Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ting] | کتيڠ

Definisi : bahagian kaki di belakang buku lali; urat ~ urat pd keting; mengeting 1. sl memotong (memutuskan) urat keting (sbg hukuman); 2. menendang keting seseorang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ting] | کتيڠ

Definisi : bahagian kaki di belakang buku lali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keting

Peribahasa

Di belakang ia menendang kita,
     bila di depan ia mengeting kita,
jika di tengah ia berpusing ligat pula.

Bermaksud :

Menghadapi seseorang yang kita kasihi, yang menyebabkan kita menjadi serba-salah. mengeting = memotong urat keting.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam, boleh saudara/saudari berikan maksud tumit tangan? terima kasih.Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, tumit ialah 1. bahagian yang di belakang sekali drpd tapak kaki (di bawah buku lali); ~ bagai leng­kuas muda = ~ spt pauh dilarik = ~ telur burung tumit (perempuan) yg cantik; 2. bahagi­an drpd sesuatu yg menyerupai tumit: dia menghentakkan ~ sepatunya di lantai; cakap berdegar-degar, ~ di keting prb orang yg bercakap besar tetapi penakut.

Lazimnya, pengguna bahasa menggunakan tapak tangan dan tumit lebih lazim penggunaan untuk kaki.
Tatabahasa24.12.2013

Kembali ke atas