Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : gumpal, kepal (nasi, tanah, dll), kerat (tulang, kayu, dll); seketul segumpal, sekepal (nasi, tanah, dll); sekerat (tulang dll); berketul-ketul bergumpal-gumpal, berkepal-kepal; ketulan gumpalan, kepalan, ketul; ~ tanah gumpal tanah yg padat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
ketul (kata nama)
1. Bersinonim dengan bongkah: kepal, blok, tongkah, tongkok, buku besar, gumpal, tokol, pukal, kimpal, tampang,

2. Dalam konteks kayu
bersinonim dengan kerat, bingkah,

Kata Terbitan : berketul-ketul, ketulan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KELIKIR

Kelikir ialah campuran ketul-ketul batuan dengan

zarah-zarah pasir dan tanah liat. Sekurang-kurang

30 peratus daripada kelikir terdiri daripada ketul-ketul

batuan yang <I>lebih kasarI>, atau lebih besar

daripada pasir – iaitu, lebih daripada dua

milimeter lebarnya. Pasir dan tanah liat

membentuk selebihnya kelikir, biasanya

membentuk 50 hingga 70 peratus daripada

keseluruhan jisim.

UMUM 
SEPIT

Sepit , juga dikenali sebagai penyepit, ialah

perkakas yang digunakan di banyak negara Asia

untuk memakan atau menghidangkan makanan.

Kebanyakan makanan di negara-negara ini

disajikan dalam ketul-ketul kecil, yang mudah

dikendalikan dengan sepasang sepit. Nama Cina

bagi sepit ialah <i> kuaizi i> , iaitu permainan kata <i> kuai i> ,

yang bermakna <i> pantas i> dan juga <i> ketul kecil. i>

Perkataan Inggeris <i> chopstick i> bagi sepit mungkin

berasal daripada bahasa Inggeris pijin, iaitu dialek

yang digunakan oleh pedagang awal di China.

<i> Chop i> bermakna <i> pantas i> dalam bahasa Inggeris

pijin.

UMUM 
STONECHAT

Stonechat ialah nama burung kecil yang hidup di

Eropah, Asia dan Afrika. Namanya berasal daripada

bunyinya yang pelik, seperti bunyi dua ketul batu

yang diketuk bersama. Burung jantan mempunyai

kepala dan leher berwarna hitam dan bahagian

bawahnya berwarna perang berangan. Burung betina

berwarna lebih malap. Stonechat adalah aktif tahu. Ia

biasanya hidup di tempat lapang, berumput. Ia

membuat sarang di atas tanah, di bawah rumpun

rumput dan memakan larva serangga, cacing,

kumbang dan biji-bijian. Ia bertelur dari tiga hingga

enam biji telur, berwarna biru kehijauan, berbintik-bintik

malap. Stonechat di Eropah dan Asia berhijrah

ke selatan pada musim sejuk.

Pengelasan saintifik: Stonechat tergolong dalam

subfamili thrush, Turdinae. Ia adalah <i>Saxicola torquatai>.

UMUM 
BULION

Bulion ialah jongkong emas atau perak yang

dianggap sebagai logam atau komoditi dan bukan

sebagai wang. Istilah <I>bulion I>juga dipakai kepada

emas urai dan ketul emas, ceper emas dan perak,

dan duit yang dinilai sebagai logam sahaja.

UMUM 

Kembali ke atas