Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ting.gian] | کتيڠݢين

Definisi : 1. perihal tinggi, taraf (keadaan dsb) yg tinggi: pendidikan dapat membawa kpd kejayaan dan ~ kedudukan seseorang dlm masyarakat; sastera yg mengagungkan ~ budi; 2. (tempat dll) yg lebih tinggi duduk­nya (letaknya): peti yg berisi jenazah itu di-letakkan di tempat yg agak ~ di tengah aula; 3. terlalu tinggi: dahan itu tidak dapat dicapai-nya kerana ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ting.gian] | کتيڠݢين

Definisi : 1 keadaan atau hal tinggi. 2 tempat yg tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tinggi (adjektif)
1. Dalam konteks orang
bersinonim dengan panjang, lampai, langsing, renjong, tonjeng, lonjong, agam, ampai,
Berantonim dengan pendek

2. Bersinonim dengan luhur: mulia, murni, besar, agung,
Berantonim dengan hina

3. Bersinonim dengan angkuh: bongkak, congkak, sombong, pongah,

4. Dalam konteks suara
bersinonim dengan nyaring, muluk, halus dan keras,
Berantonim dengan rendah

5. Dalam konteks harga
bersinonim dengan mahal, melambung, menjulang, meningkat, naik,
Berantonim dengan rendah

Kata Terbitan : meninggikan, ketinggian,

Peribahasa

Adat yang menurun,
     syarak yang mendaki.

Bermaksud :

Adat dapat menuju kerendahan dan tidak sanggup menghadapi pergolakan masa, tetapi syarak menuju ketinggian dan dapat mengatasi segala gerakan yang menentangnya. (Bandingkan dengan: Adat penuh ke atas, syarak penuh ke bawah).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
geopotential heightketinggian geokeupayaanSainsHidrometeorologiKetinggian suatu titik di atmosfera yang dinyatakan dalam unit (meter geokeupayaan) yang berkadaran dengan geokeupayaan pada ketinggian tersebut. Ketinggian geokeupayaan yang dinyatakan dalam meter geokeupayaan adalah bersamaan dengan g/9.8 kali ketinggian geometrik yang dinyatakan dalam meter (geometrik); dengan g ialah pecutan graviti setempat.
geopotential heightketinggian geokeupayaanMeteorologiMeteorologi PerhubunganKetinggian suatu titik di atmosfera yang dinyatakan dalam unit (meter geokeupayaan) yang berkadaran dengan geokeupayaan pada ketinggian tersebut. Ketinggian geokeupayaan yang dinyatakan dalam meter geokeupayaan adalah bersamaan dengan g/9.8 kali ketinggian geometrik yang dinyatakan dalam meter (geometrik); z = 1 980 dengan g ialah pecutan graviti setempat.
climbing flightpenerbangan menaikAeroangkasaTiadaSegmen penerbangan pesawat udara dari berlepas hingga ketinggian menjajap atau dari satu ketinggian menjajap ke satu ketinggian menjajap yang lain.,Segmen penerbangan pesawat udara dari berlepas hingga ketinggian menjajap atau dari satu ketinggian menjajap ke satu ketinggian menjajap yang lain.
relative projection heightketinggian projeksi relatifSains SukanBiomekanikPerbezaan ketinggian projeksi dengan ketinggian mendarat.
markah ketinggianmarkah ketinggianKesenianTiadaMarkah yang dikira dari bacaan pancang meter semasa wau berada di udara.
critical height of cutketinggian cemasKejuruteraanKejuruteraan BangunanKetinggian tanah yang mampu bertahan (tidak runtuh) tanpa disokong oleh topang setelah dipotong. Ketinggian ini berkadaran dengan jeleketan tanah yang dipotong, manakala rintangan terhadap gelinciran berkadaran dengan ketinggian h, dan daya yang menghasilkan gelinciran pula berkadaran dengan h2.
ceilingsilingMeteorologiTiada1. Ketinggian satu titik tertentu pada dasar awan terendah dari permukaan bumi yang jumlah awannya melebihi nilai tertentu. Siling juga disebut ketinggian dasar awan. 2. Ketinggian maksimum yang dapat dicapai oleh sesuatu objek, seperti belon, roket, pesawat udara, dan projektil yang berada di udara.
height of contourketinggian konturPergigianTiadaDarjah ketinggian cembung gigi di sebelah labial, bukal, lingual atau palatal. Contohnya darjah tertinggi kontur gigi posterior adalah di kawasan tengah korona. Ketinggian cembung gigi adalah penting kerana ia menolong menyesar bahan makanan daripada terimpak ke dalam krevis gingiva. Dalam membuat restorasi, kontur ketinggian ini harus dikembalikan seperti dalam keadaan biasa kerana jika ia rendah, keimpakan makanan ke dalam krevis gingiva akan berlaku. Jika ia terlalu tinggi, tisu gingiva tidak akan mengalami rangsangan.
cloud height indicatorpenuntuk ketinggian awanMeteorologiMeteorologi PerhubunganAlat yang digunakan untuk mengukur ketinggian dasar awan. Pengelasannya bergantung pada prinsip operasi penentuan ketinggian awan, iaitu prinsip trigonometri, dengan mengukur sudut projektor cahaya, titik pencerapan dan titik cahaya pada dasar awan, dan juga jarak di antara projektor cahaya dan titik pencerapan, misalnya, silometer dan sorot siling; dan teknik denyut, iaitu dengan mengira masa yang diambil bagi denyut tenaga merambat ualng-alik di antara pemancar yang terletak di bumi dan dasar awan, misalnya, penunjuk ketinggian awan denyut cahaya, dan radar pengesan awan yang diarahkan menegak.
dew-point formularumus takat embunSainsHidrometeorologiRumus untuk mengira ketinggian hampiran aras pemeluwapan yang menjulang. Oleh itu rumus ini digunakan untuk menganggar ketinggian dasar awan olakan dalam keadaan atmosfera dan topografi yang sesuai. Secara amali dan mudah, ia mungkin dinyatakan sebagai: dengan ialah ketinggian dalam kaki; suhu permukaan udara dalam oF; dan ialah takat embun permukaan dalam oF. Ini berpunca daripada hampiran berikut: suhu berkurangan sebanyak 5.5oF, dan takat embun berkurangan 1oF, bagi setiap 1000 kaki peningkatan ketinggian. Gambarajah ketinggian olakan awan ialah bentuk grafik rumus ini.
12345678910...

Kembali ke atas