ketika kapal condong dengan ketika kapal tegak.
instantaneous centre of zero velocitypusat halaju sifar ketikaMekanikGunaanTitik ketika yang merupakan pusat putaran tulen bagi jasad yang sedang mengalami gerakan satah umum. Titik ini ditentukan dengan mengenakan sayrat bahawa titik yang jasad ialah silangan bagi dua garis jejarian yang normal terhadap vektor halaju di dunia titik pada jasad itu [Rajah P11]. Pada ketika yang diperhitungkan, jasad yang berkenaan boleh dianalisis sebagai jasad yang sedang berputar secara tulen di sekitar titik berkenaan, iaitu tiada gerakan alihan yang terlibat. Titik ini dinamai pusat halaju sifar kerana, pada umumnya, sebarang gerakan satah umum boleh diwakili oleh alihan sebarang titik C dan putaran jasad itu di sekitar C; komponen alihan gerakan tidak wujud apabila C ialah pusat halaju sifat ketika.
deadwoodkayu matiKejuruteraanTiada3. Struktur di bahagian buritan yang digunakan untuk menyokong aci kipas, menambah kekuatan seluruh kapal, menyokong ketika pengedokan, melindungi ketika terkandas dan lain-lain.
sine wavegelombang sinusTeknikElektrikBentuk gelombang arus ulang-alik yang lengkap dengan nilai putata per gelombang dan frekuensi yang sama. Perubahan dari satu ketika ke satu ketika yang lain berkadar terus dengan nilai sinus lengkuk sinus. Bagi sesebuah pengulang-alik, faktor yang menentukan bentuk gelombang ini ialah bilangan gegelung satu fasa/kutub, bentuk muka kutub, atus pusar dalam setiap kutub, dan sela udara.
thermal boundary layerlapisan sempadan termaKejuruteraanKejuruteraan KimiaLapisan sempadan yang terbentuk apabila terdapat kecerunan suhu antara jasad dengan bendalir pukal. Ketebalan lapisan ini meningkat ketika pemanasan dan menurun ketika penyejukan. Ketebalan lapisan sempadan terma berbanding dengan lapisan sempadan hidrodinamik ditentukan oleh magnitud nombor Prandtl.
12345678910...

Kembali ke atas