Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.tu.lan] | کتولن

Definisi : gumpalan, kepalan, ketul; ~ tanah gumpal tanah yg padat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tu.lan] | کتولن

Definisi : gumpalan; ketul: ~ tanah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ketul (kata nama)
1. Bersinonim dengan bongkah: kepal, blok, tongkah, tongkok, buku besar, gumpal, tokol, pukal, kimpal, tampang,

2. Dalam konteks kayu
bersinonim dengan kerat, bingkah,

Kata Terbitan : berketul-ketul, ketulan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Puan Rosmawar mengambil beberapa batang serai dan seketul kunyit hidup di belakang rumahnya. Soalannya penjodoh bilangan kunyit bolehkah kita menggunakan ketul dalam ayat ini?Ketul ialah penjodoh bilangan untuk benda yang berketul, contohnya seketul tanah. Mengambil contoh seketul tanah maka bolehlah digunakan seketul kunyit dalam bentuk ketulan yang digali daripada dalam tanah.Tatabahasa17.07.2012
Apa maksud: 1. rambut air 2. ibu garam?1. Tidak terakam kata "rambut air" dalam pangkalan data DBP. Yang ada kata "air rerambut" padanan bagi kata capillary water iaitu air yang ditahan dalam rerambut atau liang kecil tanah, biasanya pada tekanan air tanah lebih dari 60 sentimeter air.

2. Tidak terakam kata "ibu garam" dalam pangkalan data DBP. Walau bagaimanapun, terdapat maklumat yang menyatakan bahawa ibu garam merupakan ketulan garam yang biasanya diperoleh dari bukit.
Lain-lain27.02.2024
Apakah istilah 'Sycee'(ENG) dalam Bahasa Melayu? Bolehkah Sycee diterjemah sebagai "Yuan Bao", mengikut sebutan Mandarin? Terima kasih.

“Sycee” bukan perkataan dalam bahasa Inggeris tetapi merupakan perkataan dalam bahasa Cina (dialek Kantonis) yang bermaksud “sutera halus”, “yuan bao” pula ialah dialek Mandarin yang digunakan untuk merujuk “kantung syiling”. Secara simboliknya, kedua-dua dialek ini digunakan untuk merujuk objek yang sama dalam bahasa Inggeris, iaitu “ingot” (Rujukan: Kamus Inggeris-Melayu Dewan). Maka, kami mencadangkan “sycee” diterjemahkan sebagai “jongkong”, iaitu ketulan logam (emas, perak dan lain-lain) yang berbentuk perahu. (Rujukan: Kamus Dewan Edisi Keempat)

Istilah27.05.2020

Kembali ke atas